Perpustakaan Desa Kampung Jerek

Perpustakaan Desa Kampung Jerek Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

20/08/2026Aktiviti Maya :- KUIZ MENGHORMATI LAGU NEGARAKUSebagai Warganegara Malaysia, Apakah Tindakan Yang Sewajarnya D...
20/08/2026

20/08/2026

Aktiviti Maya :- KUIZ MENGHORMATI LAGU NEGARAKU

Sebagai Warganegara Malaysia, Apakah Tindakan Yang Sewajarnya Dilakukan Semasa Mendengar Lagu Negaraku.

Pilih Jawapan Yang Betul Berdasarkan Pilihan Jawapan Di Bawah.

18/08/2026Sebagaimana nasihat Tokoh Kemerdekaan, Tun V. T. Sambanthan, rakyat Malaysia yang majmuk mestilah senantiasa b...
18/08/2026

18/08/2026

Sebagaimana nasihat Tokoh Kemerdekaan, Tun V. T. Sambanthan, rakyat Malaysia yang majmuk mestilah senantiasa berfikir sebagai satu bangsa, satu kebudayaan, dan satu negara.

Sistem Pemerintahan Raja Berperlembagaan juga berdiri kukuh sebagai lambang penyatuan rakyat berbilang kaum.

Sempena Bulan Kebangsaan ini, marilah kita menghayati amanah pejuang kemerdekaan dengan terus memelihara keharmonian dan memupuk perpaduan demi masa depan Malaysia yang sejahtera. 🇲🇾✨



Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia













Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam

18/08/2026NEGARA YANG BERSATU LEBIH STABIL 🇲🇾Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara bermula daripada keharmonian rakyatny...
18/08/2026

18/08/2026

NEGARA YANG BERSATU LEBIH STABIL 🇲🇾

Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara bermula daripada keharmonian rakyatnya. Melalui kepelbagaian latar belakang dan budaya, keharmonian inilah yang menjadi tiang seri keteguhan tanah air kita.

Mari bersama-sama kita hayati pesanan ini:
🤝 Kukuhkan Perpaduan, Pemacu Kemajuan – Bersatu hati, maju bersama.
🤝 Hormat Perbezaan, Raikan Perpaduan – Perbezaan menjadikan kita lebih kuat.
🌿 Jaga Keharmonian, Pelihara Kestabilan – Negara aman, rakyat sejahtera.

Pesanan Untuk Kita Semua:
✔️ Amalkan sikap toleransi dan saling menghormati.
✔️ Elakkan perpecahan, pilih perpaduan.
✔️ Jaga keamanan dan keharmonian negara.
✔️ Bersama kita bina masa depan yang lebih baik.

Bersatu • Berdaya • Berjaya












Sumber : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

18/08/2026KENALI MALAYSIA KITA: HARI MALAYSIA 🇲🇾Tahukah anda? 16 September merupakan tarikh yang cukup bermakna buat sel...
18/08/2026

18/08/2026

KENALI MALAYSIA KITA: HARI MALAYSIA 🇲🇾

Tahukah anda? 16 September merupakan tarikh yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia kerana pada tarikh inilah lahirnya sebuah negara yang kita kenali sebagai Malaysia.

Hari Malaysia menandakan penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, menyatukan pelbagai negeri, kaum dan budaya di bawah satu nama dan satu bendera Malaysia.

Berbeza dengan Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos bagi memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, Hari Malaysia meraikan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Daripada Semenanjung, Sabah hingga Sarawak, kepelbagaian inilah yang membentuk identiti Malaysia yang unik. Walaupun berbeza latar, budaya dan adat, kita tetap berkongsi tanah air yang sama.

Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita terus menghargai sejarah pembentukan negara, memelihara keharmonian dan memperkukuh semangat perpaduan demi Malaysia yang lebih sejahtera.



Sumber : Kementerian Dalam Negeri (KDN)

17/08/2026🌿 KEHEBATAN SURAH AL-KAFIRUN 🌿Surah al-Kafirun mengandungi pengajaran yang sangat besar tentang keteguhan iman...
17/08/2026

17/08/2026

🌿 KEHEBATAN SURAH AL-KAFIRUN 🌿

Surah al-Kafirun mengandungi pengajaran yang sangat besar tentang keteguhan iman dan pemurnian tauhid.

Ia mengajar kita agar tegas dalam mempertahankan akidah, tidak mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan serta menjauhkan diri daripada segala bentuk syirik.

✨ Antara kelebihan dan pengajaran Surah al-Kafirun: 🔹 Menguatkan pegangan tauhid dan akidah.
🔹 Mengingatkan kita agar menjauhi syirik.
🔹 Dianjurkan untuk dibaca sebelum tidur.
🔹 Mengandungi mesej yang jelas tentang keteguhan dalam beragama.
🔹 Pendek untuk dibaca, tetapi besar maknanya dalam kehidupan.

