PBB Ranting RPR SPPS Sibiew N067 Jepak

PBB Ranting RPR SPPS Sibiew N067 Jepak Official Page bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Ranting RPR SPPS Cawangan DUN.67 Jepak

Innalillahi wainnalillahi raji'un. Kami menerima berita duka kehilangan yang sangat mendalam, iaitu pemergian Imam Muham...
28/04/2025

Innalillahi wainnalillahi raji'un. Kami menerima berita duka kehilangan yang sangat mendalam, iaitu pemergian Imam Muhammad Hudari , Imam Masjid At-Taqwa, RPR Sibiew, seorang yang sentiasa ceria dan penuh semangat. Arwah bukan sahaja seorang imam, tetapi juga seorang insan yang sentiasa memberikan bantuan, nasihat, dan kasih sayang kepada kami semua.

Keikhlasan arwah dalam menjalankan tugas dakwah di masjid tidak pernah terhenti. Setiap kali ada aktiviti keagamaan, arwah sentiasa hadir, memimpin dengan penuh dedikasi, dan memastikan masjid menjadi tempat yang penuh dengan keberkatan. S*kapnya yang penuh kesabaran dan kasih sayang kepada jemaah membuatkan setiap individu merasa dekat dan dihargai.

Kehilangan ini amat terasa, namun kita redha dengan takdir-Nya. Semoga Allah SWT memberi tempat yang terbaik buat arwah di sisi-Nya, dan menganugerahkan kekuatan kepada keluarga dan seluruh jemaah yang ditinggalkan.

Terima kasih atas segala pengorbanan, tunjuk ajar, dan semangat yang telah arwah berikan. Semoga setiap amal ibadahnya diterima oleh Allah, dan segala kebaikan yang telah dilakukan menjadi pahala yang terus mengalir. Al-Fatihah untuk arwah.

AL Fatihah.

Ikhas dari,

PBB Ranting RPR Sibiew.

YB Iskandar Turkee meluangkan masa untuk mengunjungi dan melawat Imam Muhammad Hudari, Imam Masjid At Taqwa RPR Sibiew y...
26/04/2025

YB Iskandar Turkee meluangkan masa untuk mengunjungi dan melawat Imam Muhammad Hudari, Imam Masjid At Taqwa RPR Sibiew yang dimasukkan ke dalam hospital Nyabau Bintulu dan turut ditemani oleh Timbalan Setiausaha Cawangan, Saudara Meor Iswandy, yang turut merupakan bendahari ranting RPR Sibiew.

Pada masa yang sama, YB Iskandar turut memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga. Imam Hudari merupakan seorang yang sangat dikenali di Masjid At Taqwa RPR Sibiew sebagai seorang yang mesra, mudah didekati dan sentiasa mengimarahkan masjid.

Kami mendoakan kesembuhan dan berharap keluarga Tuan Imam akan sentiasa bersabar dalam menghadapi dugaan ini.

Bah.. Juh rame rame warga bintulu kita sama2 support program BCBS NITE
11/03/2025

Bah.. Juh rame rame warga bintulu kita sama2 support program BCBS NITE

๐Ÿ”Š๐Ÿ“ข๐Ÿ”Š๐Ÿ“ข๐Ÿ”Š๐Ÿ“ข๐Ÿ”Š๐Ÿ“ข๐Ÿ”Š๐Ÿ“ข๐Ÿ”Š๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

PERTAMA KALI DI BINTULU, BCBS BAWAKAN KEPADA SEMUA WARGA BINTULU VIBE MALAM RAYA JALAN TAR

โฉBINTULU CAR BOOT SALE EDISI MALAM RAYA

โฉ LOKASI : LASAR KENYALANG

โฉ 8 MALAM SEHINGGA 1 PAGI

โฉ 20 SEHINGGA 23 MAC 2025

pelbagai jenis jualan raya akan ada seperti

๐ŸŒ Biskut raya
๐ŸŒ Kek lapis
๐ŸŒPakaian raya
๐ŸŒ Barang perhiasan dan deko rumah
๐ŸŒProduk kecantikan
๐ŸŒAksesori RAYA

Dan pelbagai lagi jualan yang ada..

Untuk. Info lanjut dan berminat menjadi vendor bcbs boleh masuk terus ke link di bawah

https://chat.whatsapp.com/KgVlRqqzuS3HMVb98G4GOU

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi encik haidir ditalian 0145771568

Salah satu program kerjasama antara Bintulu INFO dan PBB Ranting RPR SPPS Sibiew N067 Jepak

Terima kasih kepada YB Iskandar Turkee yang telah turun bersama sama dengan pemuda cawangan diketuai oleh saudara  Frank...
10/02/2025

Terima kasih kepada YB Iskandar Turkee yang telah turun bersama sama dengan pemuda cawangan diketuai oleh saudara Frankie, Ketua Penerangan Cawangan, Asra Ahmid, dan juga wakil exco Pemuda RPR SPPS saudara Luqman Kifli dalam mengagihkan food basket kepada penduduk RPR Sibiew hari ini.

