Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu

Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu SRIAAB adalah sebuah insitusi pendidikan swasta yang berlandaskan sebuah sistem pendidikan bersepadu bertujuan melahirkan insan yang cemerlang.

Admin Page :
- Muallimah Sarah

๐Ÿ“ SPPIM 2026: Selamat Menduduki Ujian, Anak-anak Tahun 6!๐ŸŒŸ Selamat menduduki Ujian Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Mu...
18/08/2026

๐Ÿ“ SPPIM 2026: Selamat Menduduki Ujian, Anak-anak Tahun 6!

๐ŸŒŸ Selamat menduduki Ujian Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) 2026 kepada semua pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu (SRIAAB) yang bermula hari ini sehingga Khamis ( 18 - 20 Ogos 2026)

Ujian ini merupakan salah satu detik penting dalam perjalanan pendidikan anak-anak Tahun 6 dalam menilai pencapaian ilmu, kefahaman dan penghayatan pembelajaran yang telah dilalui sepanjang berada di SRIAAB. ๐Ÿ“šโœจ

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, kelapangan fikiran dan kekuatan kepada semua calon. Jawablah setiap soalan dengan teliti, yakin dengan usaha yang telah dilakukan dan sentiasa bertawakal kepada Allah.

ยซโ€œDan bahawa sesungguhnya manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.โ€
โ€” Surah al-Najm: 39ยป

๐ŸŒฑ Usaha dengan bersungguh-sungguh, doa dengan penuh pengharapan, dan tawakal kepada Allah.

๐Ÿ’œ Selamat maju jaya, calon-calon SPPIM 2026!
Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang dan menjadi generasi Soleh wa Musleh yang berilmu, beriman dan memberi manfaat kepada ummah.






โœจ PROGRAM SOLAT HAJAT SPPIM 2026 โœจAlhamdulillah, telah berlangsung Program Solat Hajat SPPIM 2026 pada 13 Ogos 2026 (Kha...
14/08/2026

โœจ PROGRAM SOLAT HAJAT SPPIM 2026 โœจ

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Solat Hajat SPPIM 2026 pada 13 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Musolla Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu (SRIAAB).

Program ini menghimpunkan barisan guru, ibu bapa serta calon SPPIM dalam suasana penuh doa dan pengharapan kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan kepada anak-anak dalam menghadapi SPPIM 2026.

Antara pengisian program ialah Solat Fardhu Maghrib, Bacaan Yaasin, Solat Fardhu Isyak, Solat Sunat Hajat, Tazkirah dan Majlis Izin Ilmu, diikuti dengan jamuan secara potluck bersama warga sekolah dan ibu bapa.

๐Ÿคฒ Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi asbab Allah SWT memberikan ketenangan, kekuatan dan kejayaan kepada semua calon SPPIM.

โ€œYa Allah, permudahkanlah urusan mereka, terangilah hati mereka dengan ilmu dan kurniakanlah kejayaan yang terbaik buat mereka.โ€

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan calon SPPIM yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Soleh Wa Musleh ๐ŸŒฑ
SRIAAB โ€” Berusaha, Berdoa, Bertawakal.

๐Ÿ•๏ธโœจMUKHAYYAM KHORIJฤช 2026โœจ๐Ÿ•๏ธExplore โ€ข Learn โ€ข Grow TogetherAssalamualaikum w.b.t.Dengan penuh sukacita, pihak sekolah ak...
10/08/2026

๐Ÿ•๏ธโœจMUKHAYYAM KHORIJฤช 2026โœจ๐Ÿ•๏ธ

Explore โ€ข Learn โ€ข Grow Together

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan penuh sukacita, pihak sekolah akan menganjurkan Mukhayyam Khorijฤซ 2026 sebagai satu wadah pembelajaran luar bilik darjah yang menggabungkan elemen tarbiah, kepimpinan, kemahiran diri, kerjasama dan kecintaan terhadap alam. ๐ŸŒฟ๐Ÿ•๏ธ

๐Ÿ“… Tarikh: 25 โ€“ 27 September 2026
๐Ÿ—“๏ธ Hari: Jumaat โ€“ Ahad
๐Ÿ“ Lokasi: Kem Kemuyang, Sibu

Menerusi program ini, para murid akan diberi peluang untuk meneroka, belajar dan membina pengalaman bersama dalam suasana yang menyeronokkan serta penuh dengan nilai-nilai murni.

Semoga Mukhayyam Khorijฤซ 2026 menjadi satu pengalaman yang bermakna dalam membentuk generasi yang berani, berdikari, berdisiplin, mampu bekerjasama dan sentiasa dekat dengan Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸŒฟ

โ€œDialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di penjuru-penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya.โ€
(QS. Al-Mulk: 15)

๐ŸŒฒ EXPLORE. LEARN. GROW TOGETHER. ๐ŸŒฒ





๐Ÿš€๐Ÿš€๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ต๐—ฒ ๐—๐—ผ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐˜† ๐—ผ๐—ณ ๐—ฌ๐—ผ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—œ๐—ป๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜€ ๐Ÿ’ก๐Ÿ’กFollowing the successful preparation workshop, our SRIAAB students contin...
09/08/2026

๐Ÿš€๐Ÿš€๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ต๐—ฒ ๐—๐—ผ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐˜† ๐—ผ๐—ณ ๐—ฌ๐—ผ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—œ๐—ป๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜€ ๐Ÿ’ก๐Ÿ’ก

Following the successful preparation workshop, our SRIAAB students continued their innovation journey through hands-on coding and technology activities.

