Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu Laman rasmi PKB Bintulu untuk mengetahui info kesihatan dan juga aktiviti PKB Bintulu.

JEREBU KEMBALI! JANGAN AMBIL MUDAH ๐Ÿ˜ทโš ๏ธKualiti udara di beberapa kawasan kini semakin membunuh akibat jerebu. Kita tidak ...
14/08/2026

JEREBU KEMBALI! JANGAN AMBIL MUDAH ๐Ÿ˜ทโš ๏ธ

Kualiti udara di beberapa kawasan kini semakin membunuh akibat jerebu. Kita tidak boleh berkompromi dengan kesihatan diri dan keluarga.

Jerebu bukan sekadar udara kotor; ia membawa partikel halus yang boleh menjejaskan paru-paru dan jantung dalam jangka masa panjang.

Ikuti panduan mudah 3 langkah ini untuk memastikan anda kekal sihat dan selamat sementara menunggu keadaan bertambah baik:

1๏ธโƒฃ SEMAK IPU SEBELUM KELUAR (PENTING!)
Jadikan tabiat untuk menyemak Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui aplikasi atau laman web rasmi. Jika IPU melebihi 100 (TIDAK SIHAT), TANGGUHKAN sebarang aktiviti riadah atau senaman di luar rumah.

2๏ธโƒฃ TUKAR SENAMAN KE DALAM RUMAH
Jangan jadikan jerebu alasan untuk tidak aktif. Ubah rutin senaman anda ke dalam rumah (indoor). Anda boleh melakukan stretching, yoga, skipping, atau senaman berat badan (calisthenics) di tempat tertutup yang mempunyai pengudaraan baik.

3๏ธโƒฃ LINDUNGI DIRI JIKA TERPAKSA KELUAR
Jika anda perlu berada di luar, GUNAKAN PELITUP MUKA N95. Elakkan daripada menggunakan pelitup muka kain biasa kerana ia tidak berkesan menapis partikel jerebu. Pastikan anda minum banyak air masak untuk kekal terhidrat.

๐Ÿšซ PENTING: HENTIKAN PEMBAKARAN TERBUKA!
Tolong, jangan sesekali membakar sampah, daun kering, atau sisa kebun ketika cuaca jerebu ini. Tindakan anda memburukkan lagi keadaan.
Sila laporkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka kepada JABATAN ALAM SEKITAR

Tolong share posting ini untuk sebarkan kesedaran kepada keluarga dan rakan-rakan. Jaga kesihatan anda!

๐Ÿ“ฃ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐๐„๐๐˜๐”๐’๐”๐€๐ ๐’๐”๐’๐” ๐ˆ๐๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿคฑ๐ŸปJom bersama-sama memeriahkan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Tahun 2...
14/08/2026

๐Ÿ“ฃ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐๐„๐๐˜๐”๐’๐”๐€๐ ๐’๐”๐’๐” ๐ˆ๐๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿคฑ๐Ÿป

Jom bersama-sama memeriahkan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Tahun 2026 peringkat klinik kesihatan di Bahagian Bintulu! ๐ŸŒธ

โœจ Bertemakan:
Susu Ibu sebagai Asas Kehidupan Lestari: Perkukuhkan Amalan yang Berkesan (Breastfeeding for a Sustainable Start in Life: Strengthen What Works).

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di klinik-klinik kesihatan terpilih sepanjang bulan Ogos hingga September 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: 7 Ogos โ€“ 3 September 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Ruang Legar Klinik Kesihatan
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 11.30 pagi

๐Ÿ’— Marilah bersama meraikan & menyokong penyusuan susu ibu demi generasi sihat!

Jangan lupa semak poster untuk tarikh dan lokasi sambutan mengikut klinik. ๐Ÿฅฐ



โฐ SATU JAM.MUNGKIN KECIL BAGI KITA.TAPI BESAR MAKNANYA UNTUK MALAYSIA. Jangan fikir:โŒ โ€œSatu bekas sahaja.โ€โŒ โ€œAirnya siki...
14/08/2026

โฐ SATU JAM.

MUNGKIN KECIL BAGI KITA.
TAPI BESAR MAKNANYA UNTUK MALAYSIA.

Jangan fikir:
โŒ โ€œSatu bekas sahaja.โ€
โŒ โ€œAirnya sikit sahaja.โ€
โŒ โ€œNanti orang lain bersihkan.โ€

Kerana sebuah bekas mungkin nampak kecil kepada kita, tetapi boleh menjadi permulaan kepada masalah besar.

โค๏ธ Satu jam kita.
Satu tindakan kita.
Satu komuniti kita.

Satu Malaysia yang lebih selamat.Ayuh! Kita merdekakan kawasan kita daripada penjajahan Aedes.



