15/05/2026
[MARDI BINTULU TURUN PADANG: SEKITAR AKTIVITI APRIL 2026] 📸
Bulan April yang padat dengan aktiviti perkongsian ilmu! MARDI Bintulu berbesar hati memenuhi jemputan sebagai pempamer di dua lokasi berbeza bagi mendekati komuniti dan warga pendidikan di Bintulu.
📍 24 & 25 April 2026
Kami telah memeriahkan Program Pusaka Rimba @ Perpustakaan UPMS. Terima kasih pihak UPM Kampus Bintulu atas jemputan! Perkongsian mengenai inovasi pertanian dan teknologi MARDI mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.
📍 30 April 2026
Seterusnya, MARDI Bintulu bergerak ke SMK Baru Bintulu sempena Karnival School Enterprise 2026. Seronok melihat semangat keusahawanan adik-adik sekolah kita! Semoga pameran kami memberi inspirasi buat usahawan muda dalam bidang agroteknologi.
Terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke booth MARDI. Jumpa lagi di program akan datang!