Cassandra Lukas

Cassandra Lukas Employment Services Officer (Pejabat PERKESO Bintulu)

26/08/2026
24/08/2026
24/08/2026

Bersempena tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, marilah kita menghayati kembali pekerti, sirah junjungan besar, Baginda Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan teladan, dengan menyemai kasih sayang, menjunjung keadilan, menghulurkan ihsan dan sentiasa mengambil berat akan keadaan mereka di sekeliling kita.

Semoga nilai-nilai ini terus hidup dalam diri kita, bukan hanya pada hari yang penuh barakah ini tetapi menjadi amalan dalam kehidupan seharian. Di kesempatan ini, bersama kita perbanyakkan selawat dan salam atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat Baginda.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

22/08/2026
21/08/2026
20/08/2026

𝐂𝐞𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐮𝐭𝐢 𝐧𝐚𝐦𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐎 𝐋𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠

Percutian bersama keluarga sepatutnya meninggalkan kenangan manis. Namun, buat Cik Salmah Matnor yang merupakan seorang Guru KAFA, perjalanan ke Kuching baru-baru ini untuk menghantar anak saudaranya mendaftar masuk di politeknik bertukar menjadi detik yang tidak disangka.

Ketika menuruni tangga di Jeti Telaga Air, kaki beliau terseliuh dan mengakibatkan patah tulang navikular pada kaki kiri tanpa luka terbuka. Akibat kecederaan itu, beliau diberikan cuti sakit selama 17 hari.

Alhamdulillah walaupun kemalangan tersebut berlaku ketika beliau sedang bercuti namun masih dilindungi di bawah LINDUNG 24 Jam. Inilah pentingnya perlindungan keselamatan sosial kerana kita tidak pernah tahu bila musibah akan datang.

Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Limbang yang telah menyantuni Cik Salmah dan membantu memastikan beliau mendapat hak yang sepatutnya sebagai pencarum.

Semoga Cik Salmah diberikan segera sembuh dan dipermudah segala urusan sepanjang tempoh pemulihan.

Address

No. 180, Lot 3466, Tingkat Bawah, Tingkat 1 & 2, Parkcity Commerce Square, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce Square
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cassandra Lukas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share