Ketua Armada Bhg Tg Malim

Ketua Armada Bhg Tg Malim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ketua Armada Bhg Tg Malim, Political organisation, Bidor.

Dihari yang mulai ini saya memohon maaf kepada semua yang mengenali sayaKetua Armada Bhg Tg MalimLuth ishak salam Aidilf...
04/06/2019

Dihari yang mulai ini saya memohon maaf kepada semua yang mengenali saya

Ketua Armada Bhg Tg Malim
Luth ishak

salam Aidilfittri.

Beliau didapati bersalah . Ini semua kerana mengikut nafsu amarah. Memecahkan cermin kereta orang kerana bertelingkah di...
01/06/2019

Beliau didapati bersalah . Ini semua kerana mengikut nafsu amarah. Memecahkan cermin kereta orang kerana bertelingkah di jalan raya.

Tapi hukuman yang dijatuhkan : Abang botak kena penjara setahun.

Secara ‘rule of law’ atau kehakiman ianya sah. Tapi keadilan bukan sahaja ‘rule of law’ juga perlu adanya Al-Ihsan.

Ihsan mengambil kira kemanusiaan dan ketuhanan. Ihsan antaranya sifat belas Allah. Hakim perlu bayangkan bahawa Allah Al-Rahim, Al-Ghafur, Al-Adl, Al-Hakim itu juga mendengar bilik bicara.

Apakah tekanan hidup beliau memungkinkan beliau begitu marah? Beliau hanyalah penjaga stor dengan gaji kecil.Ada dua orang anak kecil bawah 3 tahun. Bayangkan raya, bayangkan setahun anak-isteri beraya tanpa ayah? Bayangkan bagaimana dan siapa mahu tanggung keluarga yang tak seberapa ini?Adakah Kerajaan akan membela anak-anak itu?

Kalau ada peguam yang s**arela punya sifat Ihsan. Tolonglah beliau ini. Rasanya sempat lagi failkan petisyen untuk mencabar keputusan ini.

Sebarkan .

Like dan share :
Luth Ishak
Ketua Armada Bhg Tg Malim

Adap balik kampung :1) jaga lah tutur bahasa terutama nak tegur anak orang. Terguris hati dengar orang marah anak tak sa...
01/06/2019

Adap balik kampung :

1) jaga lah tutur bahasa terutama nak tegur anak orang. Terguris hati dengar orang marah anak tak sama mak dia marah anak dia. Anak dia s**a hati lah mak dia nak marah atau cakap apa.

Jadi mak pun jangan sentap sangat jika dah tau nak balik kampung ramai saudara dan perangai anak sendiri pun seperti gasing ligat macam tak ada button off.

2) Ringankan tulang. Bantu apa yang boleh.

3) Hulurkan duit.
Beli barang dapur berkongsi.
Sama-sama ringankan beban, jangan tau makan.

4) Rajin kan jenguk saudara.
Yang islam tu. jaga hati mereka yg non-muslim.
Tak ada nye orang tu nak hidang b&b@.
Diorang pun tahu lah.
Sekarang ramai saudara yg bagi air kotak je & kuih tunjuk. Rasa lah sikit.

5) Bawa baju spare anak. Takut air tertumpah kat baju boleh tukar dan mood tak la hilang!

Raikan dan tolak ansur lah dalam apa jua.
Peluang berjumpa dan silaturahim semasa perayaan hanya sekali setahun.

Selamat Menyambut Hari Raya

Nabi sabda didalam sebuah hadis yang masyhur, Bukan dari golongan aku, orang yang tidak menghormati orang tua, dan tidak...
23/05/2019

Nabi sabda didalam sebuah hadis yang masyhur, Bukan dari golongan aku, orang yang tidak menghormati orang tua, dan tidak mengasihani orang muda.

Mutafaqun alaih.

Luth ishak
Ketua Armada Bhg Tg Malim

2-3 bulan lepas hujan berlarutan lebih dari 3 jam , menimbulkan keresahan para pelajar-pelajar sekolah maahad abasiah, t...
14/05/2019

2-3 bulan lepas hujan berlarutan lebih dari 3 jam , menimbulkan keresahan para pelajar-pelajar sekolah maahad abasiah, tepat jam 3 pagi akhirnya lombong belakang abasiah pecah.

Pasir bercampur air masuk ke kawasan sekolah dan masuk ke dalam asrama, mujurlah semua nya berjaya selamatkan diri.

Jika lambat sudah pasti perkara yang tak di ingin akan meragut nyawa pelajar-pelajar sekolah.

Ketua Armada Bhg Tg Malim Luth Ishak mengumpulkan armada dan terus tubuhkan skuad s**arelawan armada Bahagian Tg Malim secara tidak rasmi.

Dan beliau dengan pengerusi mpkk pekan sungkai berkerjasama bergading bahu, memastikan pelajar-pelajar sekolah dapat terus kan aktiviti persekolahan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, selepas 3 hari turun padang barulah semua pasir dapat di bersihkan, pihak sekolah jugak mengucap kan berbanyak terima kasih atas pertolongan yang diberikan.

