14/08/2026
JANGAN BUAT PEMBAKARAN TERBUKA!
Musim sekarang, apabila cuaca kering dan keadaan jerebu semakin membimbangkan, pembakaran terbuka boleh menyebabkan api merebak dengan cepat serta menambahkan pencemaran udara.
🚫 Jangan bakar sampah, daun kering atau sisa kebun secara terbuka.
🌱 Gunakan kaedah pelupusan yang lebih selamat.
🤝 Lindungi kesihatan keluarga dan komuniti kita.
Cegah sebelum terlambat. Jangan jadikan asap dan api sebagai punca masalah kepada orang lain.
Ayuh bersama-sama membantu mengurangkan risiko kebakaran dan jerebu di Sarawak.