SWCorp Bentong

SWCorp Bentong Menjadi Aspirasi SWCorp Bentong untuk melahirkan masyarakat yang menghargai dan memelihara kelestarian alam sekitar dan melihat kebersihan dengan Mata Hati

29/08/2026

MERDEKA TANPA SAMPAH 🇲🇾
“Datang Bersih, Balik Bersih.”

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, marilah kita bersama-sama memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran. Jangan biarkan sampah mencemarkan kemeriahan sambutan dan keindahan negara kita.

Buang sampah ke dalam tong sampah, jaga kebersihan persekitaran, ambil tindakan terhadap pembuangan sampah kecil serta amalkan sikap cinta akan kebersihan dan negara.

Kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga diterjemahkan melalui tindakan kita dalam menjaga kebersihan Malaysia.

Ingat! Datang bersih, balik bersih.🇲🇾

OPS BANGKIT (MERDEKA): BUANG SAMPAH KECIL, PADAHNYA BESAR! 🇲🇾🚨“Alah… sampah kecil je.”⚠️ Jangan jadikan ayat ini sebagai...
29/08/2026

OPS BANGKIT (MERDEKA): BUANG SAMPAH KECIL, PADAHNYA BESAR! 🇲🇾🚨

“Alah… sampah kecil je.”
⚠️ Jangan jadikan ayat ini sebagai alasan!

28 Ogos 2026 Sempena Bulan Kebangsaan, Ops Bangkit (Merdeka) telah digerakkan di beberapa lokasi tumpuan sekitar Daerah Bentong terutama Genting Highlands bagi memastikan kemeriahan sambutan Merdeka tidak dicemari dengan sikap sambil lewa terhadap kebersihan.

Ops Bangkit Merdeka digerakkan di sekitar Kawasan Rehat Dan Rawat Genting Sempah. Fokus utama operasi kali ini memfokuskan kepada dua faktor utama:

i) Mendidik para pengunjung, peniaga, dan orang awam agar sentiasa peka dengan penjagaan kebersihan persekitaran;

ii) Membanteras tabiat buruk membuang sampah kecil di sepanjang lokasi sasaran.

Merdeka bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang. Merdeka juga bermaksud bebas daripada sikap tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan!

❌ Jangan buang sampah sesuka hati.
❌ Jangan tunggu ada yang menegur.
❌ Jangan anggap sampah kecil tidak memberi kesan.

✅ Buang sampah di tempat yang betul.
✅ Jaga kebersihan.
✅ Jadikan Malaysia lebih bersih dan sejahtera.



28/08/2026
28/08/2026

MERDEKA bukan sekadar kebebasan untuk melangkah ke hadapan. Di sebalik setiap langkah itu, ada insan yang terus berbakti, memastikan persekitaran kekal bersih dan selesa untuk kita semua.

Hargailah jasa dan pengorbanan para pekerja pembersihan yang tidak pernah jemu mencurahkan tenaga demi Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera. 🇲🇾❤️

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

🚨🇲🇾 OPS BANGKIT (MERDEKA): BUANG SAMPAH KECIL, PADAHNYA BESAR! 🇲🇾🚨“Alah… sampah kecil je.”⚠️ Jangan jadikan ayat ini seb...
28/08/2026

🚨🇲🇾 OPS BANGKIT (MERDEKA): BUANG SAMPAH KECIL, PADAHNYA BESAR! 🇲🇾🚨

“Alah… sampah kecil je.”
⚠️ Jangan jadikan ayat ini sebagai alasan!

27 Ogos 2026 Sempena Bulan Kebangsaan, Ops Bangkit (Merdeka) telah digerakkan di beberapa lokasi tumpuan sekitar Daerah Bentong terutama Genting Highlands bagi memastikan kemeriahan sambutan Merdeka tidak dicemari dengan sikap sambil lewa terhadap kebersihan.

Ops Bangkit Merdeka digerakkan di sekitar Pusat Perniagaan Food Town Gohtong Jaya . Fokus utama operasi kali ini memfokuskan kepada dua faktor utama:

i) Mendidik para pengunjung, peniaga, dan orang awam agar sentiasa peka dengan penjagaan kebersihan persekitaran;

ii) Membanteras tabiat buruk membuang sampah kecil di sepanjang lokasi sasaran.

🇲🇾 Merdeka bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang.
Merdeka juga bermaksud bebas daripada sikap tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan!

