Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan

Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan Pasukan Keselamatan Negara Malaysia

11/04/2026
HARI PERTAMA PEGAWAI MEMERINTAHBATALION KE-7 REJIMEN SEMPADAN MASUK PEJABAT  BINTULU, 19 Mac 2026: Pegawai Memerintah Ba...
31/03/2026

HARI PERTAMA PEGAWAI MEMERINTAH
BATALION KE-7 REJIMEN SEMPADAN MASUK PEJABAT

BINTULU, 19 Mac 2026: Pegawai Memerintah Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (7 RS) yang baharu, Lt Kol Mohamad Khairi bin Haji Hashim, secara rasmi telah memulakan tugas dan masuk Pejabat Pegawai Memerintah setelah mengambil alih jawatan sebagai Pegawai Memerintah ke-6 pada 14 Mac 2026.

Ketibaan beliau di Markas Batalion telah disambut oleh Penolong Pegawai Memerintah, Ketua-Ketua Kompeni dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) pasukan.

Sebagai simbolik acara, Pegawai Memerintah telah meletakkan bendera 7 RS di hadapan pejabat sebagai tanda beliau telah secara rasmi memasuki pejabat. Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Prebet ke Lans Koperal sebelum diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Pegawai Memerintah. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar semua barisan kepimpinan pasukan untuk melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab selaras dengan jawatan yang disandang.

Seterusnya pada sebelah malam, Pegawai Memerintah telah diberikan Taklimat berkaitan Perkara Gerakan, Latihan, Tadbir dan Logistik (GAQ) sebelum diteruskan dengan Mesyuarat Pengurusan Latihan Siri 1/2026, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Siri 1/2026 dan Taklimat Maklum Balas 𝘚𝘦𝘭𝘧-𝘈𝘶𝘥𝘪𝘵 Pemeriksaan AKPAT oleh Staf Markas 31 Briged.

Seluruh Warga Juang Perang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Lt Kol Mohamad Khairi bin Haji Hashim di atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Memerintah ke-6 Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan.

“JUANG PERANG”





PERTUKARAN TAMPUK KEPIMPINAN BATALION KETUJUH REJIMEN SEMPADANBINTULU, 14 Mac 26: Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 R...
15/03/2026

PERTUKARAN TAMPUK KEPIMPINAN BATALION KETUJUH REJIMEN SEMPADAN

BINTULU, 14 Mac 26: Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 RS) telah melaksanakan Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah di antara Lt Kol Khairul Iskandar bin Kamanoorizahar dan Lt Kol Mohamad Khairi bin Haji Hashim bertempat di Dataran 7 RS, Kem Kidurong, Bintulu. Perbarisan yang berkekuatan seramai 22 Pegawai dan 214 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah dan disaksikan oleh Brigedier Jeneral Azman bin Md Zain, Panglima 31 Briged.

Acara dimulai dengan ketibaan Pegawai Memerintah Kelima yang seterusnya menyempurnakan Acara Pemakaian Pangkat kepada tiga anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Acara diteruskan dengan ketibaan Pegawai Memerintah Keenam serta Panglima 31 Bgd bagi menerima Tabik Hormat daripada perbarisan disusuli dengan Acara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa sebagai simbolik rasmi pertukaran tampuk kepimpinan pasukan.

Majlis diakhiri dengan Acara 𝘚𝘵𝘳𝘦𝘦𝘵 𝘓𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 sebagai simbol penghargaan dan tanda kenangan terakhir warga “Juang Perang” kepada Mantan Pegawai Memerintah atas kepimpinan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui pasukan sebelum beliau bersara awal daripada perkhidmatan.

Pada masa yang sama, Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 7 RS turut dilaksanakan di Rumah BAKAT 7 RS, Taman Bintulu Jaya. Puan Natassya binti Mohd Nassir selaku Pemangku Pengerusi BAKAT 7 RS telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Puan Masrina binti Abraham sebagai Pengerusi BAKAT 7 RS yang baharu bagi meneruskan legasi kepimpinan serta kebajikan warga keluarga pasukan.

