BEBAS Bongawan - KUNCI

BEBAS Bongawan - KUNCI Sudah berkali-kali kita mencuba calon-calon dan parti-parti yang bersifat "RECYCLED" ini. Tidak penatkah kita merasa buntu seperti tiada pilihan?

JANGAN KITA TERPERANGKAP LAGI! KITA BUKALAH JALAN INI, JALAN KEARAH PEMBEBASAN BONGAWAN!

27/11/2025

𝐊𝐔𝐍𝐂𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐙𝐀𝐍𝐀𝐇

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam damai. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita meletakkan pilihan mimilih pemimpin 5 tahun yang akan datang. Pilihan bijak kita akan menyelamatkan bukan sahaja diri kita, tetapi masyarakat secara keseluruhannya.

Pilihlah pemimpin wahai rakyat N.30 Bongawan. Tidak rugi kita memilih pemimpin. Masanya kita mencuba corak kepimpinan yang baharu. Kepimpinan yang berani, berintegriti, berkebolehan dan yang paling penting BEBAS daripada kepentingan peribadi.

Pilih untuk BEBAS, pilih CALON NO.4 MD HARIS BIN MD TAHIR.

Jika diberikan peluang untuk berkhidmat, salah satu perkara yang kita akan berikan tumpuan adalah kesihatan laut kita. S...
26/11/2025

Jika diberikan peluang untuk berkhidmat, salah satu perkara yang kita akan berikan tumpuan adalah kesihatan laut kita. Saya sangat s**a dilaut. Bagi yang kenal saya, saya sering turun berkarang apabila ada peluang. Saya sendiri merasakan bagaimana s**arnya nelayan-nelayan kecil kita rasakan untuk mendapatkan ikan. Jumlah ikan kita amatlah terhad.

Kita membentuk misi projek perintis reef balls komuniti ini berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan juga perkongsian dengan rakyat N.30 Bongawan yang mengalami permasalahan ini. Ramai yang terpaksa pergi jauh untuk mendapatkan ikan, kenapa? Kerana kawasan kita tidak dapat menyediakan bekalan ikan yang mencukupi. Bukan itu sahaja, ramai yang terpaksa berhenti menjadi nelayan kerana p**angan yang tidak mencukupi.

Kesannya kepada kita semua? Kita susah untuk mendapatkan bekalan ikan segar di kawasan kita. Inisiatif ini ada peluang yang cerah untuk memperbaiki keadaan laut kita. Berikan kita peluang sebagai Adun untuk merealisasikan pendekatan ini. Pilih Bebas N.30 Bongawan, pilih Calon NO.4 MD HARIS MD TAHIR.

Sampai masanya kita keluar dari perangkap politik!

26/11/2025

𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈

Assalamualaikum rakyat N.30 Bongawan.

Bebas kali ini mempunyai jalan yang kita boleh nilai dengan pemikiran yang sihat. Kita belum lagi dicuba, kita belum lagi diberi peluang untuk berbakti, kita masih BEBAS dari perbuatan yang tidak amanah apabila memegang kuasa.

Berikan BEBAS peluang untuk membantu rakyat kita di N.30 Bongawan. Pada prn17 ini, N.30 Bongawan tidak lagi boleh menjadi penonton yang disisihkan. Calon parti terikat kepada arahan, tapi CALON BEBAS NO.4 MD HARIS MD TAHIR adalah suara penentu yang bebas memilih kerajaan berdasarkan kepentingan rakyat N.30 Bongawan. Jika Calon Bebas diberikan mandat ini, kita boleh menuntut Bongawan sebagai daerah penuh, menuntut peruntukan dan peluang kerja yang lebih jelas untuk anak-anak muda N.30 Bongawan dan dengan kepimpinan yang berani, berkebolehan dan telus, kita akan kekal berkhidmat untuk rakyat dan bukan parti.

Ambil peluang berharga ini rakyat N.30 Bongawan. Gunakan kunci undi kita. Pilih CALON BEBAS M.30 BONGAWAN, CALON NO.4 MD HARIS BIN MD TAHIR.

25/11/2025

𝐈𝐍𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍

KENYATAAN . Tahun demi tahun kita masih dalam keadaan yang sama. Dikatakan ada pembangunan, pembangunan untuk siapa? Untuk Rakyat atau untuk kroni yb yang berparti ini? Kenapa rakyat yang bukan penyokong tegar tidak merasakan pembangunan itu?

KENYATAAN. Peluang pekerjaan seperti tidak wujud di N.30 Bongawan ini. Bukan sahaja penggal sebelum ini, TAPI DARI DAHULU LAGI! Anak-anak kita banyak yang terpaksa merantau kerana tiada pilihan untuk tinggal disini. Kenapa? Kerana pendekatan yang melebihkan penyokong kroni berbanding rakyat sendiri.

KENYATAAN. Memberi "duit poket", meminta penyokong menyalurkan kepada rakyat agar mengundi mereka. Kenapa? Kerana menganggap pengundi tidak mendapat informasi? Bahawa WANG YANG DIBERIKAN ITU TIDAK SAMA NILAINYA DENGAN 5 TAHUN dibawah kawalan yb yang pimpinannya biar ala kadar sahaja.

Inilah kenyataan wahai rakyat N.30 Bongawan. Memang kita TIDAK SANGGUP LAGI MENERIMA KENYATAAN INI. Kenapa mereka sanggup? Kerana kepentingan peribadi dan habuan yang sedikit itu?

Masa untuk kita BEBAS. BEBAS dari permainan politik yang tidak ada penghabisan ini. Kenapa? Kerana apabila kita Bebas dibawah pemimpin yang berkualiti dan berintegriti, nescaya N.30 Bongawan akan dapat kita berikan peluang yang telah lama dinafikan.

Kita tidak perlukan parti, kerana mereka bergerak dibawah kawalan ketua partinya. Kita p**a bergerak atas dasar kehendak rakyat! Pilih Calon NO.4 MD HARIS MD TAHIR. Gunakan undi kunci kita, BEBASKAN N.30 Bongawan.

25/11/2025

𝐌𝐄𝐍𝐘𝐔𝐁𝐔𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐎𝐊𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈

Menjawab kepada tuduhan paling pop**ar dikalangan kroni parti-parti terhadap saya.

Sedarlah wahai rakyat, undi kita tidak rosak apabila kita mengundi calon yang benar.

Kesemua calon dari parti-parti gergasi ini bukan tidak pernah menyandang jawatan wakil rakyat di N.30 Bongawan sama ada dalam DUN atau PARLIMEN. Mereka juga telah merasa jawatan berpangkat di dalam kerajaan! Sewaktu itu, apa jadi dengan Bongawan kita? Hasil kita dirampok dan tanah kita diambil . Adun, kroni dan tauke bers**a ria, namun rakyat masih dalam kesempitan yang semakin derita.

5 tahun bukanlah waktu yang singkat. Jika anak baru lahir, 5 tahun nanti akan masuk tadika. Jika masuk universiti, 5 tahun nanti sudah ada ijazah sarjana muda. Jika umur 50 tahun, 5 tahun lagi nanti, sudah boleh menunggu waktu untuk bersara.

Kita sudah banyak kali bagi mereka ini peluang, tapi taraf hidup kita banyak yang masih seperti dulu. Anak-anak kita banyak yang terpaksa merantau mencari pekerjaan. Bagi yang tiada peluang keluar, terpaksa menganggur seperti tiada masa hadapan.

Apakah kita tidak penat? Atau adakah kepentingan peribadi kita lebih besar nilainya daripada kesejahteraan bersama rakyat? Nilai lah wahai rakyat N.30 Bongawan, nilai harga kebebasan kita, undi kita tidak rosak, ianya KUNCI yang akan membuka kearah kepimpinan yang berani, berintegriti dan berkebolehan.

