21/08/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐)
21 Ogos 2026M (Jumaat) bersamaan 8 Rabiulawal 1448H, MELAKA โ Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM) telah melaksanakan Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2026.
Program yang berlangsung dalam suasana ceria dan penuh semangat ini telah disertai oleh warga JPeNM sebagai tanda kecintaan kepada negara serta bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga jabatan. Jalur Gemilang dikibarkan dengan penuh rasa bangga sebagai simbol perpaduan, kesetiaan dan kecintaan kepada tanah air.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, malah menjadi wadah untuk memupuk semangat kebersamaan, mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga JPeNM. Suasana santai, ceria dan penuh kemesraan sepanjang program turut menyerlahkan semangat kekeluargaan serta kerjasama yang erat antara warga kerja.
Program ini juga menjadi satu manifestasi bahawa semangat patriotisme merupakan tanggungjawab bersama yang perlu terus dipupuk dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Sebagai penjawat awam, kecintaan kepada negara turut dizahirkan melalui komitmen dalam melaksanakan amanah, memberikan perkhidmatan yang terbaik serta bersama-sama memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara.
Semoga semangat Kibar Jalur Gemilang ini terus menyuntik rasa cintakan tanah air, memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan seluruh warga kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka.