Dewan Pemuda PAS Bintulu

Dewan Pemuda PAS Bintulu HALAMAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BINTULU

07/06/2026

📚SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH📚

Alhamdulillah, cuti 2 minggu udah habis, masa untuk ke sekolah dengan semangat baru.

Moga tahun tok, lebih banyak kejayaan, pengalaman baru, serta ilmu yang bermanfaat. Belajar rajin-rajin, hormat guru, sayang kawan, dan jangan takut untuk mencuba benda baru.

🌟 Belajar tekun
🌟 Berfikiran positif
🌟 Berakhlak mulia
🌟 Capai cita-cita yang diimpikan

Buat semua murid, guru, dan ibu bapa, selamat memulakan sesi persekolahan lekak cuti 2 minggu tok.Moga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

"Hari tok kita belajar, esok kita menuai kejayaan."




DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PER...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
pada

1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

sembah takzim daripada:
DEWAN PEMUDA PAS BINTULU

“SELAMAT HARI GAWAI!Moga hari Gawai tu mai penuh pengaga, pengerindu enggau pengasih sesama kitai.Semoga pengidup kitai ...
01/06/2026

“SELAMAT HARI GAWAI!

Moga hari Gawai tu mai penuh pengaga, pengerindu enggau pengasih sesama kitai.
Semoga pengidup kitai terus diberkati, murah rezeki, sihat tubuh badan sereta ngagai pengidup ti lebih manah.

Gayu guru gerai nyamai! ooohaaa!

PAS BINTULU ANJUR QURBAN PERDANA 2026, DAGING KORBAN DIAGIHKAN KEPADA ASNAFBINTULU, 2026 – PAS Kawasan Bintulu telah ber...
28/05/2026

PAS BINTULU ANJUR QURBAN PERDANA 2026, DAGING KORBAN DIAGIHKAN KEPADA ASNAF

BINTULU, 2026 – PAS Kawasan Bintulu telah berjaya menganjurkan Program Qurban Perdana bagi tahun 2026 sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan syiar Islam serta mengukuhkan semangat kebersamaan dan kebajikan dalam masyarakat.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh gotong-royong dan ukhuwah itu menyaksikan sebanyak seekor lembu telah dikorbankan, dengan penglibatan ahli serta sukarelawan yang bersama-sama menjayakan proses penyembelihan, melapah dan penyediaan agihan daging korban.

Daging korban yang telah disempurnakan diagihkan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan, selaras dengan matlamat ibadah korban yang bukan sahaja menzahirkan ketaatan kepada Allah SWT, malah menyemai nilai kasih sayang serta keprihatinan terhadap masyarakat.

Pihak PAS Bintulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan Program Qurban Perdana 2026 ini.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta menjadi asbab kepada keberkatan, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.

"Berkorban Dengan Keikhlasan, Berkhidmat Untuk Masyarakat."

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H 🌙Dewan Pemuda PAS Bintulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semo...
26/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H 🌙

Dewan Pemuda PAS Bintulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terus menjadi pedoman dalam membina ummah yang kuat, bersatu dan diberkati Allah SWT.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, bahkan madrasah tarbiyah untuk mendidik jiwa agar sentiasa meletakkan Allah mengatasi segala-galanya.

“Pengorbanan yang ikhlas akan melahirkan kekuatan perjuangan dan keberkatan kehidupan.”

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada
Dewan Pemuda PAS Bintulu

26/05/2026

Address

Bintulu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share