03/07/2026
02 JULAI 2026 | KHAMIS
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN TUNAIKAN ZAKAT SAHAM & KEMPEN POTONGAN GAJI BAHARU DAN KEMASKINI ZAKAT ANJURAN ZAKAT MELAKA DENGAN KERJASAMA BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD TAHUN 2026
Majlis Pelancaran Kempen Tunaikan Zakat Saham serta Kempen Potongan Gaji Baharu dan Kemaskini Zakat Anjuran Zakat Melaka Dengan Kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Zakat Melaka, bertempat di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Pelancaran kempen ini merupakan usaha Zakat Melaka dalam memperluas kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menunaikan Zakat Saham serta Zakat Pendapatan melalui potongan gaji bulanan.
Kempen Tunaikan Zakat Saham 2026 dilaksanakan dengan kerjasama strategik Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) bagi mengajak para pelabur dan pemegang saham Muslim menyempurnakan kewajipan Zakat Saham apabila cukup syarat. Manakala Kempen Potongan Gaji Baharu dan Kemaskini Zakat p**a bertujuan menggalakkan pembayar zakat memulakan atau mengemaskini potongan gaji mengikut pendapatan semasa.
Semoga kempen ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai masyarakat untuk menunaikan zakat dengan lebih mudah, tersusun dan konsisten, sekali gus menyuburkan keberkatan rezeki serta memperkukuh manfaat zakat kepada golongan asnaf di Negeri Melaka.
Zakat Ditunaikan, Rezeki Diberkati.