Pusat Khidmat Dun N53 Benut

Pusat Khidmat Dun N53 Benut Akaun Rasmi Pusat Khidmat Dun N53 Benut, Johor
YB Datuk Wira Mohd Sumali Reduan, ADUN Benut

πŸŽ“ PROGRAM SELANGKAH KE UNIVERSITI 2026Berita baik khususnya buat anak-anak di DUN Benut dan seluruh Parlimen Pontian yan...
01/09/2026

πŸŽ“ PROGRAM SELANGKAH KE UNIVERSITI 2026

Berita baik khususnya buat anak-anak di DUN Benut dan seluruh Parlimen Pontian yang bakal melangkah ke alam universiti!

Yayasan Pembangunan Pontian (YPP) dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian menyediakan sumbangan tunai RM200 berserta T-shirt YPP kepada pelajar yang layak dan telah menerima tawaran mengikuti pengajian Ijazah Sepenuh Masa di IPTA/IPTS bagi tahun 2026.

Inisiatif ini diharap dapat memberi sedikit sokongan kepada anak-anak muda kita, khususnya anak-anak DUN Benut, dalam membuat persiapan sebelum memulakan pengajian di universiti. Semoga lebih ramai anak Benut terus melangkah jauh dalam pendidikan dan menjadi kebanggaan keluarga serta masyarakat.

πŸ“Œ Tarikh tutup penghantaran borang: 5 September 2026
πŸ“… Majlis Penyerahan: Ahad, 6 September 2026
⏰ 2.30 petang
πŸ“ Dewan Orang Ramai Ayer Baloi

Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti yang tertera pada poster. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila imbas kod QR atau hubungi 013-7773577 / 016-4516375.

Ayuh anak-anak DUN Benut, rebut peluang ini dan teruskan langkah menuju kejayaan. πŸŽ“βœ¨





01/09/2026

ANAK BENUT HEBAT, MELAKAR KEJAYAAN! πŸ‘πŸ†

Bumi Benut terus melahirkan anak-anak hebat yang mampu mencipta nama. Daripada bidang kepimpinan hinggalah ke arena sukan, kita mahu melihat lebih ramai anak Benut tampil menjadi pemimpin dan ikon sukan di peringkat negara serta antarabangsa.

Kali ini, kita berbangga dengan Mohd Harith Irsyad bin Mohd Hatta, anak kepada Cikgu Hatta, yang telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026.

Anak kelahiran Parit Bachok (B), Benut ini kini berada di Tingkatan 4. Perjalanannya bermula di SMK Sri Tanjung, Benut ketika Tingkatan 1 sebelum meneruskan Tingkatan 2 di SMK Tun Hussein Onn, Sekolah Sukan Negeri, Kluang.

Bermula Tingkatan 3 sehingga kini, Harith meneruskan persekolahan di SMK Dato’ Bentara Luar (SDBL) serta mengikuti Projek Kecemerlangan Hoki Johor.

Pencapaian ini cukup membanggakan dan menjadi bukti bahawa anak-anak Benut mempunyai bakat serta potensi untuk pergi lebih jauh.

Tahniah Harith! Teruskan melakar kejayaan, membawa nama Benut, Johor dan insya-Allah Malaysia ke pentas yang lebih tinggi. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Anak Benut hebat. Dari Benut, kita lahirkan juara!





31/08/2026

πŸ† DUA KEJUARAAN UNTUK DUN BENUT! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, satu pencapaian yang cukup membanggakan apabila kontinjen DUN Benut dinobatkan sebagai JOHAN PERBARISAN dan JOHAN SEPANDUK bagi Kategori Mukim, Parlimen dan ADUN sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Pontian 2026.

Kejayaan ini adalah hasil semangat berpasukan, disiplin serta komitmen seluruh kontinjen yang telah memberikan yang terbaik sepanjang latihan dan pada hari pertandingan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! Kemenangan ini milik seluruh warga Benut. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†

Benut Rumah Kita!





πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT MERDEKA, KEBANGGAAN BENUT! πŸ‡²πŸ‡ΎIsnin, 31 Ogos 2026 | Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Kebangs...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT MERDEKA, KEBANGGAAN BENUT! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Isnin, 31 Ogos 2026 | Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Pontian yang berlangsung meriah pagi ini di Stadium Mini Pontian.

Kontinjen Pusat Khidmat DUN Benut turut mengambil bahagian dalam perbarisan bersama ADUN Benut, YB Datuk Wira Mohd Sumali Reduan, membawa semangat patriotik, disiplin dan kebersamaan warga Benut dalam meraikan Hari Kebangsaan ke-69.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor. Turut hadir Ahli Parlimen Pontian, YB Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian, Encik Sulaiman bin Ismail.

Lebih membanggakan, Kontinjen DUN Benut berjaya merangkul dua gelaran Johan, iaitu Johan Perbarisan dan Johan Sepanduk. πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen, para pegawai serta semua yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan dan latihan. Segala penat lelah akhirnya terbayar dengan pencapaian yang cukup membanggakan.

Benut boleh! Benut juara!
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ





Address

No 13, Jalan Jaafar
Benut
82200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Dun N53 Benut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share