Beri peluang kepada kita untuk memimpin, kita tunjukkan bahawa rakyat BEBAS untuk memilih KUNCI!

25/11/2025

𝐏𝐀𝐑𝐓 𝟏/𝟑 - 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐈𝐓𝐀, 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒

Saya bersyukur kerana masih banyak yang kenal dengan saya atas perjuangan kita pada tahun 2004 dan 2008 dahulu. Kita tidak segan, kita tidak takut atau gentar. Pada waktu itu, dalam niat hanyalah perjuangan menentang pemimpin yang mempermainkan kehidupan rakyat Bongawan. Saya hampir menang melawan calon umno ketika itu, perjuangan kita hampir berjaya, Bongawan hampir BEBAS. Namun permainan politik kotor membantutkan perjuangan kita rakyat N.30 Bongawan.

Kini kita kembali setelah 17 tahun di PRN17. Perjuangan kita masih sama, semangat kita masih membara, Bongawan masih kita cuba bebaskan dari mereka yang berpura-pura. Jika dahulu kita berhenti kerja tanpa ada rasa takut, kini kita bergadai tanah dan harta yang sedikit hanya untuk berdiri bercalon demi anak-anak N.30 Bongawan.

Saya anak Bongawan, saya tidak pernah tinggalkan Bongawan, susah dan senang kita tetap di Bongawan.

Pada yang menuduh saya bermacam-macam tuduhan dan tomahan, kenapa takut bila berdepan dengan saya? Kalau kamu benar kenapa ketakutan dibelakang fitnah kamu?

Wahai rakyat N.30 Bongawan, lakonan dan tangisan bukan yang kita perlukan. Tindakan dan keberanian yang sepatutnya kita nilai. Saya sebagai rakyat biasa yang berjalan ke kawasan kampung selama-lama ini, befikir tidak mungkin orang-orang yang memegang jawatan ini tidak nampak keadaan ini. Bila kita beritahu, dorang mengangguk ia namun hati tidak menerima.

PILIH UNTUK BEBAS RAKYAT BONGAWAN, BEBAS DARI PERSEPSI YANG KITA TIDAK ADA PILIHAN. Kita boleh memilih, pilih BEBAS Bongawan - KUNCI Calon NO.4 MD HARIS BIN MD TAHIR.

21/11/2025

Kita bebas dari arahan parti. Hanya terikat dengan amanah yang pengundi Bongawan berikan. Bila tiada "ketua parti" untuk dijaga, kita akan bebas menjaga kepentingan kampung, pekan dan rakyat Bongawan.

Kita semua adalah keluarga, kita mungkin kurang bendera, poster, atau duit untuk berkempen... Tapi kita lebihkan pada ilmu, pengalaman, keberanian dan integriti kita. Kita berani kata TIDAK kepada perasuah yang merugikan rakyat.

Kemenangan Bebas akan menjadi rebutan kepada mana-mana pihak yang membentuk kerajaan. Tatkala menjadi kerajaan, kita akan turun sendiri mendengar permasalahan rakyat.

Maka, inilah masanya kita ubah cara pimpinan di N.30 Bongawan. Bermula dengan pimpinan kita, pemimpin seharusnya hanya setia kepada kepentingan rakyat N.30 Bongawan.

Mari kita cuba jalan baru, tolak jalan lama yang penuh lubang dan kesempitan. Pilih kunci, pilih Calon NO.4, suara rakyat kunci kepada KEBEBASAN KITA.

19/11/2025

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam sejahtera rakyat N.30 Bongawan.

Dengarkanlah intipati ucapan ini agar kita faham perjuangan sebenar bebaskan Bongawan pada PRN17 ini.

Dengan rendah hati saya mengucapkan terima kasih atas kesudian seluruh rakyat N.30 Bongawan untuk memilih kepimpinan yang berkebolehan.

Address

Bongawan
89700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BEBAS Bongawan - KUNCI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share