GRS N30 Bongawan

GRS N30 Bongawan BONGAWAN MAJU BERSAMA RAKYAT
BANGKIT - MELANGKAH - MENANG

09/12/2025
28/11/2025

Bangkit - Melangkah - Menang.
Semoga dipermudahkan dan beroleh kemenangan.
Aamiin

27/11/2025

Cukup-cukup sudah!

Hala Tuju Untuk Bongawan.
21/11/2025

Hala Tuju Untuk Bongawan.

20/11/2025

Walkabout calon no.9

20/11/2025

Undi no. 9.
Hidup GRS!

Bongawan Maju Bersama Rakyat
20/11/2025

Bongawan Maju Bersama Rakyat

BONGAWAN BERPOTENSI JADI PUSAT STRATEGIK O&G SABAH, KATA ANIFAH

BONGAWAN: Pembangunan Bongawan sebagai salah satu Hab Minyak dan Gas (OAG) di Sabah akan menjadi antara teras strategik manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kawasan ini jika diberi mandat selepas pilihan raya umum ke-17 (PRU17) ini.
Calon GRS, Tan Sri Anifah Aman berkata, Bongawan memiliki potensi itu memandangkan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) turut diwujudkan di kawasan ini hasil usaha beliau semasa menjadi Ahli Parlimen Kimanis sebelum ini.
Pada masa sama katanya, usaha itu mampu direalisasikan susulan pengalaman dan hubungan baik beliau dengan pihak berkaitan khususnya luar negara semasa menjawat Menteri Luar sebelum ini.
"Ia bukan sekadar cadangan politik tetapi perancangan ini adalah satu agenda pembangunan yang saya yakin boleh direalisasikan berdasarkan pengalaman saya dan potensi dimiliki Bongawan.
"Kita berjaya mewujudkan SOGT di Kimanis yang kini menjadi tonggak industri tenaga di Sabah dan jika ini mampu dilakukan, tidak mustahil Bongawan juga dapat mengulangi kejayaan sama.
"Kita mahu pastikan pembangunan ini bukan lagi sekadar harapan kosong, sebaliknya jika Bongawan dijadikan hab minyak dan gas, rakyat Bongawan akan menjadi penerima manfaat utama," katanya dalam satu ceramah di sini.
Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata, pelbagai manfaat bakal dinikmati warga Bongawan menerusi kewujudan Hab Minyak dan Gas ini antaranya, pertuumbuhan ekonomi setempat yang pesat.
Bukan itu saja katanya, ia juga bakal melonjakkan peluang pekerjaan untuk masyarakat khususnya anak muda dalam semua keperluan tenaga kerja melibatkan secara langsung dan tidak langsung termasuk perkhidmatan sokongan industri.
Pada masa sama katanya, mampu melonjakkan ekonomi serta pemodenan insfrastruktur di Bongawan seperti jalan raya, pelabuhan kecil/logistik, sistem bekalan air, elektrik dan telekomunikasi yang akan ditingkatkan untuk menyokong hab industri.
"Banyak lagi manfaat daripada usaha ini yang akan menjadikan Bongawan sebagai tumpuan baru di Sabah, malah boleh menjadi zon strategik seperti Bintulu, Sarawak dan Kemaman di Terengganu.
"Ini sekaligus akan mewujudkan identiti baharu kepada Bongawan sebagai pusat industri tenaga Sabah, sekaligus dikenali di peringkat nasional," katanya.
Sehubungan itu, Anifah menyeru menyeru sokongan dan mandat rakyat Bongawan untuk PRU17 ini bagi membuktikan aspirasi itu dapat direalisasikan demi kebaikan bersama.
"Izinkan saya menebus perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya, kerana saya tidak mahu meninggalkan legasi yang tergantung dan saya mahu menebus semula apa yang tidak sempat diselesaikan.
"Ini demi memastikan masyarakat Bongawan benar-benar menikmati pembangunan yang mereka layak terima dan dengan mandat baharu ini, saya bersedia memimpin usaha menjadikan Bongawan nadi industri tenaga Sabah.
"Seterusnya memastikan pembangunan besar ini memberi manfaat terus kepada rakyat, bukan kepada pihak tertentu sahaja. Inilah masa untuk kita membawa Bongawan ke tahap yang lebih tinggi, melangkaui retorik, menuju pelaksanaan sebenar," katanya.

Ramah mesra calon bersama Jentrra PDM Kuala Pus
19/11/2025

Ramah mesra calon bersama Jentrra PDM Kuala Pus

Lima teras ini dirangka sebagai kompas pembangunan Bongawan – memastikan ekonomi terus bergerak, kemakmuran dikongsi ber...
18/11/2025

Lima teras ini dirangka sebagai kompas pembangunan Bongawan – memastikan ekonomi terus bergerak, kemakmuran dikongsi bersama, modal insan diperkuatkan, alam sekitar dipelihara, dan rakyat dipacu menuju masa depan yang lebih pintar dan sejahtera


Bongawan Maju Bersama Rakyat
16/11/2025

Bongawan Maju Bersama Rakyat

14/11/2025

Syabas dan Tahniah Tan Sri
14/11/2025

Syabas dan Tahniah Tan Sri

Address

Tingkat 1, Blok D, Bongawan Plaza
Bongawan
89700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GRS N30 Bongawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GRS N30 Bongawan:

Share