AKRAB PPD Bintulu

AKRAB PPD Bintulu Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam
" Bantu Diri Untuk Bantu Rakan Lain "

Jangan lupa singgah di booth AKRAB PPD Bintulu pada 15 Ogos 2026 bertempat di SK One Garden City, Bintulu ✨
05/08/2026

Jangan lupa singgah di booth AKRAB PPD Bintulu pada 15 Ogos 2026 bertempat di SK One Garden City, Bintulu ✨

Please LIKE & SHARE

Karnival Pendidikan MADANI PPD Bintulu
"Sehari Bersama Rakyat"
Jom temui dan sertai kami!

📆 14 & 15 Ogos 2026 (Jumaat & Sabtu)
🏢 Bintulu, Sarawak



Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani📣📣 *PERKHIDMATAN KAUNSELING PEGAWAI (GURU) DAN STAF SOKONG...
05/08/2026

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

📣📣 *PERKHIDMATAN KAUNSELING PEGAWAI (GURU) DAN STAF SOKONGAN (AKP)* 📣📣

*Adakah anda sedang berdepan dengan tekanan kerja, cabaran mengurus emosi, konflik di tempat kerja atau memerlukan ruang untuk berkongsi?*

Sektor Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu menyediakan Perkhidmatan Kaunseling yang profesional, selamat dan sulit untuk semua pegawai.

✨ Perkhidmatan ini bertujuan membantu anda:

✅ Mengurus tekanan dan emosi
✅Meningkatkan kesejahteraan psikologi
✅ Meningkatkan profesionalisme perkhidmatan
✅Membina keyakinan diri
✅Membuat keputusan dengan lebih jelas
✅Mendapatkan sokongan dalam menghadapi cabaran kehidupan dan kerjaya

📞 Hubungi:
Pn. Nur Arani Binti Musa
Kaunselor Pendidikan Daerah (KPD)
Sektor Psikologi dan Kaunseling
Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu

☎️ 086-331627

✨Menjaga kesihatan mental adalah sebahagian daripada menjaga kualiti kehidupan dan prestasi kerja.

SELAMAT BERSARA 🌸💐Puan Zainab binti Perali30 Julai 2026“Terima kasih atas segala khidmat bakti, keikhlasan dan dedikasi ...
30/07/2026

SELAMAT BERSARA 🌸💐

Puan Zainab binti Perali
30 Julai 2026

“Terima kasih atas segala khidmat bakti, keikhlasan dan dedikasi sepanjang berkhidmat. Semoga setiap bimbingan dan sokongan yang dicurahkan sebagai Ahli AKRAB PPD Bintulu menjadi inspirasi serta amal yang berpanjangan. Selamat melangkah ke alam persaraan dengan penuh kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan.”

“Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.”
“Sekali AKRAB, Selamanya AKRAB.”

Ikhlas daripada
Ahli AKRAB PPD Bintulu

SELAMAT BERSARA PUAN ZAINAB BINTI PERALI 🌸💐Terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti sebagai Ahli AKRAB PPD B...
30/07/2026

SELAMAT BERSARA PUAN ZAINAB BINTI PERALI 🌸💐

Terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti sebagai Ahli AKRAB PPD Bintulu.

Keprihatinan, keikhlasan dan kesediaan menjadi pendengar serta pembimbing kepada rakan sekerja telah meninggalkan impak yang amat bermakna.

Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan dan kehidupan yang sentiasa diberkati.

“Sekali AKRAB, Selamanya AKRAB.”

Ikhlas daripada:
Ahli AKRAB PPD Bintulu

Terima kasih Puan Zainab binti Perali.
Jasamu dikenang.



Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak. Marilah kita bersama-sama menghargai sejarah, memperkukuh ...
21/07/2026

Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.

Marilah kita bersama-sama menghargai sejarah, memperkukuh perpaduan, serta menyemarakkan semangat cintakan negeri demi kemajuan dan kesejahteraan Sarawak yang berterusan.

“Sarawak Maju Makmur.”

Ikhlas daripada,
AKRAB PPD Bintulu

🧹✨ SEKITAR GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA 2026 ✨🧹Dengan penuh rasa syukur, Program Gotong-Royong Perdana EKSA 2026 telah ber...
04/07/2026

🧹✨ SEKITAR GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA 2026 ✨🧹

Dengan penuh rasa syukur, Program Gotong-Royong Perdana EKSA 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 4 Julai 2026 di PPD Bintulu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli AKRAB PPD Bintulu yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini. Kerjasama yang diberikan membuktikan semangat kerja berpasukan dan rasa tanggungjawab dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih, kemas, selesa dan kondusif.

Melalui aktiviti gotong-royong ini, papan notis serta infografik AKRAB telah dikemaskini, di samping ruang kerja disusun dengan lebih teratur selaras dengan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Semoga budaya bekerjasama dan semangat kekitaan ini akan terus dipupuk demi meningkatkan kualiti persekitaran kerja serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

💜 “EKSA Budaya Kita, Persekitaran Berkualiti.”
🤝 Bersama Kita Bersih, Tersusun, Cekap dan Berkualiti.

Terima kasih atas komitmen dan dedikasi semua yang terlibat.

✨ PROGRAM TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA ✨Pada 25 Jun 2026 (Khamis), ahli-ahli AKRAB Zon Utara Sarawak telah berjaya m...
25/06/2026

✨ PROGRAM TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA ✨

Pada 25 Jun 2026 (Khamis), ahli-ahli AKRAB Zon Utara Sarawak telah berjaya mengikuti Program Pemerkasaan AKRAB Zon Utara Sarawak: Kemahiran Menolong & Psychological First Aid (PFA) 2026 yang dilaksanakan secara dalam talian.

Program ini telah memberikan pendedahan serta memperkukuh pengetahuan dan kemahiran ahli AKRAB dalam aspek Kemahiran Menolong dan Psychological First Aid (PFA) bagi meningkatkan keupayaan memberikan sokongan psikososial kepada warga organisasi secara lebih berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para penceramah jemputan, pihak urus setia Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK) serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan penglibatan yang amat baik sepanjang program berlangsung.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha membudayakan kesejahteraan psikologi dan memperkasakan peranan AKRAB di tempat kerja.

💙 AKRAB Prihatin, AKRAB Membantu, AKRAB Sejahtera.

SALAM MAAL HIJRAH 1448H DARI KAMI AHLI AKRAB PPD BINTULUMADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H
DARI KAMI AHLI AKRAB PPD BINTULU
MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI

Address

Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu , KM5 Jalan Sultan Iskandar
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKRAB PPD Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share