15/08/2026
NOTIS PEMBERITAHUAN | KERJA-KERJA PEMBINAAN KERB JALAN DI FARLEY, MEDAN JAYA, BINTULU
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan kemudahan infrastruktur jalan raya akan dilaksanakan di kawasan berhadapan Farley dan Stesen Minyak Shell, Medan Jaya, Bintulu.
Kerja-kerja yang terlibat adalah seperti berikut:
✅ Pembinaan kerb jalan konkrit baharu
✅ Pembinaan slab konkrit bertetulang (RC Slab)
✅ Kerja-kerja meroboh dan membaik pulih permukaan jalan yang terjejas
✅ Kerja mengecat kerb jalan dengan tanda jalan hitam dan putih
✅ Pemasangan flexible bollard bersama jalur pemantul cahaya
📅 Tarikh Mula Kerja: 17 Ogos 2026
⏳ Tempoh Pelaksanaan: Dua (2) bulan dari tarikh pengeluaran Pesanan Kerja (P/O)
📌 Tarikh Dijangka Siap: 30 September 2026
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan pihak bertugas sepanjang tempoh kerja-kerja dijalankan.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan kerjasama daripada semua pihak amat dihargai. Terima kasih.