โ˜€๏ธ๐Ÿ˜ท PANAS TERIK BERSAMA JEREBU: KOMBO BAHAYA UNTUK KESIHATAN ANDA! ๐Ÿ˜ทโ˜€๏ธLately ni rasa perit tak tekak? Kepala mula pening...
14/08/2026

โ˜€๏ธ๐Ÿ˜ท PANAS TERIK BERSAMA JEREBU: KOMBO BAHAYA UNTUK KESIHATAN ANDA! ๐Ÿ˜ทโ˜€๏ธ

Lately ni rasa perit tak tekak? Kepala mula pening-pening lalat, mata rasa pedih dan badan rasa cepat lelah?

Mana tidaknya, sekarang kita bukan sahaja berdepan dengan cuaca panas terik, tapi ditambah p**a dengan ancaman jerebu yang mula mencemari udara. Gabungan dua 'musuh senyap' ini boleh meningkatkan risiko dehidrasi, strok haba, masalah pernafasan dan asma!

Jangan ambil mudah! Bagi memastikan anda dan keluarga kekal sihat dalam situasi ini, amalkan tips penting ini:

๐Ÿ’ง 1. Minum Air Kosong Secukupnya
Jangan tunggu dahaga baru nak minum! Air kosong membantu melembapkan tekak yang kering akibat jerebu dan menggantikan cecair badan yang hilang akibat panas.
(Tips: Boleh ambil minuman isotonik jika banyak berpeluh untuk ganti garam dalam badan).

๐Ÿ  2. Berkurung di Dalam Rumah & Hadkan Aktiviti Luar
Ini adalah masa terbaik untuk stay at home. Elakkan berjoging atau bersukan di luar rumah. Ia bukan sahaja mengelakkan anda daripada disengat haba panas, malah menyelamatkan paru-paru anda daripada menyedut partikel jerebu yang berbahaya.

๐ŸŒ€ 3. Gunakan Kipas / Aircond & 'Air Purifier'
Pastikan pengudaraan di dalam rumah sejuk dan selesa. Jika ada pembersih udara (air purifier), pasangkan di dalam rumah dan pastikan penapisnya dibersihkan.

๐Ÿ‘• 4. Pakai Pakaian Ringan & Longgar
Pilih baju berwarna terang, nipis dan longgar supaya peluh mudah tersejat dan badan tak rasa 'terperangkap' dalam kepanasan.
๐Ÿงด๐Ÿงข

5. Pelindung Luaran (Sunscreen, Topi/Payung & Mask!)
Jika TERPAKSA keluar rumah:
Pakai losyen pelindung suria (SPF 30+) & guna topi/payung untuk elak pancaran haba terus ke badan.
PASTIKAN PAKAI PELITUP MUKA (Mask) untuk tapis partikel jerebu!

โ˜• 6. Kurangkan Kopi, Teh & Air Manis
Minuman berkafein, alkohol dan tinggi gula sebenarnya bersifat diuretik (membuatkan anda cepat kencing) dan mempercepatkan proses dehidrasi badan.

๐Ÿš— 7. AWAS! Jangan Tinggal Sesiapa Dalam Kereta!
Jangan sesekali tinggalkan anak-anak, warga emas atau haiwan peliharaan di dalam kereta bertutup tanpa pendingin hawa walaupun untuk "sekejap sahaja". Suhu dalam kereta boleh melonjak ke tahap bahaya dalam masa beberapa minit!

Sama-sama kita jaga kesihatan kendiri dan keluarga. Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga tersayang!

๐Ÿ”ฅ CUACA PANAS + JEREBU: AWAS ANCAMAN STROK HABA! ๐Ÿ”ฅSekarang ini, negara kita bukan sahaja berdepan dengan suhu cuaca yang...
14/08/2026

๐Ÿ”ฅ CUACA PANAS + JEREBU: AWAS ANCAMAN STROK HABA! ๐Ÿ”ฅ

Sekarang ini, negara kita bukan sahaja berdepan dengan suhu cuaca yang panas terik, malah dibelenggu p**a dengan masalah jerebu. ๐Ÿ˜ทโ˜€๏ธ

Gabungan cuaca panas dan jerebu ini sangat bahaya! Udara yang berdebu dan berjerubu membuatkan persekitaran terasa lebih 'berbahang' dan kering. Dalam keadaan begini, sistem tubuh kita boleh gagal mengawal suhu badan secara normal.

Tahu tak? Suhu badan individu yang mengalami Strok Haba (Heat Stroke) boleh melonjak sehingga 41ยฐC atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja! ๐Ÿ˜ฑ

Sekiranya tidak dikawal atau dirawat dengan pantas, strok haba boleh menyebabkan kerosakan organ kekal atau KEMATIAN.

