Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ช๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก Pendidikan di Melaka kian berkembang pesat mulai abad ke 19 apabila Maktab Melayu Melaka ditubuhkan pada tahun 1900.

Melaka suatu ketika dahulu merupakan sebuah negeri yang terkenal dan menjadi pusat pendidikan melalui kegiatan perdagangan dan penyebaran agama islam pada abad ke 15. Melaka juga pernah menjadi pusat pendidikan melalui kegiatan perdagangan dan ini terbukti apabila lebih 88 bahasa telah dipertuturkan oleh masyarakatnya yang berbilang bangsa pada ketika itu. Usaha dan langkah kerajaan untuk menerusk

an kesinambungan pendidikan direalisasikan lagi dengan menubuhkan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka ini adalah selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengatahuan dengan menjadikan membaca sebagai satu amalan hidup. Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka atau nama ringkasnya PERPUSTAM telah ditubuhkan pada tahun 1881 dengan lokasi pertamanya terletak berhampiran bangunan Stadthuys di Bandar Hilir. Pada awal penubuhannya, Perpustakaan ini dikenali dengan nama Kutub Khanah Melaka. Kutub Khanah Melaka kemudiannya telah ditukarkan nama kepada Henry Gurney Memorial Library bersempena dengan nama Pesuruhjaya Tinggi British di tanah Melayu yang telah banyak berjasa dan memberi sumbangan kepada penubuhan Perpustakaan di negeri Melaka. Pada tahun 1966, Perpustakaan ini telah berpindah ke Dewan Hang Tuah dan seterusnya dikenali dengan nama Perpustakaan Melaka. Perpustakaan Melaka kemudiannya ditukar nama kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Melalui Peruntukan di dalam enekmen pada tahun 1975 dan nama itu terus kekal hingga ke hari ini. Bangunan Perpustakaan Negeri Melaka yang tersergam indah dan terletak di jalan Bukit Baru telah dibuka dengan rasminya pada 4 November 1996 oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke 6, Almarhum Tun Syed Ahmad Bin Syed Shahabudin. Sejajar dengan keperluan dan kepesatan penduduk, PERPUSTAM telah membina bangunan tambahan setinggi 4 tingkat di bangunan Perpustakaan Negeri yang telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakub pada 21 Ogos 2007.
______________________________________________

OBJEKTIF

Berusaha melengkap dan mengemaskinikan koleksi perpustakaan agar dapat digunakan oleh generasi masa kini dan masa depan di peringkat negeri. Menyediakan perkhidmatan maklumat dan rujukan terkini. Mewujudkan masyarakat bermaklumat melalui aktiviti aktiviti yang bersesuaian dengan sumber-sumber yang sedia ada di perpustakaan
______________________________________________

VISI

Peneraju Perkhidmatan Perpustakaan & Maklumat yang Terunggul
______________________________________________

MISI

1. Menjadi Pusat Kecemerlangan Sumber Ilmu

i. Koleksi Negeri
ii. Koleksi Umum

2. Memperkukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat

i. Sirkulasi
ii. Rujukan

3. Menjadi Penggerak Utama Masyarakat Berbudaya Membaca

i. Aktiviti Gerakan Membaca
ii. Khidmat Nasihat dalam bidang kepustakawanan kepada Jabatan Kerajaan/Agensi Swasta/Sekolah/NGO/JK Kampung/J/kuasa Taman Perumahan/Bilik Bacaan

4. Menyelaras Pembangunan Rangkaian Perkhidmatan Perpustakaan di Seluruh Negeri

i. Perpustakaan Negeri dan rangkaian perkhidmatan
PERPUSTAM
______________________________________________

PERPUSTAM mempunyai 39 buah rangkaian perpustakaan di seluruh Negeri Melaka iaitu:

โ€ขPerpustakaan Awam Negeri - 1
โ€ขPerpustakaan Awam Cawangan - 4
โ€ขPerpustakaan Komuniti - 2
โ€ขPerpustakaan Pekan - 2
โ€ขPerpustakaan Desa - 26
โ€ขPerpustakaan Bergerak - 2
โ€ขPerpustakaan Bergerak e-Pustaka - 2
______________________________________________