Jadikan Surah al-Kafirun sebagai salah satu amalan harian kita. Semoga Allah SWT menetapkan hati kita di atas iman dan tauhid sehingga akhir hayat. 🤲🏻

“Tauhid itu pegangan, syirik itu dijauhkan.” 💚



Sumber : Al-Quran Di Hatiku

17/08/2026Cara pelupusan Jalur GemilangSumber : Berita RTM
17/08/2026

17/08/2026

Cara pelupusan Jalur Gemilang

Sumber : Berita RTM



17/08/2026INFO MERDEKA 🇲🇾 | Pemisahan SingapuraTahukah anda? Singapura pernah menyertai Malaysia pada 16 September 1963 ...
17/08/2026

17/08/2026

INFO MERDEKA 🇲🇾 | Pemisahan Singapura

Tahukah anda? Singapura pernah menyertai Malaysia pada 16 September 1963 namun, berpisah pada 9 Ogos 1965 atas beberapa faktor.

Pemisahan ini dianggap jalan terbaik bagi mengekalkan perpaduan serta kestabilan politik dan ekonomi kedua-dua pihak.



Sumber : Jabatan Wilayah Persekutuan

16/08/2026🇲🇾 Kemerdekaan bukan sekadar penamat kepada perjuangan, tetapi ia merupakan titik permulaan bagi sebuah usaha ...
16/08/2026

16/08/2026

🇲🇾 Kemerdekaan bukan sekadar penamat kepada perjuangan, tetapi ia merupakan titik permulaan bagi sebuah usaha yang lebih besar.
🇲🇾 Sebagaimana pesan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, setiap daripada kita mempunyai peranan penting untuk berbakti dan menggembleng tenaga demi mempertahankan kedaulatan serta memajukan negara tercinta.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia












Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam

16/08/2026😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat diliha...
16/08/2026

16/08/2026

😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

🌫️⚠️Jerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai.

Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan








Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

16/08/2026Kita selalu fikir pencemaran udara mesti nampak.Langit mesti kelabu.Bau asap mesti kuat.Mata mesti pedih.Seben...
16/08/2026

16/08/2026

Kita selalu fikir pencemaran udara mesti nampak.

Langit mesti kelabu.
Bau asap mesti kuat.
Mata mesti pedih.

Sebenarnya tidak.

Udara boleh kelihatan biasa, tetapi masih mengandungi zarah halus yang kita sedut tanpa sedar.

Namanya PM2.5.

Ia ialah zarah berdiameter sekitar 2.5 mikrometer atau lebih kecil. Disebabkan saiznya yang sangat halus, ia boleh masuk jauh ke dalam paru-paru dan sebahagiannya boleh memasuki aliran darah.


PM2.5 boleh datang daripada asap kenderaan, pembakaran terbuka, kebakaran hutan, aktiviti industri dan pelbagai proses pembakaran.

Sebab itu masalah PM2.5 bukan hanya berlaku ketika musim jerebu.

Kita mungkin menyedutnya ketika tersekat lama dalam kesesakan jalan raya.

Ketika seseorang membakar sampah berhampiran rumah.

Ketika kawasan sekitar dipenuhi asap pembakaran.

Atau ketika pencemaran udara berkumpul di bandar yang sibuk.


Badan kita mungkin tidak terus memberi amaran.

Tetapi paru-paru tetap menerimanya.

Pendedahan jangka pendek kepada particulate matter pada paras tinggi boleh memburukkan asma, meningkatkan masalah pernafasan dan menjejaskan fungsi paru-paru.

Pendedahan berpanjangan p**a dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru kronik dan kanser paru-paru.

Malah, kesannya bukan terhad kepada paru-paru.

Bukti saintifik menunjukkan pencemaran zarah halus turut memberi kesan penting kepada sistem kardiovaskular.


Kanak-kanak, warga emas serta mereka yang mempunyai penyakit jantung atau paru-paru perlu lebih berhati-hati apabila kualiti udara merosot.

Semak Indeks Pencemaran Udara sebelum melakukan aktiviti luar apabila keadaan udara mencurigakan atau ketika berlaku episod pencemaran. Jabatan Alam Sekitar menyediakan pemantauan IPU untuk orang ramai. (Jabatan

Pencemaran udara tidak perlu menjadi hitam untuk menjadi berbahaya.

Tidak perlu berbau untuk masuk ke dalam badan.

Dan tidak perlu kita nampak untuk ia memberi kesan.

KITA TAK NAMPAK PM2.5.
TAPI PARU-PARU KITA RASAINYA.

Sumber : Public Health Malaysia

Address

Bertam
18300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+60196803848

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Jerek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Kampung Jerek:

Shortcuts

Share

Category