TAPAH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid , hari ini baginda berkenan menamakan mas...
14/05/2019

TAPAH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid , hari ini baginda berkenan menamakan masjid tersebut dengan nama baginda. Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Baginda kemudian berbuka puasa bersama pemimpin negeri dan kira-kira 500 kariah dan penduduk Pekan Tapah.

Terdahulu, ketibaan baginda disambut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Yang turut menyambut ketibaan baginda, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin, Ketua Armada Bhg Tg Malim Luth Ishak, turut menghadiri majlis berbuka puasa bersama Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

BIDOR : hari ini, adalah hari terakhir untuk periksa kerja-kerja pemasangan pagar kubur di kampung Cegar, dan Saya selak...
14/05/2019

BIDOR : hari ini, adalah hari terakhir untuk periksa kerja-kerja pemasangan pagar kubur di kampung Cegar, dan Saya selaku Ketua Armada Bhg Tg Malim amat berpuas hati dengan hasil kerja yang dijalankan.

" kita tolong orang dengan harapan, allah memudahkan urusan kita"

Cc: Luth ishak

Dalam pergaulan kita seharian, kita tidak akan terlepas daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mengguris atau...
10/05/2019

Dalam pergaulan kita seharian, kita tidak akan terlepas daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mengguris atau menghiris hati dan perasaan orang lain sama ada secara sedar ataupun tidak. Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja baik hubungan antara ibu bapa dan anak, hubungan antara adik beradik, sahabat handai, kawan sepejabat, jiran tetangga dan masyarakat.



Lazimnya perkara ini berlaku adalah berpunca daripada berlakunya sesuatu pertengkaran atau pergeseran, sifat sombong, merasakan dirinya sahaja yang betul, berselisih pendapat tentang hal-hal yang remeh, tidak menghormati dan menghargai perasaan orang lain dan sebagainya. Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan baik, maka akan berlakulah keretakkan dan kerosakkan hubungan silaturrahmi sesama kita di mana ianya amat dibenci sama sekali oleh Islam.



Saudara,

Islam amat melarang keras umatnya memutuskan hubungan silaturrahmi. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran kepada manusia tentang sifat-sifat tercela ini. Ia sebagaimana sabdanya yang bermaksud:



Jangan saling membenci, jangan berhasad dengki, jangan membelakangi kepentingan saudara-saudara kamu, dan jangan memutuskan silaturrahmi, tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seseorang Muslim memulaukan saudaranya lebih daripada tiga hari.

(Muttafaqun ‘alaih)



Lihatlah bagaimana sejarah Rasulullah s.a.w dan para sahabat suatu ketika dahulu. Mereka telah menunujukkan contoh yang terbaik dalam sejarah umat manusia di mana mereka dapat disatukan atas dasar akidah walaupun datang daripada pelbagai suku kaum dan latar belakang yang berbeza. Subhanallah, begitu hebatnya hubungan silatirrahmi yang dibina antara mereka.



Oleh itu, marilah bersama kita menjaga hubungan silaturrahmi sesama kita dengan baik, elakkan daripada permusuhan dan persengketaan, contohilah Rasul s.a.w dan sahabat di dalam menjalinkan hubungan silaturrahmi sesama mereka. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang disayangi oleh Allah SWT disebabkan menjaga hubungan silaturrahmi yang mulia ini, InsyaAllah.





Sekian

Perjuangan ini suatu perjalan, terkadang ada yang tersungkur dan ada yang terus gagah bangun dan terus melangkah."Kita m...
10/05/2019

Perjuangan ini suatu perjalan, terkadang ada yang tersungkur dan ada yang terus gagah bangun dan terus melangkah.

"Kita merancang Allah juga merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang."

Walau apa jua yang berlaku kita tetap akan terus bersemangat demi Perjuangan yang belum selesai.

Tetapi kita juga kena ingat, ada dikalangan kita akan setiasa mengambil kesempatan dalam kesempitan, masa berjuang hilang entah kemana sesudah menang barulah muncul entah dari mana, mereka ini seolah-olah tidak tahu malu dan ingin menafikan hak orang yang terlebih dahulu dari mereka.

Oleh kerana itu, wajarlah kita berhati-hati, dan mematikan langkah mereka, terkadang diri ini merasa hairan, orang yang bersama-sama engkau dari mula tiba di tinggalkan, dan orang yang baru p**a di ambil menjadi pendamping.

Wahai Saudara sekalian, janganlah kita menjadi orang yang mudah melupakan jasa orang lain, ibarat kacang melupakan kulit, tetapi Jadilah seperti pepatah melayu, "Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga".

Akhir kalam janganlah dibangunkan kucing tidur, kita akan setiasa memerhati, dan kita juga akan menjadi mata dan telinga kepada pengkhianat Perjuangan.

*gambar kenang-kenangan ketua Armada Bhg Tg Malim saudara Luth Ishak bersama Ketua Armada Malaysia saudara syed sadik semasa mula-mula berjuang, Semoga Allah memberkati mereka.

Address

Bidor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketua Armada Bhg Tg Malim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share