Kompeni B Batalion 3 PGA

Kompeni B Batalion 3 PGA Akaun facebook rasmi bagi Kompeni B, Batalion 3, PGA Bidor.

Tugasan mengiringi perjalanan terakhir mendiang Kpl. Sogi a/l Mail. Delegasi diketuai oleh Kompeni Komander B, ASP Johna...
11/02/2026

Tugasan mengiringi perjalanan terakhir mendiang Kpl. Sogi a/l Mail. Delegasi diketuai oleh Kompeni Komander B, ASP Johnathan Putra bin Laum, barisan Platun Komander, rakan-rakan PRP, PERKEP dan wakil IPPGA Bukit Aman.

Majlis diakhiri dengan upacara penghormatan terakhir dan penyampaian sumbangan kebajikan dan saguhati kepada balu mendiang.

Semoga keluarga balu mendiang tabah menghadapi ujian ini.

Majlis Send off petugas Op Taring Wawasan Kedah / Perlis Sektor C, Bulan Februari 2026.
11/02/2026

Majlis Send off petugas Op Taring Wawasan Kedah / Perlis Sektor C, Bulan Februari 2026.



Kejayaan penugasan OBK PKP/PRP Kompeni B
18/01/2026

Kejayaan penugasan OBK PKP/PRP Kompeni B


KAMPAR - Sebanyak 168 bahagian hidupan liar disyaki ekor buaya dirampas dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di sebuah premis perniagaan barangan sejuk...

Majlis Send off petugas Op Taring Wawasan Kedah / Perlis (Sektor C)
18/10/2025

Majlis Send off petugas Op Taring Wawasan Kedah / Perlis (Sektor C)

LAPORAN KEBAJIKAN KOMPENI B : LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN OLEH PEGAWAI DAN PENYELIA SERTA PENG...
15/10/2025

LAPORAN KEBAJIKAN KOMPENI B : LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN OLEH PEGAWAI DAN PENYELIA SERTA PENGERUSI PERKEP KOMPENI B BATALION 3, PGA BIDOR.

๐Ÿ“† Tarikh : 13 October 2025 (Isnin)

โฐ Masa : 0900 Hrs - Sehingga Selesai

๐Ÿ“ข Lokasi :
Bilik Mesyuarat Kompeni B
Kuarters PKP Batalion 3

๐Ÿ‘จ๐Ÿผโœˆ๏ธ Kehadiran Pegawai Kanan/Penyelia Kompeni B:
1. Insp Ravendran A/L Ramuloo
2. Insp Mohamad Afif Bin Mohd Sany
3. Sjn Nawawi Bin Mat
4. Sjn Johari A/L Bah Hiha
5. Kpl Rajudin Bin Bah Din
6. Kpl Mohd Helmi Bin Shariff
7. Kpl Mohd Hanaffie Bin Zaini

๐Ÿ‘จ๐Ÿผโœˆ๏ธ Kehadiran Perkep Kompeni B:
1.Pn. Maheran Bt Mat Isa (Peng. Perkep Komp B)
2.Pn. Siti Roziana Bt Wadoi
3.Pn. Zaida Bt Ahmad Tarmidi
4.Pn. Siti Nor hafizah Bt Ahmad Zaidi
5.Pn. Sarina Bt Tawab
6.Pn. Esah a/p Adis
7.Pn. Kasliana a/p Manan
8.Pn. Edayu Bt Azman
9.Pn. Erla Bt Ngah

๐Ÿ“ NOTA

Aktiviti kebajikan ini adalah bertujuan untuk menyantuni PRP Kompeni B yang dilanda ujian hidup dalam kesihatan, kemalangan dan juga apa-apa jua permasalahan yang memerlukan perhatian serta bantuan kebajikan.

Aktiviti kebajikan ini diketuai oleh Insp Ravendran A/L Ramuloo (Wakil Kompeni Komander, Kompeni B) dan Insp Mohamad Afif Bin Mohd Sany bersama penyelia-penyelia Kompeni B, Dengan adanya aktiviti kebajikan ini, sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat buat warga Kompeni B untuk terus tabah serta bersemangat bagi menghadapi ujian hidup.