โš ๏ธ AMBIL TAHU! 9 TANDA AWAL STROK HABA:
1๏ธโƒฃ Kerap sakit kepala
2๏ธโƒฃ Mudah hilang fokus
3๏ธโƒฃ Lidah menjadi bengkak
4๏ธโƒฃ Suhu badan melebihi 39ยฐC
5๏ธโƒฃ Nadi berdenyut laju
6๏ธโƒฃ Tekanan darah rendah
7๏ธโƒฃ Badan lesu dan kerap pengsan
8๏ธโƒฃ Badan TIDAK berpeluh (Tanda kritikal badan gagal sejuk)
9๏ธโƒฃ Kulit kering dan kemerah-merahan

๐Ÿ’ก LANGKAH PENCEGAHAN SEWAKTU MUSIM PANAS & JEREBU:

๐Ÿ’ง Minum Banyak Air: Jangan tunggu dahaga baru nak minum. Banyakkan minum air kosong.
๐Ÿก Hadkan Aktiviti Luar: Kurangkan berada di bawah terik matahari atau bersenam di luar semasa jerebu.
๐Ÿ˜ท Gunakan Pelitup Muka: Jika perlu keluar, pakai pelitup muka yang sesuai (seperti N95) untuk elak sedut udara jerebu yang tercemar.
๐ŸงŠ Sejukkan Badan: Lap badan menggunakan kain basah atau mandi jika rasa terlalu bahang.

Jangan ambil mudah! Jika anda atau ahli keluarga mula menunjukkan tanda-tanda di atas, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. ๐Ÿšจ

Kongsikan (SHARE) pesanan ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda. Sama-sama kita jaga kesihatan! โค๏ธ

Kita sendiri adalah barisan hadapan.Luangkan sedikit masa untuk memeriksa kawasan rumah dan tempat kerja.๐Ÿ”Ž Cari.๐Ÿ—‘๏ธ Buang...
13/08/2026

Kita sendiri adalah barisan hadapan.

Luangkan sedikit masa untuk memeriksa kawasan rumah dan tempat kerja.

๐Ÿ”Ž Cari.
๐Ÿ—‘๏ธ Buang.
๐Ÿงน Bersihkan.
๐Ÿ’ง Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

Kerana kemerdekaan bukan sekadar kibaran Jalur Gemilang.

Kemerdekaan juga bermaksud kita berani melindungi keluarga dan komuniti daripada ancaman yang boleh dielakkan.

Jangan beri Aedes ruang untuk menjajah.





Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Musim jerebu ni, bukan semua pelitup muka sama tau! ๐Ÿ˜ทTahukah anda pelitup muka biasa hanya dapat menapis 12% sahaja part...
13/08/2026

Musim jerebu ni, bukan semua pelitup muka sama tau! ๐Ÿ˜ท

Tahukah anda pelitup muka biasa hanya dapat menapis 12% sahaja partikel halus jerebu? ๐Ÿ˜ฑ Jangan salah pilih!

Jom luangkan masa seminit untuk baca infografik di bawah dan ketahui kenapa pelitup muka N95 adalah pilihan terbaik untuk

melindungi kesihatan anda dan keluarga! ๐Ÿ‘‡โœจ

JEREBU KEMBALI: JANGAN TUNGGU HAUS BARU NAK MINUM AIR! ๐ŸŒซ๏ธ๐Ÿ’งBila cuaca mula berjerebu, tekak mula rasa perit, mata pedih, ...
13/08/2026

JEREBU KEMBALI: JANGAN TUNGGU HAUS BARU NAK MINUM AIR! ๐ŸŒซ๏ธ๐Ÿ’ง

Bila cuaca mula berjerebu, tekak mula rasa perit, mata pedih, dan badan cepat rasa letih. Tahu tak, 'perisai' utama paling murah dan berkesan untuk melindungi tubuh kita daripada kesan pencemaran udara ini ada di rumah anda sahaja?
Ya, AIR MASAK! ๐Ÿฅค

Jangan pandang remeh. Bila jerebu, toksin dan debu halus mudah masuk ke dalam saluran pernafasan. Cecair dalam badan sangat diperlukan untuk bantu 'membersihkan' dan mengekalkan hidrasi tubuh.

Berikut adalah 4 langkah penting yang WAJIB anda amalkan sekarang:

1๏ธโƒฃ Minum Sekurang-Kurangnya 8 Gelas Sehari (โ‰ฅ 8 Gelas)
Pastikan cecair dalam badan sentiasa mencukupi. Air adalah agen pembilas semula jadi terbaik untuk tubuh anda.