PERPUSTAM ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (1977) dan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Pindaan 1993).
______________________________________________

MOTO

MASYARAKAT BERILMU PENGGERAK WAWASAN

Hebahan Promosi Koleksi Digital PNM
12/06/2026

Hebahan Promosi Koleksi Digital PNM







โญโญ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐— โญโญULASAN BUKUTajuk : The Himalayas - An Encyclopedia Of Geography, History dan CulturePenu...
12/06/2026

โญโญ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐— โญโญ
ULASAN BUKU
Tajuk : The Himalayas - An Encyclopedia Of Geography, History dan Culture
Penulis : Andrew J.Hund And James A. Wren

โœ…Explore amazing adventures in science, nature, culture, archaeology, and space.
Best for children aged 6โ€“14.
โœ…Log in to https://link.gale.com/apps/menu?u=mlklib
โœ…Password : ppam1







๐Ÿ“šโœจ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—–๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโœจ๐Ÿ“š๐—ฅ๐—”๐—•๐—จ | ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - Alhamdulillah, program di SK Seri Bandar telah berlangsun...
11/06/2026

๐Ÿ“šโœจ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—–๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโœจ๐Ÿ“š

๐—ฅ๐—”๐—•๐—จ | ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - Alhamdulillah, program di SK Seri Bandar telah berlangsung dengan meriah dan lancar. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:

๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna
๐Ÿ“– Sesi Bercerita bersama Kak Ziela
๐Ÿ Dam Ular Gergasi
๐Ÿงฉ PolyMat

Terima kasih kepada pihak SK Seri Bandar dan guru-guru serta adik-adik prasekolah atas sambutan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga program ini dapat memupuk minat membaca dan menanam budaya ilmu dalam kalangan anak-anak sejak usia awal.

โค๏ธ Terima kasih atas jemputan dan semoga bertemu lagi di program akan datang!







๐Ÿ‰๐Ÿ‰Buah tembikai sering dijadikan pencuci mulut. Buah tembikai kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C s...
11/06/2026

๐Ÿ‰๐Ÿ‰Buah tembikai sering dijadikan pencuci mulut. Buah tembikai kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C serta antioksidan.

๐Ÿ’งSelain itu, kandungan air yang tinggi dalam buah tersebut membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.

โ—๏ธOleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tembikai untuk memperoleh manfaat nutrien yang terkandung di dalamnya.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia







Kanser usus biasanya terbentuk perlahan-lahan.Bukan seminggu. Bukan sebulan. Ada yang bermula sebagai polip kecil dalam ...
11/06/2026

Kanser usus biasanya terbentuk perlahan-lahan.

Bukan seminggu. Bukan sebulan. Ada yang bermula sebagai polip kecil dalam usus, kemudian mengambil masa bertahun-tahun sebelum menjadi kanser dan sebelum gejala mula muncul.

Sebab itu jangan tunggu najis berdarah. Jangan tunggu berat badan turun. Jangan tunggu badan lemah, pucat atau sakit perut yang berulang.

Kalau anda berumur 50 hingga 75 tahun dan tiada gejala, anda boleh buat saringan kanser usus menggunakan iFOBT di Klinik Kesihatan.

Saringan ini disediakan secara percuma di klinik-klinik kesihatan untuk kumpulan sasaran yang tidak bergejala.

Macam mana nak buat?

Pergi ke Klinik Kesihatan berhampiran. Maklumkan kepada kaunter atau anggota kesihatan bahawa anda mahu buat โ€œsaringan kanser kolorektalโ€ atau โ€œujian iFOBTโ€.

Biasanya anggota kesihatan akan tanya beberapa soalan terlebih dahulu. Umur anda, ada atau tiada gejala, sejarah keluarga kanser usus, sejarah polip, atau penyakit usus tertentu.

Ini penting kerana bukan semua orang sesuai terus buat iFOBT.

Mereka yang ada gejala atau berisiko tinggi mungkin perlu dirujuk untuk pemeriksaan lanjut, bukan sekadar saringan najis.