‘JUANG PERANG’





MAJLIS KHATAM AL-QURAN SERTA KHUTBAH KHAS PERINTAH ULUNG PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-24Bintulu, 13 Mac 2026: B...
14/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SERTA KHUTBAH KHAS PERINTAH ULUNG PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-24

Bintulu, 13 Mac 2026: Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sebagai penutup kepada aktiviti tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan, bertempat di Surau As-Syuhada’, Kem Kidurong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas yang dipimpin oleh Lt M Basyir Amin bin Kamaron, Pegawai Agama Pasukan sebelum diteruskan dengan Bacaan Doa Khatam Al-Quran. Program tadarus ini melibatkan penyertaan anggota pasukan yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan sepanjang bulan Ramadan bagi mengimarahkan surau dengan bacaan Al-Quran secara berterusan.

Majlis seterusnya diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada wakil kumpulan tadarus pasukan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan mereka dalam menjayakan program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

Turut diadakan penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus daripada kalangan ahli BAKAT yang telah disempurnakan oleh Puan Natassya binti Mohd Nasir, Pemangku Pengerusi BAKAT Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan sebagai penghargaan atas penglibatan aktif ahli BAKAT dalam program pengimarahan Ramadan bersama pasukan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Khutbah Khas Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-24 sebelum pelaksanaan Solat Jumaat secara berjemaah.

Majlis yang melibatkan kekuatan seramai 16 Pegawai, 78 Lain-Lain Pangkat (LLP) serta 22 Ahli BAKAT ini turut menjadi wadah pengukuhan aspek kerohanian dan pembinaan sahsiah warga pasukan agar terus kekal berdisiplin, berintegriti dan berjiwa kental selaras dengan aspirasi Angkatan Tentera Malaysia.

Semoga segala usaha dalam mengimarahkan bulan Ramadan ini diberkati dan menjadi asbab kepada pengukuhan iman serta perpaduan dalam kalangan warga pasukan.

'JUANG PERANG'





MAJLIS PENGISLAMAN SAUDARA BARU DAN BACAAN YASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT SERTA KHUTBAH KHAS SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTER...
28/02/2026

MAJLIS PENGISLAMAN SAUDARA BARU DAN BACAAN YASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT SERTA KHUTBAH KHAS SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT KE-93

Bintulu, 27 Februari 2026: Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan telah menganjurkan Majlis Pengislaman Saudara Baru yang disusuli dengan Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat serta Khutbah Khas sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia Ke-93, bertempat di Surau As-Syuhada’, Kem Kidurong.

Majlis yang penuh keberkatan ini dimulai dengan Acara Pengislaman Saudara Baru melalui lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh 1200968 Kpl Jeyedin Jamain yang telah dipimpin oleh Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Azman bin Md Zain, Panglima 31 Briged, dan disaksikan oleh Yang Berbahagia Leftenan Kolonel Khairul Iskandar bin Kamanoorizahar, Pegawai Memerintah Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan, serta seluruh warga Juang Perang.

Pengislaman ini merupakan satu detik bersejarah yang amat bermakna, bukan sahaja kepada individu berkenaan, malah kepada seluruh warga pasukan sebagai simbol perpaduan, kebersamaan dan pengukuhan nilai-nilai murni dalam keluarga besar Tentera Darat Malaysia.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Lt M Basyir Amin bin Kamaron, Pegawai Agama Pasukan, sebagai tanda kesyukuran atas nikmat keamanan dan kekuatan yang dikurniakan serta memohon kesejahteraan dan perlindungan berterusan dalam menggalas amanah mempertahankan kedaulatan negara.

Seterusnya, Khutbah Khas sempena Hari Tentera Darat Ke-93 telah disampaikan bagi menyemarakkan semangat perjuangan, memperkukuh disiplin serta menyuntik kesedaran tentang tanggungjawab dan pengorbanan warga Tentera Darat dalam mempertahankan kedaulatan tanah air, sebelum diteruskan dengan Solat Jumaat secara berjemaah.

Majlis ini turut menjadi wadah pengukuhan aspek kerohanian dan pembinaan sahsiah warga pasukan agar terus kekal berdisiplin, berintegriti dan berjiwa kental selaras dengan aspirasi Tentera Darat Malaysia.

Semoga segala usaha dan pengorbanan warga Tentera Darat terus diberkati serta sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

'JUANG PERANG'





24/02/2026

Address

Kem Kidurong
Bintulu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category