Bagi yang belum dan memerlukan bantuan food basket di kawasan RPR SPPS Sibiew. Kami memohon jasa baik tuan tuan untuk mengisi google form seperti link dibawah bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfgWJTFWA4MG-dLi53fQGsXs4xAyWXbKrgifbfZ0FB-zbwWwA/viewform?usp=dialog

Sekian terima kasih.

https://forms.gle/eMz53uhr3pAhY9mH7Perhatian kepada penduduk RPR Sibiew SPPS, mohon kerjasama untuk membantu mengisi bor...
09/02/2025

https://forms.gle/eMz53uhr3pAhY9mH7

Perhatian kepada penduduk RPR Sibiew SPPS, mohon kerjasama untuk membantu mengisi borang survey ini bagi memudahkan pihak berkenaan dalam proses bantuan dan sebagainya. Sekian terima kasih.

Maklumat Penduduk RPR Sibiew SPPS Lorong A dan B.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada JASA ABF dan juga Airis Kitchen kerana memberikan bantuan kepada Pondok Sementara B...
31/01/2025

Jutaan terima kasih diucapkan kepada JASA ABF dan juga Airis Kitchen kerana memberikan bantuan kepada Pondok Sementara Bantuan Banjir di RPR Sibiew SPPS.

PBB RANTING RPR SPPS Bapa, Wanita dan PEMUDA dan Belia telah menerima pelbagai sumbangan daripada peribadi, NGO, dan pih...
30/01/2025

PBB RANTING RPR SPPS Bapa, Wanita dan PEMUDA dan Belia telah menerima pelbagai sumbangan daripada peribadi, NGO, dan pihak pihak yang prihatin dengan nasib mangsa banjir di RPR SPPS.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Kepada petugas PBB Ranting RPR SPPS dari Bapa, Wanita dan Pemuda,dan Belia teruskan khidmat dan usaha kita bagi memberikan pertolongan kepada masyarakat!



19/01/2025

BINTULU CAR BOOT SALE

Program kerjasama antara Bintulu Car Boot Sale dan juga PEMUDA PBB RPR SPPS Sibiew Bintulu telah memulakan kickstart pada hari ini bertempat di parking Pier99.
Program yang berkonsepkan jualan santai ini telah mendapat kerjasama antara Pusat Khidmat DUN N67 Jepak dan juga Lembaga Kemajuan Bintulu telah disertai oleh lebih kurang 50 orang peserta.

Menurut pengarah program, Saudara Haidir Razali, sambutan luar biasa dengan permohonan melebihi 100 peserta akan menjadikan program ini sebagai program mingguan dan penganjur akan berusaha untuk menambahkan kuota peserta di masa masa akan datang.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BDA Datuk Haidar Khan yang turut teruja dengan program yang menurut beliau dapat membantu belia Bintulu berniaga disamping mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Program ini turut juga mampu untuk memeriahkan Bandar Bintulu dengan aktiviti kekeluargaan.

Di masa akan datang, pelbagai program sampingan akan dianjurkan bersama sama dengan BCBS dengan kerjasama PBB DUN Jepak dengan sokongan daripada YB Iskandar Turkee
terima kasih atas sokongan semua!



18/01/2025
Boh lupak bersama kmk orang besok di Bintulu Car Boot Sale
18/01/2025

Boh lupak bersama kmk orang besok di Bintulu Car Boot Sale

Hai warga Bintulu..bosan di petang ahad.. . S*k tauk cne mok pergi mbak family jalan sambil cuci mata

Bah juh sama mekorang BCBS dengan kerjasama PEMUDA PBB RANTING RPR PBB Ranting RPR SPPS Sibiew N067 Jepak besok dari jam 3 petang sehingga 7 malam ke BINTULU CAR BOOT SALE. Ada banyak jenis jualan yang akan polah ktk org teruja seperti

HARD TOYS
PRELOVED
BUNDLE
HOBBYS

Dan macam2 lagik. Lokasi adalah di PIER 99 DIBAH JAMBATAN IKONIK BINTULU..

Bahhh jumpa ktk orang di siaaaa

Lokasi

https://www.google.com/maps/place/Bintulu,+Sarawak/@3.1755707,113.0357289,79m/data=!3m1!1e3!4m6!3m5!1s0x321c3418129dd5fd:0x6c093a65ca63855c!8m2!3d3.1738542!4d113.0428485!16s%2Fg%2F11bc6xklnj?entry=ttu&g_ep=EgoyMDI1MDExMC4wIKXMDSoASAFQAw%3D%3D

Program kerjasama pemuda dan Bintulu Car Boot Sale
15/01/2025

Program kerjasama pemuda dan Bintulu Car Boot Sale

Address

RPR SPPS Sibiew
Bintulu
97000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBB Ranting RPR SPPS Sibiew N067 Jepak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share