❌ Jangan buang sampah sesuka hati.
❌ Jangan tunggu ada yang menegur.
❌ Jangan anggap sampah kecil tidak memberi kesan.

✅ Buang sampah di tempat yang betul.
✅ Jaga kebersihan.
✅ Jadikan Malaysia lebih bersih dan sejahtera.



MAJLIS MENANDATANGANI JALINAN KERJASAMA STRATEGIK DAN PENUTUPAN PROGRAM SCHOOL OF HOPE (A-STaR)20 Ogos 2026 – Program Sc...
28/08/2026

MAJLIS MENANDATANGANI JALINAN KERJASAMA STRATEGIK DAN PENUTUPAN PROGRAM SCHOOL OF HOPE (A-STaR)

20 Ogos 2026 – Program School of Hope (A-STaR) yang merupakan hasil kerjasama antara Yayasan Axiata dan LeapEd Services Sdn. Bhd. telah melabuhkan tirainya selepas tiga tahun dilaksanakan dengan melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Piatu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khai Mun).

Majlis Menandatangani Jalinan Kerjasama Straregik dan penutupan program telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Bentong sebagai tanda berakhirnya fasa pelaksanaan program dan peralihan tanggungjawab kepada Pejabat Pendidikan Daerah Bentong untuk kesinambungan usaha yang telah dimulakan.

Sepanjang tempoh tiga tahun pelaksanaan, Program School of Hope (A-STaR) memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh persekitaran pembelajaran, amalan pengurusan sekolah serta pembangunan kapasiti warga pendidik dan pelajar. Pelaksanaan program turut mendapat komitmen dan kerjasama daripada barisan kepimpinan sekolah, guru, pelajar, ibu bapa serta komuniti setempat.

Program ini telah menyaksikan pelbagai perkembangan positif melalui usaha bersama warga sekolah dalam memperkukuh amalan sedia ada, menerima perubahan serta mewujudkan pendekatan pembelajaran yang lebih bermakna.

Majlis ini turut menjadi platform untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen sepanjang pelaksanaan program, khususnya LeapEd Services, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, PPD Bentong, SWCorp Bentong,para pendidik, pelajar, ibu bapa serta semua pemegang taruh yang terlibat.

Dengan berakhirnya pelaksanaan program di peringkat sekolah, usaha transformasi ini diharapkan dapat diteruskan secara berterusan di bawah kendalian PPD Bentong bagi memastikan impak dan amalan baik yang telah dibangunkan dapat dikekalkan serta dikembangkan pada masa hadapan.



TRASH TO CASH KOMUNITI  & PAMERAN SWCorp SEMPENA JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT ANMS  DAERAH BENTONG 202625 Ogos...
26/08/2026

TRASH TO CASH KOMUNITI & PAMERAN SWCorp SEMPENA JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT ANMS DAERAH BENTONG 2026

25 Ogos 2026 - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Bentong telah melaksanakan Aktiviti Trash To Cash dan Pameran bersempena Jelajah ANMS Daerah Bentong 2026 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Bentong.

Program ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bentong YB Puan Young Syefura Binti Othman Program ini juga turut melibatkan pelbagai Agensi antaranya Hospital Bentong, SWCorp, Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, AADK Daerah Bentong Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Bentong, Proton, Penjara Daerah Bentong, Pejabat Hutan Daerah Bentong, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Bentong dan Komuniti Setempat.

Terima kasih diucapkan kepada komuniti Mempaga Bentong yang sentiasa menyokong usaha dalam aktiviti kitar semula demi kelestarian alam sekitar dan membudayakan amalam kitar semula dalam kehidupan harian.










PROGRAM TRASH TO CASH SEKOLAH  2026♻️♻️♻️♻️♻️TARIKH : 20 Ogos  2026 (Rabu)LOKASI :  SJKC Bukit Tinggi BentongTahniah dan...
24/08/2026

PROGRAM TRASH TO CASH SEKOLAH 2026
♻️♻️♻️♻️♻️

TARIKH : 20 Ogos 2026 (Rabu)
LOKASI : SJKC Bukit Tinggi Bentong

Tahniah dan terima kasih kepada semua murid dan guru SJKC Bukit Tinggi Bentong yang membudayakan amalan kitar semula. Semoga dengan usaha Ini sentiasa diteruskan dalam kehidupan seharian.






22/08/2026
22/08/2026

Address

Bentong

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092201074

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Bentong:

Shortcuts

Share