Lawatan ini bermula dengan penyampaian ucapan dan sumbangan kebajikan oleh Pengerusi Perkep Kompeni B. Antara PRP dan waris keluarga yang menerima manfaat daripada sumbangan saguhati ini adalah :

1. Sjn 117838 Jamain Bin Ahmad
(Ibu Mertua Meninggal)

2. L/Kpl 215835 Rosfendiroy Bin Mamat.
(Ayah meninggal)

Aktiviti kebajikan ini diteruskan dengan lawatan ke rumah arwah ASP Nik Md Nazri Bin Nik Sukri di kuarters PKP BN3 PGA, lawatan ini bertujuan menzahirkan rasa simpati serta menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga di atas pemergian allahyarham, turut disampaikan sumbangan Ikhlas daripada PKP/PRP Kompeni B.

Diharapkan agar lawatan yang dibuat ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan hidup serta memberikan semangat dalam mengharungi kehidupan dengan penuh ketabahan. Selain itu, lawatan ini juga dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahliยฒ Perkep Kompeni B dengan barisan kepimpinan Kompeni B, melibatkan PKP dan PRP amnya.

Kompeni B akan sentiasa peka menjaga kebajikan warga Kompeni B dan sentiasa menyalurkan bantuan dengan pelbagai cara dan kaedah, sesuai dengan hasrat Kompeni Komander, Kompeni B ASP Johnathan Putra Bin Laum, yang sentiasa mengutamakan kebajikan kepada semua warga Kompeni B, Batalion 3 PGA Bidor.

Lawatan selesai jam 1100 Hrs.



MAJLIS SEND OFF TUGAS OPS BERSEPADU KHAZANAH SIRI 10/2025 DAN GENERAL ROLLCALL KOMPENI BPada 10/10/2025 jam lebih kurang...
10/10/2025

MAJLIS SEND OFF TUGAS OPS BERSEPADU KHAZANAH SIRI 10/2025 DAN GENERAL ROLLCALL KOMPENI B

Pada 10/10/2025 jam lebih kurang 0900Hrs, telah diadakan majlis 'Send Off' tugas Ops Bersepadu Khazanah Siri 10/2025 dan general Rollcall Kompeni B bertempat di Drill Shed, Batalion 3 PGA.

Pada majlis tersebut, Kompeni Komander, Kompeni B Asp Johnathan Putra Bin Laum telah menyampaikan arahan dan amanat berkaitan dengan penugasan Op Khazanah Bersepadu serta membuat perlepasan konvoi.

Kehadiran: 5 x PKP / x 73 PRP



09/10/2025

Throwback - Khidmat masyrakat di pos hadapan bersama OYAGSB-UUM.
ยฌ CSR Programme "Water Pump Handover Ceremony" 29 Oktober 2023

Send a message to learn more

โšฝPertandingan Spontan - Bola Sepak 9 sebelah kompeni Bโšฝ Hari: Khamis - Jumaat Tarikh: 02/10/2025 - 03/10/2025Tempat: Pad...
03/10/2025

โšฝPertandingan Spontan - Bola Sepak 9 sebelah kompeni Bโšฝ


Hari: Khamis - Jumaat
Tarikh: 02/10/2025 - 03/10/2025
Tempat: Padang Bola BN3.

โ–ถ๏ธKekuatan :
80 x Pegawai / Anggota Kompeni B.

(1) Semua pegawai dan anggota kompeni B di pengkalan terlibat dalam pertandingan Spontan - bola sepak 9 sebelah kompeni B. Pertandingan ini bukan hanya menjadi aktiviti sukan malah turut mengukuhkan silaturrahim dan Esprit de corps warga Kompeni B BN3 PGA.

2) Pertandingan Spontan ini adalah terdiri daripada pasukan HQ Kompeni B, pasukan platun 4, pasukan platun 5 dan pasukan platun 6.Pada 2/10/25 telah diadakan perlawanan peringkat liga manakala perlawanan tempat ketiga dan keempat serta perlawanan akhir telah dijalankan pada 3/10/2025.

3) Perlawanan peringkat akhir dimulakan dengan ucapan perasmian penutup Pertandingan bola sepak 9 sebelah kompeni B oleh YDH Tuan Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Supt. Azhar Bin Haji Hashim serta gimik perasmian iaitu sepakan penalti.

4) Keputusan Pertandingan๐Ÿ†

๐Ÿฅ‡Pasukan HQ Kompeni B
๐ŸฅˆPasukan Platun 4
๐Ÿฅ‰Pasukan Platun 5
๐Ÿ…Pasukan Platun 6

Penyampaian hadiah pertandingan bola sepak 9 sebelah kompeni B telah disampaikan oleh YDH Pegawai pemerintah Batalion 3.