2๏ธโƒฃ Minum Sebelum Rasa Haus!
Bila tekak mula rasa haus, itu tandanya badan anda sebenarnya sudah mula mengalami dehidrasi. Minum air secara kerap, sikit-sikit tapi berterusan sepanjang hari.

3๏ธโƒฃ Hadkan Aktiviti Fizikal Di Luar Rumah
Elakkan berjoging, bersukan, atau beriadah di luar buat sementara waktu. Gabungan udara tercemar dan bebanan haba boleh memberi tekanan tinggi kepada sistem pernafasan dan jantung.

4๏ธโƒฃ Peka & Semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini
Sebelum keluar rumah, jadikan amalan untuk semak bacaan IPU kawasan anda:
๐ŸŸข 0 - 50: Baik
๐ŸŸก 51 - 100: Sederhana
๐ŸŸ  101 - 200: Tidak Sihat (Mula hadkan aktiviti luar)
๐Ÿ”ด 201 - 300: Sangat Tidak Sihat
๐ŸŸค 301 - 400: Berbahaya
๐Ÿšจ 400 ke atas: Sangat Berbahaya
๐Ÿ’ก Tips Tambahan:

โ€ข Pakai pelitup muka yang sesuai (seperti N95 atau 3-ply) jika WAJIB berada di luar.
โ€ข Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup rapat.
โ€ข Gunakan penapis udara (air purifier) jika ada.

Bantu kami sebar luas hantaran ini demi kesihatan bersama. Tag ahli keluarga dan kawan-kawan anda supaya mereka sentiasa peka! โค๏ธ

๐ŸŒซ๏ธ APA ITU PM2.5?PM2.5 ialah zarah pencemar udara yang sangat halus, berdiameter 2.5 mikrometer (ยตm) atau lebih kecil. S...
13/08/2026

๐ŸŒซ๏ธ APA ITU PM2.5?

PM2.5 ialah zarah pencemar udara yang sangat halus, berdiameter 2.5 mikrometer (ยตm) atau lebih kecil. Saiznya yang sangat kecil membolehkan zarah ini menembusi jauh ke dalam paru-paru dan sebahagiannya boleh memasuki aliran darah.

โš ๏ธ Pendedahan kepada PM2.5 boleh memberi kesan kepada kesihatan, antaranya:
โ€ข Batuk dan iritasi saluran pernafasan
โ€ข Sesak nafas
โ€ข Memburukkan asma
โ€ข Memburukkan penyakit jantung dan paru-paru

๐Ÿ”ฅ Antara sumber PM2.5 termasuk kebakaran hutan dan pembakaran terbuka, asap kenderaan, aktiviti industri serta pembakaran bahan api.

๐Ÿ‘ถ Kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung serta individu yang mempunyai penyakit jantung atau paru-paru perlu lebih berhati-hati apabila pencemaran udara meningkat.

๐Ÿ“ฑ Pantau bacaan IPU terkini melalui aplikasi atau laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) โ€“ APIMS.

๐ŸŒฟ Bersama kita cegah pencemaran udara.
Udara bersih, hidup lebih sihat.

Kredit : Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

โš ๏ธ AWAS! CUACA PANAS & JEREBU: KENALI GEJALA DAN BERTINDAK SEGERA! โš ๏ธCuaca panas yang melanda negara kita ketika ini buk...
13/08/2026

โš ๏ธ AWAS! CUACA PANAS & JEREBU: KENALI GEJALA DAN BERTINDAK SEGERA! โš ๏ธ

Cuaca panas yang melanda negara kita ketika ini bukan sahaja menyebabkan strok haba dan dehidrasi, malah sering dikaitkan dengan kehadiran jerebu. Gabungan ini boleh memudaratkan kesihatan, terutamanya kepada golongan berisiko tinggi.

Jangan pandang ringan! Jika anda atau ahli keluarga mengalami simptom-simptom di bawah, JANGAN LENGAH. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran:

๐Ÿคง Selesema & Hidung Berair
๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Serangan Asma (Sesak Nafas)
๐Ÿ‘€ Sakit Mata (Mata Merah & Pedih)
๐Ÿ—ฃ๏ธ Batuk Berkali-kali
๐Ÿซ Jangkitan Paru-paru Kronik

Langkah Pencegahan:
โœ… Minum air kosong secukupnya.
โœ… Kurangkan aktiviti luar rumah.
โœ… Pakai pelitup muka jika keadaan udara tidak sihat.
โœ… Tutup pintu dan tingkap untuk elak habuk dan asap masuk.

Sayangi kesihatan anda. Sila kongsikan maklumat ini untuk manfaat bersama.

Sumber Info: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Address

Jalan Tun Ahmad Zaidi
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6086858200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share