04/09/2026
GAYA HIDUP SIHAT BAGI BULAN SEPTEMBER TAHUN 2026 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH BENTONG.
Bentong, 04 September 2026 (Jumaat) jam lebih kurang 7.30 pagi bertempat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong program gaya hidup sihat telah diadakan dengan aktiviti larian melalui Lapang Sasar IPD Bentong hingga ke puncak Bukit DO sebelum berakhir semula di pekarangan IPD Bentong.
Seramai (20) Pegawai Kanan Polis, (95) Pegawai Rendah Polis dan (8) Pegawai Awam di bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah hadir bersama-sama menjayakan latihan jasmani pada pagi ini.
Program dimulakan dengan Lapor Baris oleh Penolong Pegawai Baris, Sjn Kamal bin Mohd Rashid kepada Pegawai Baris, Insp. Mohd Adnan Abas bin Azmi seterusnya kepada YDH DSP Azmi bin Mahmod, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong Bentong.
Program diteruskan lagi dengan Nyanyian lagu 'Negaraku' dan lagu 'Sang Saka Biru' sebelum acara pemanas badan dimulakan dan seterusnya aktiviti larian dan mendaki dimulakan.
Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi meningkat kesedaran disamping meningkatkan menjalani gaya hidup cergas dan sihat khususnya bagi Pegawai dan anggota di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.