09/07/2026
πΎ TIRAI KARNIVAL AGRO DAERAH PERAK TENGAH 2026 MELABUHKAN TIRAINYA πΎ
Burung merbah terbang sekawan,
Hinggap sebentar di dahan jati;
Budi dan jasa jadi kenangan,
Terima kasih setulus hati.
9 Julai 2026 menjadi detik penutup kepada penganjuran Karnival Agro Daerah Perak Tengah 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya. Alhamdulillah, segala perancangan dan pengisian program sepanjang 8 hingga 9 Julai 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan daripada semua pihak yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Datoβ Haji Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak atas kesudian menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Agro Daerah Perak Tengah 2026.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua agensi kerajaan dan swasta, rakan strategik, para petani, usahawan agro, peserta pertandingan, pempamer, para pengunjung serta seluruh warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Perak yang telah mencurahkan tenaga, masa dan komitmen bagi memastikan karnival ini berlangsung dengan jayanya.
Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan termasuk pameran pertanian, jualan produk dan input pertanian, jualan anak benih, demonstrasi teknologi pertanian, pertandingan, sukan rakyat serta pelbagai aktiviti interaktif yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat.
Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah milik individu, tetapi hasil usaha dan kerjasama semua pihak. Setiap senyuman, setiap pengorbanan dan setiap detik yang dilalui bersama telah mencipta kenangan yang cukup bermakna serta menjadi pembakar semangat untuk terus memperkasakan sektor pertanian demi kesejahteraan masyarakat dan keterjaminan makanan negara.
Semoga hubungan yang terjalin sepanjang karnival ini akan terus diperkukuhkan dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak program yang bermanfaat pada masa akan datang.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Andai ada umur bertemu,
Insya-Allah kita bersua di program akan datang.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan semua. Jumpa lagi di program-program Jabatan Pertanian yang akan datang. ππΎ