Pejabat MARA Daerah Bintulu

Pejabat MARA Daerah Bintulu Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera.

Objektif :
Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif
Melahirkan modal insan global dan berintegriti
Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
Memudahkan sistem penyampaian


Strategi :
Mendaya Modal Insan
Memantapkan Pemilikan Ekuiti Dalam Sektor Korporat
Memperkukuhkan Pemilikan Aset Bukan Kewangan
Meperhebatkan Keusahawanan & Perniagaan
Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan

๐Ÿ“ธ SEKITAR MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 (BAHAGIAN BINTULU)BINTULU, 24 MEI 2026 โ€“ Pegawai MARA Daerah ...
24/05/2026

๐Ÿ“ธ SEKITAR MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 (BAHAGIAN BINTULU)

BINTULU, 24 MEI 2026 โ€“ Pegawai MARA Daerah Bintulu, Puan Anastasia Anak Aron, telah hadir mewakili Pejabat MARA Daerah Bintulu ke Majlis Penangguhan Program Sarawakku Sayang 2026 peringkat Bahagian Bintulu di Lapangan Terbang Lama, Bintulu hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Majang anak Renggi, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan II merangkap ADUN N.70 Samalaju.

Kehadiran ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam menyokong program pembangunan komuniti dan memperkukuh kerjasama erat bersama kerajaan negeri Sarawak.

Sebagai rangkuman, seramai 30 usahawan telah menyertai jualan booth di Bintulu Kitchen dan telah mencapai jualan berjumlah melebihi RM400,000.00 selama 3 hari ini sepanjang Program Sarawakku Sayang telah berlangsung. Ini merupakan pencapaian bersama seluruh agensi yang terlibat.














LAWATAN KE BOOTH JUALAN USAHAWAN MARA DAERAH BINTULU SEMPENA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG BINTULU 2026๐Ÿ›๏ธโœจBINTULU, 23 Mei 202...
23/05/2026

LAWATAN KE BOOTH JUALAN USAHAWAN MARA DAERAH BINTULU SEMPENA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG BINTULU 2026๐Ÿ›๏ธโœจ

BINTULU, 23 Mei 2026 โ€“ Pejabat MARA Daerah Bintulu sentiasa komited dalam memacu dan menyokong ekosistem keusahawanan tempatan! Hari ini, Pn. Anastasia Anak Aron, Pegawai MARA Daerah Bintulu, telah meluangkan masa mengadakan lawatan mesra ke Gerai Jualan Usahawan MARA bagi memberikan sokongan moral secara terus kepada para usahawan kita yang sedang gigih beroperasi.

Sebagai Ahli Jawatankuasa MPUB, Pejabat MARA Daerah Bintulu amat berbangga kerana dapat mengetengahkan dua (2) usahawan hebat bimbingan MARA untuk menyertai jualan kali ini.

Jom kita kenali dan singgah ke booth mereka:
๐Ÿ“ Booth S13: Gemalai Resource
Penat berjalan atau perlukan kesegaran minda dan badan? Singgah ke sini! Mereka menyediakan perkhidmatan spa dan urutan yang pastinya menenangkan. Jom manjakan diri anda dengan sentuhan profesional!
๐Ÿ“ Booth S19: Multi-Azam Services
Mencari buah tangan atau snek berkualiti? Jangan lupa serbu booth ini yang membawakan pelbagai produk kering tempatan yang bermutu, sedap, dan sesuai untuk seisi keluarga.









๐Ÿ“Œ Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Bintuluโ€‹BINTULU, 23 MEI 2026 โ€“ Pegawai MARA Daerah Bintulu, Pn...
23/05/2026

๐Ÿ“Œ Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Bintulu

โ€‹BINTULU, 23 MEI 2026 โ€“ Pegawai MARA Daerah Bintulu, Pn. Anastasia Anak Aron, telah hadir memenuhi jemputan ke Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Bintulu yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Lapangan Terbang Lama, Bintulu hari ini.