In this session, students explored coding using PictoBlox, a visual programming platform that helps them develop their understanding of programming, electronics, and interactive technology. By creating codes and connecting them with electronic components, students learned how to control devices, test their ideas, and bring their innovative projects to life.

Through this practical learning experience, students strengthened their creativity, computational thinking, teamwork, and problem-solving skills while preparing their prototypes for the upcoming competition.

With continuous guidance and support from their mentors, our young innovators are becoming more confident in using technology to create meaningful solutions.

โ€œEvery innovation begins with an idea, and every idea grows through learning and exploration.โ€ ๐Ÿš€๐Ÿ’ก




















๐Ÿ† TAHNIAH SEKOLAH RENDAH INTEGRASI AL-AMIN BINTULU! ๐Ÿ†โœจ Pencapaian Cemerlang Ilmu Syariah SPPIM SRI 2025 โœจAlhamdulillah, ...
08/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH SEKOLAH RENDAH INTEGRASI AL-AMIN BINTULU! ๐Ÿ†

โœจ Pencapaian Cemerlang Ilmu Syariah SPPIM SRI 2025 โœจ

Alhamdulillah, Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu (SRIAAB) telah menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Ilmu Syariah SPPIM SRI 2025 dalam Majlis Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2026 yang telah berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

๐Ÿ… SRIAAB merupakan antara 14 buah sekolah yang menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang sekolah dalam Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) 2025, khususnya dalam bidang Ilmu Syariah, dengan pencapaian GPS 1.20.

Anugerah ini telah diterima oleh mantan Guru Besar SRIAAB, Muallimah Noor Ashikeen Ab Hamid, bagi pihak sekolah.

Pencapaian ini merupakan hasil kesungguhan para guru, komitmen para murid, sokongan ibu bapa serta kerjasama seluruh warga sekolah dalam membina generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. ๐ŸŒฑ

๐Ÿคฒ Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga SRIAAB untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik dan pendidikan Islam, serta melahirkan generasi Soleh wa Musleh.

Tahniah dan syabas buat seluruh warga SRIAAB! ๐ŸŽ‰

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง CONGRATULATIONS TO SEKOLAH RENDAH INTEGRASI AL-AMIN BINTULU! ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง

โœจ Outstanding Achievement Award in SPPIM SRI Shariah Studies 2025 โœจ

Alhamdulillah, Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu (SRIAAB) has been honoured with the Outstanding Achievement Award in SPPIM SRI Shariah Studies 2025 at the Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2026, held on 8 August 2026 at Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

๐Ÿ… SRIAAB was among 14 schools recognised with this prestigious award, following the schoolโ€™s outstanding achievement in the IKRAM Musleh Student Assessment Certificate (SPPIM) 2025, particularly in Shariah Studies, achieving an excellent GPS of 1.20.

The award was received on behalf of the school by former SRIAAB Headteacher, Muallimah Noor Ashikeen Ab Hamid.

This achievement is a reflection of the dedication of our teachers, commitment of our students, support from parents, and collective efforts of the entire school community in nurturing a generation grounded in knowledge, faith and noble character. ๐ŸŒฑ

๐Ÿคฒ May this achievement inspire the entire SRIAAB community to continue striving for excellence in both academic and Islamic education, while nurturing a generation that is Soleh wa Musleh.

Congratulations and well done to the entire SRIAAB community! ๐ŸŽ‰

๐ŸŒŸ ๐—˜๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐˜„๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฌ๐—ผ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—œ๐—ป๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜€ ๐—ง๐—ต๐—ฟ๐—ผ๐˜‚๐—ด๐—ต ๐—ง๐—ฒ๐—ฐ๐—ต๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐˜†๐ŸŒŸ Our students actively participated in the Junior Makers x Junior Innov...
02/08/2026

๐ŸŒŸ ๐—˜๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐˜„๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฌ๐—ผ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—œ๐—ป๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜€ ๐—ง๐—ต๐—ฟ๐—ผ๐˜‚๐—ด๐—ต ๐—ง๐—ฒ๐—ฐ๐—ต๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐˜†๐ŸŒŸ

Our students actively participated in the Junior Makers x Junior Innovate preparation workshop, where they collaborated, brainstormed, designed, and refined their innovative projects in preparation for the upcoming competition.