5) Secara keseluruhan pertandingan Spontan ini berjalan dengan lancar dan semua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. Aktiviti sukan yang dijalankan turut menerapkan semangat kerjasama dan saling hormat menghormati disamping membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pegawai PDRM selaras dengan hasrat pucuk pimpinan PDRM.



Salam takziah kepada keluarga Allahyarham ASP Nik Md Nazri Bin Nik Sukri. Semoga roh dicucuri rahmat ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ
18/09/2025

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham ASP Nik Md Nazri Bin Nik Sukri. Semoga roh dicucuri rahmat ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM ASP NIK MD NAZRI BIN NIK SUKRI.

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu"

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Al - Fatihah
ุจูุณู’ู€ู€ู€ู…ู ุงูŒู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงูŒู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงูŒู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู€ู€ู€ู…
ู ุฃูŒู„ุญูŽู…ู’ุฏูู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุฑูŽุจู ุงูŒู„ู’ุนูŽู„ูŽู…ููŠู†ูŽ * ุงูŒู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงูŒู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู * ู…ูŽู„ููƒู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงูŒู„ุฏูู‘ูŠู’ู†ู * ุฅููŠูŽู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุนู’ุจููˆู’ุฏู ูˆูŽุฅููŠูŽู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู’ู†ู * ุฅูŒู‡ู’ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตูู‘ุฑูŽุทูŽ ุงูŒู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู’ู…ู * ุตูุฑูŽุทูŽ ุงูŒู„ูŽู‘ุฐููŠู’ู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ุนูŽู…ู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู‘ู…ู’ ุบูŽูŠู’ุฑูุงูŒู„ู’ู…ูŽุบู’ุถูุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ุงูŽ ุงูŒู„ุถูŽู‘ุขู„ูู‘ูŠู†ูŽ *
ุขู…ูู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู†ู...






LAPORAN KEBAJIKAN KOMPENI B : LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN OLEH PEGAWAI DAN PENYELIA SERTA PENG...
04/08/2025

LAPORAN KEBAJIKAN KOMPENI B : LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN OLEH PEGAWAI DAN PENYELIA SERTA PENGERUSI PERKEP KOMPENI B BATALION 3, PGA BIDOR.

๐Ÿ“† Tarikh : 04 Ogos 2025 (Isnin)

โฐ Masa : 0900 Hrs - Sehingga Selesai

๐Ÿ“ข Lokasi :
Bilik Mesyuarat Kompeni B
Kuarters PKP dan PRP Batalion 3

๐Ÿ‘จ๐Ÿผโœˆ๏ธ Kehadiran Pegawai Kanan/Penyelia Kompeni B:
1. Insp Mohamad Afif Bin Mohd Sany
2. SM Alang Bin Alang Takong
3. Kons Suhaimi Bin Nordin

๐Ÿ‘จ๐Ÿผโœˆ๏ธ Kehadiran PERKEP Kompeni B:
1. Pn. Maheran (Peng. Perkep Komp B)
2. Pn. Siti Roziana (Ajk Perkep Komp B)
3. Pn. Zaida (Ajk Perkep Komp B)

๐Ÿ“ NOTA

โ€ข Aktiviti kebajikan ini adalah bertujuan untuk menyantuni PKP dan PRP Kompeni B yang dilanda ujian hidup dalam kesihatan, kemalangan dan juga apa-apa jua permasalahan yang memerlukan perhatian serta bantuan kebajikan.

โ€ข Aktiviti kebajikan ini diketuai oleh Insp Mohamad Afif Bin Mohd Sany (Wakil Kompeni Komander, Kompeni B) bersama penyelia kanan yang terdiri daripada SM Alang Bin Takong (SM Kebajikan Kompeni B) dan Kons 223093 Suhaimi Bin Nordin (Pembantu Tadbir Kompeni B). Dengan adanya aktiviti kebajikan ini, sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat buat warga Kompeni B untuk terus tabah serta bersemangat bagi menghadapi ujian hidup.