โ€‹Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Turut hadir menyerikan majlis ialah Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi ak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, barisan Menteri-Menteri, serta dif-dif kenamaan.

โ€‹Program Sarawakku Sayang merupakan wadah penting dalam mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, di samping memperkasakan agenda pembangunan sosioekonomi negeri. Kehadiran pihak Pejabat MARA Daerah Bintulu ke program ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam menyokong aspirasi Kerajaan Negeri, khususnya dalam memacu agenda pendigitalan dan pemerkasaan usahawan tempatan di rantau ini terutamanya sebagai salah satu Ahli Majlis Jawatankuasa MPUB.

โ€‹Sepanjang majlis tersebut, para hadirin turut menyaksikan upacara simbolik perasmian dan penyampaian insentif-insentif Kerajaan Sarawak. โ€‹Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur atas kejayaan pelaksanaan program yang impak tinggi ini!

โ€‹












โœจ SOKONGAN PEJABAT MARA DAERAH BINTULU DI MALAM BUDAYA SARAWAK 2026 SEMPENA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026โœจ22 MEI 2026- P...
23/05/2026

โœจ SOKONGAN PEJABAT MARA DAERAH BINTULU DI MALAM BUDAYA SARAWAK 2026 SEMPENA PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026โœจ

22 MEI 2026- Pn. Anastasia Anak Aron, Pegawai MARA Daerah Bintulu telah hadir memenuhi jemputan ke Malam Budaya Sarawak sempena Program Sarawakku Sayang 2026 Peringkat Bahagian Bintulu yang berlangsung meriah di Tapak Lapangan Terbang Lama, Bintulu. Majlis penuh gemilang ini telah dihadiri beberapa agensi termasuk Ahli Jawatankuasa MPUB.

Sepanjang program berlangsung, para hadirin telah disajikan dengan keindahan warisan bumi kenyal melalui pelbagai pengisian kesenian yang memukau. Antara acara utama yang mencuri tumpuan termasuklah Persembahan Pembukaan Sarawakku Sayang, persembahan tarian dan irama muzik tradisi, rangkaian nyanyian bertenaga daripada artis tempatan, serta alunan warisan Gendang Bermukun yang menghidupkan lagi identiti budaya kebanggaan Sarawak.

Kehadiran pihak MARA Daerah Bintulu ke program berimpak tinggi ini merupakan manifestasi sokongan padu agensi terhadap inisiatif kerajaan negeri, di samping memperkukuh hubungan strategik bersama pemimpin masyarakat.















15/05/2026
๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—•๐—›๐—š. ๐——๐—”๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐——๐—ฅ. ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—ฅ๐—”๐—™ ๐—ช๐—”๐—๐——๐—œ ๐—•๐—œ๐—ก ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐——๐—จ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—œ ๐ŸŽ‰Seluruh Warga Kerja Pejabat ...
14/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—•๐—›๐—š. ๐——๐—”๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐——๐—ฅ. ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—ฅ๐—”๐—™ ๐—ช๐—”๐—๐——๐—œ ๐—•๐—œ๐—ก ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐——๐—จ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—œ ๐ŸŽ‰

Seluruh Warga Kerja Pejabat MARA Bintulu merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada

๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ช๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ฟ. ๐—”๐˜€๐˜†๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ช๐—ฎ๐—ท๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐——๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ถ
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus cemerlang memimpin MARA ke arah kejayaan yang berterusan.

Terima kasih atas kepimpinan, komitmen dan jasa bakti dalam memperkasa agenda pembangunan bumiputera serta pendidikan negara demi kesejahteraan masyarakat.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja
๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐˜‚๐—น๐˜‚ ๐Ÿค








13/05/2026

โ€œKlik Terima Tawaranโ€ bermula pada 25 Mei sehingga 7 Jun 2026.

โœ… Semak Kursus yang ditawarkan.
โœ… Muktamadkan satu (1) tawaran yang hendak diterima.
โœ… Klik Terima Tawaran dalam tempoh dan selagi kapasiti masih tersedia.
โœ… Permohonan untuk ubah setuju terima tawaran TIDAK dibenarkan.

Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
๐Ÿ’กTVET - Pilihan Utama Kerjaya!

Bina kemahiran, cipta peluang, dan capai kejayaan bersama UP_TVET.


UP_TVET

13/05/2026

๐Ÿ”ฅ PELUANG BESAR UNTUK ANAK SARAWAK! ๐Ÿ”ฅ

Adakah anda berminat dalam bidang rekabentuk, pembuatan dan keusahawanan perabot?

Sertai Program SayDโ€™SignersSarawak anjuran PUSAKA dan TVETMARA Alor Setar untuk membina kerjaya masa depan dalam industri perindustrian dan perabot.

โœ… Latihan intensif selama 12 bulan
โœ… Pembelajaran praktikal + bimbingan industri
โœ… Pendedahan kepada CNC, ukiran laser & teknologi moden
โœ… Peluang jadi pereka bentuk, pembuat dan usahawan perabot
โœ… Bengkel lengkap, bilik kuliah & ruang projek
โœ… Elaun disediakan

Kelayakan: Lepasan SPM ke atas
Tarikh tutup permohonan: 31 Mei 2026

Jangan lepaskan peluang ini untuk membina kemahiran, pengalaman dan masa depan yang lebih cerah.

๐Ÿ“Œ Mohon sekarang sebelum tempat habis!
๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk permohonan.










๐Ÿญ๐Ÿฎ/๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”Sesi Libat Urus dan Majlis Pengharga...
13/05/2026

๐Ÿญ๐Ÿฎ/๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”

Sesi Libat Urus dan Majlis Penghargaan SPM 2025 bersama Ahli Majlis MARA, YBrs. Puan Ajar @ Siti Ajar Binti Yassin telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Premier MRSM Bintulu.

Ketibaan beliau telah disambut oleh En. Wan Alwi Bin Wan Bujang (Timbalan Pengarah MARA Negeri Pembangunan), En. Syukri Bin Abdullah (Pengarah TVETMARA Bintulu), En. Mohammad John Kenniel Abdullah, Timbalan (Pengarah TVETMARA Bintulu), Pn. Anastasia Anak Aron (Pegawai MARA Daerah Bintulu), Pn. Siti Sarah Binti Hussein (Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (K) / STO PMN Sarawak), serta Pn. Naziela Binti Shahdan Osman (Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Sarawak).

Program turut diserikan dengan sesi pertemuan bersama warga MRSM Bintulu yang memberi ruang kepada perkongsian pandangan, interaksi serta pengukuhan hubungan antara pihak pengurusan dan warga kerja.

Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan SPM 2025, di samping menjadi platform libat urus antara pihak MARA dengan pelajar cemerlang serta warga MRSM Bintulu.

Seramai lapan orang penerima Anugerah Cemerlang SPM 2025 telah hadir secara fizikal bagi memeriahkan majlis tersebut. Selain itu, enam orang pelajar cemerlang yang tidak dapat hadir secara bersemuka turut mengikuti program secara dalam talian dan bersama-sama menjayakan sesi yang berlangsung.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Warga Kerja Terbaik bagi bulan April sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga kerja dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian bunga oleh YBrs. Puan Ajar @ Siti Ajar Binti Yassin kepada Pengetua MRSM Bintulu sebagai simbol penghargaan atas pencapaian cemerlang dan kecemerlangan berterusan MRSM Bintulu dalam bidang akademik serta pembangunan pelajar.

Secara keseluruhannya, program berlangsung dalam suasana penuh harmoni, berprestij dan bermakna serta berjaya mencapai objektif penganjurannya.








Address

NO 238, TINGKAT BAWAH, PHASE 3, PARKCITY COMMERCE Square, Jalan TUN AHMAD ZAIDI
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6086331578

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Daerah Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat MARA Daerah Bintulu:

Shortcuts

Share