13/05/2026
Taman Tumbina Bintulu merupakan integrasi sebuah Taman Tumbuhan dan Taman Binatang. Nama “TUMBINA” adalah gabungan daripada perkataan TUMbuhan dan BINAtang.
Ia bukan sebuah zoo, sebaliknya sebuah taman rekreasi yang menyediakan pengalaman santai sambil memberi imbasan mengenai kepelbagaian flora dan fauna kepada para pengunjung.
Jom ‼️ luangkan masa sekejap bersama keluarga, kawan-kawan dan saudara, hayati ketenangan alam sambil menikmati suasana yang mendamaikan serta jauh daripada kesibukan.
Nota: Pengunjung dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati kerana terdapat kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di beberapa kawasan.