โ€ข Lawatan ini bermula dengan penyampaian ucapan dan sumbangan kebajikan oleh Pengerusi Perkep Kompeni B. Antara PRP dan waris keluarga yang menerima manfaat daripada sumbangan saguhati ini adalah :

1. Sjn 117838 Jamain Bin Ahmad
(Ibu Mertua Meninggal)

2. Sjn 148672 Jelani Bin Ayun
(Masuk Wad - Darah Tinggi)

3. Sjn 148581 Nawawi Bin Mat
(Isteri Masuk Wad)

4. Kpl 148611 Mohd Rosaini Bin Md Darus
(Ayah Masuk Wad)

5. Kpl 186846 Norsalifuddin Bin Salleh
(Isteri Bersalin)

6. Kpl 186841 Shafiq a/L Sumardi
(Isteri Bersalin)

7. Kpl 186915 Gihali Bin Mahdi
(Anak Masuk Wad)

8. Kpl/Wt Shahrul Nizam Bin Sarip
(Isteri Bersalin)

9. Kpl 201890 Mohd Nazri Bin Ismail
(Masuk Wad - Pembedahan Hempedu)

10. Kpl 201911 Shamrin Bin Hamid
(Ayah Masuk Wad)

11. Kpl 201916 Halim Bin Rosli
(Masuk Wad - Demam Denggi)

12. Kpl 201926 Aza Bin Raseb
(Masuk Wad - Masalah Penglihatan)

13. L/Kpl 209367 Mohamad Noremi Bin Norizam
(Isteri Bersalin)

14. L/Kpl 209372 Shahrul Azmi a/L Wan
(Isteri Bersalin)

15. L/Kpl 215802 Hafiz a/L Angah
(Ayah Masuk Wad)

16. L/Kpl 215835 Rosfendiroy Bin Mamat.
(Ayah Masuk Wad)

โ€ข Aktiviti kebajikan ini diteruskan dengan lawatan ke rumahยฒ PKP dan PRP Kompeni B. Lawatan ini dianjurkan bagi menyelami kehidupan serta permasalah hidup PKP dan PRP itu sendiri dalam mengharungi hidup ini.

โ€ข Bagi rumah pertama yang dilawati, PRP yang dilawati adalah Kpl 148724 Sogi Bin Mail (Seksyen Komander 1, Platun 4, Kompeni B). Untuk makluman, beliau menghadapi masalah kesihatan iaitu mengidap penyakit "buah pinggang" tahap keempat. Selain itu, beliau turut disyaki mengidap penyakit "Dimentia" dan masih lagi berada dibawah pemantauan semasa oleh KKM. Pada masa yang sama beliau turut membesarkan 1 orang anak beliau yang masih kecil.

โ€ข Lawatan kebajikan rumah kedua, melibatkan lawatan ke kediaman Insp Muhammad Isminhaziq Bin Ismail (Platun Komander, Platun 6, Kompeni B, Batalion 3 PGA. Untuk makluman, pegawai ini telah menerima cahaya mata yang pertama baru-baru ini. Namun beberapa kali, cahaya mata milik pasangan tersebut dikerjakan ke unit rawatan akibat daripada komplikasi masalah kesihatan. Keluarga pegawai terbabit telah sempat berkongsi detik-detik manis bersama delegasi lawatan kebajikan Kompeni B dalam menyambut "penyeri hidup" dalam keluarga tersebut.

โ€ข Diharapkan agar lawatan yang dibuat ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan hidup serta memberikan semangat dalam mengharungi kehidupan dengan penuh ketabahan buat warga Kompeni B khususnya. Selain itu, lawatan ini juga dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahliยฒ Perkep Kompeni B dengan barisan kepimpinan Kompeni B, melibatkan PKP dan PRP amnya.

โ€ข Kompeni B akan sentiasa peka menjaga kebajikan warga Kompeni B dan sentiasa menyalurkan bantuan dengan pelbagai cara dan kaedah, sesuai dengan hasrat Kompeni Komander, Kompeni B ASP Tuan Johnathan Putra Bin Laum, yang sentiasa mengutamakan kebajikan kepada semua warga Kompeni B, Batalion 3 PGA Bidor. Beliau telah mengarahkan untuk meneruskan program yang telah beliau rancang ini walaupun tidak dapat hadir kerana terlibat dengan LDP Tembak.

Lawatan selesai jam 1030 Hrs.



08/05/2025

Address

Kompeni B Batalion 3 PGA
Bidor
35500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompeni B Batalion 3 PGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share