Throughout the session, students were closely monitored and guided by Mdm Sabrina, Muallim Syuk, and Muallimah Nurul Izzah, in collaboration with Chumbaka Bintulu. Their continuous support, encouragement, and mentorship helped our young innovators strengthen their ideas, enhance their creativity, and build confidence in presenting their projects.

Together, we nurture future innovators by encouraging critical thinking, teamwork, creativity, and problem-solving skills.

"Those who master technology will shape the future."

๐Ÿ’PROGRAM MENITI USIA BALIGH 2026๐Ÿ’Alhamdulillah, Program Meniti Usia Baligh (M.U.B.) telah berjaya dilaksanakan dengan pe...
28/07/2026

๐Ÿ’PROGRAM MENITI USIA BALIGH 2026๐Ÿ’

Alhamdulillah, Program Meniti Usia Baligh (M.U.B.) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan 70 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 3, 4, 5, dan 6 bersama 11 orang guru.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr. Afiqah Binti Rahim (Pegawai Perubatan) dan Ustaz Kautsar Bin Ali (Imam Masjid Darussalam) atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dalam membimbing murid memahami perubahan diri serta persediaan menghadapi alam baligh mengikut tuntutan syariat.

Semoga program ini dapat melahirkan generasi yang lebih berilmu, berakhlak mulia dan bersedia menempuh fasa kehidupa dengan penuh keyakinan.

โœจ ๐•ธ๐–Š๐–’๐–‡๐–Ž๐–“๐–† ๐–˜๐–†๐–๐–˜๐–Ž๐–†๐–, ๐–’๐–Š๐–’๐–š๐–•๐–š๐– ๐–๐–Š๐–˜๐–Š๐–‰๐–†๐–—๐–†๐–“, ๐–’๐–Š๐–’๐–‡๐–Ž๐–’๐–‡๐–Ž๐–“๐–Œ ๐–๐–Š ๐–†๐–—๐–†๐– ๐–Ž๐–“๐–˜๐–†๐–“ ๐–—๐–†๐–‡๐–‡๐–†๐–“๐–Ž. #2026

KUNJUNG HORMAT & PERBINCANGAN PROGRAM CHUMBAKA BINTULUAlhamdulillah, pihak sekolah telah mengadakan sesi perbincangan be...
25/07/2026

KUNJUNG HORMAT & PERBINCANGAN PROGRAM CHUMBAKA BINTULU

Alhamdulillah, pihak sekolah telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pengerak Chumbaka Bintulu, Mdm Sabrina, bagi membincangkan pelaksanaan program pembelajaran teknologi yang bakal diperkenalkan kepada murid-murid.

Perbincangan ini merangkumi silibus pembelajaran yang akan didedahkan kepada murid, antaranya asas pengaturcaraan (coding), penggunaan mikropengawal Arduino Uno, serta pembangunan projek berasaskan teknologi dan inovasi. Murid-murid juga akan diperkenalkan kepada konsep asas elektronik, automasi dan penyelesaian masalah melalui pembelajaran secara hands-on.

Di samping itu, Mdm Sabrina turut menjelaskan bahawa program ini bukan sekadar memfokuskan aspek teknikal, malah memberi penekanan kepada pembentukan kemahiran berfikir secara kritis (critical thinking), kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving), kreativiti, komunikasi, kolaborasi serta membina sikap berdikari dan yakin dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Pihak sekolah yakin bahawa program ini mampu memberi impak yang sangat positif kepada murid-murid. Selaras dengan Falsafah Pendidikan IKRAM MUSLEH yang berhasrat melahirkan generasi rabbani, penggabungan pendidikan agama dengan penguasaan teknologi diharap dapat membentuk individu yang beriman, berakhlak mulia, berilmu serta berdaya saing dalam mendepani cabaran dunia masa kini dan masa hadapan.

Semoga kerjasama ini menjadi langkah permulaan ke arah melahirkan generasi yang bukan sahaja celik teknologi, malah menjadikan nilai-nilai Islam sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan.

๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ… SEKITAR HARI SUKAN SEKOLAH RENDAH INTEGRASI AL-AMIN BINTULU ๐Ÿ…๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธKemeriahan Hari Sukan diteruskan dengan pelba...
18/07/2026

๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ… SEKITAR HARI SUKAN SEKOLAH RENDAH INTEGRASI AL-AMIN BINTULU ๐Ÿ…๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ
๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ

Kemeriahan Hari Sukan diteruskan dengan pelbagai acara yang telah dipertandingkan, menyaksikan semangat kesukanan, kerjasama dan kesungguhan setiap peserta dalam memberikan saingan terbaik.
Terima kasih kepada semua murid, ibu bapa, guru, AJK, sukarelawan serta semua pihak yang telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Hari Sukan Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu.

๐Ÿ“ธ Saksikan koleksi gambar sepanjang acara yang telah berlangsung.

Address

Lot 2347, Jalan Bunga Raya, Fasa 1, Kampung Assyakirin
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 16:30
Friday 07:00 - 16:30

Telephone

+601119345534

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu:

Shortcuts

Share