Jika anda sesuai untuk saringan. Sampel najis kecil akan diambil mengikut arahan pada kit, kemudian dipulangkan semula ke klinik atau makmal seperti yang dimaklumkan.

iFOBT ialah ujian untuk mengesan darah tersembunyi dalam najis, iaitu darah yang tidak semestinya nampak dengan mata kasar.

Kalau keputusan positif, jangan panik dan jangan hilang. Positif iFOBT bukan semestinya kanser, tetapi ia bermaksud perlu pemeriksaan lanjut.

Klinik Kesihatan akan membantu mendapatkan temujanji rujukan ke Klinik Pakar Bedah atau Gastroenterologi untuk kolonoskopi. Kolonoskopi penting kerana doktor boleh melihat bahagian dalam usus dengan lebih jelas dan mengesan polip atau kanser awal.

Saringan bukan tanda kita takut.

Saringan ialah cara kita bertindak sebelum penyakit sempat menjadi besar.

Kanser usus kadang-kadang memberi peluang yang panjang untuk dikesan awal. Tapi peluang itu hanya berguna kalau kita datang periksa sebelum badan mula menjerit.

Sumber : Public Health Malaysia







โญโญ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐— โญโญULASAN BUKUTajuk : Sherlock Holmes - Wira Kota LondonPenulis : Sir Athur Conan Doyleโœ…Man...
10/06/2026

โญโญ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐— โญโญ
ULASAN BUKU
Tajuk : Sherlock Holmes - Wira Kota London
Penulis : Sir Athur Conan Doyle

โœ…Manfaatkan masa terluang anda dengan mengakses eBuku secara ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—” dari kami. Hanya dengan 3 langkah mudah anda dapat membaca hampir 2000 judul !
โœ…Layari : https://perpustam.elib.com.my/
sekarang atau muat turun aplikasi di :-
๐Ÿ“ŒAndroid (Playstore) https: https://play.google.com/store/apps/details...
๐Ÿ“ŒApple (Appstore) : https://apps.apple.com/us/app/perpustam-elib/id6737874282






๐Ÿ“šโœจ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ค๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ซ๐ค๐ข๐› ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ๐Ÿ“šMajli...
09/06/2026

๐Ÿ“šโœจ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ค๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ซ๐ค๐ข๐› ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ๐Ÿ“š

Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), yang berlangsung di Dewan Lekir, PERPUSTAM.

Terima kasih kepada semua tetamu, rakan strategik, peserta dan warga kerja yang hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Semoga program yang dianjurkan dapat terus memperkasakan peranan pustakawan dan arkib sebagai pemangkin masyarakat berilmu serta menyokong pembangunan negeri yang berteraskan ilmu dan maklumat.







๐Ÿ“šโœจ ๐’๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐š๐ง ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ค๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง & ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ซ๐ค๐ข๐› ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š โœจ๐Ÿ“šTerima kasih kepada semua yang hadir dan mengiku...
09/06/2026

๐Ÿ“šโœจ ๐’๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐š๐ง ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ค๐š๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง & ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ซ๐ค๐ข๐› ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š โœจ๐Ÿ“š

Terima kasih kepada semua yang hadir dan mengikuti Forum Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026 yang telah berlangsung di Dewan Lekir PERPUSTAM pada 9 Jun 2026

Pelbagai perkongsian menarik, pandangan bernas dan pengalaman berharga telah dikongsikan oleh para panel jemputan sepanjang forum berlangsung. Semoga sesi ini memberi manfaat dan inspirasi kepada semua yang terlibat dalam dunia kepustakawanan, pengurusan maklumat dan kearkiban.

Jom layan beberapa gambar sekitar program yang sempat dirakamkan. ๐Ÿ“ธ







09/06/2026

Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), yang berlangsung di Dewan Lekir, PERPUSTAM.

Penganjuran sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mengiktiraf peranan penting profesion kepustakawanan dan kearkiban sebagai pemangkin pembangunan ilmu, pemeliharaan memori institusi serta pengukuhan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.







Dulu kita boleh laras sesuatu dengan satu tombol atau satu butang tanpa banyak berfikir. Hari ini, ada perkara yang meme...
09/06/2026

Dulu kita boleh laras sesuatu dengan satu tombol atau satu butang tanpa banyak berfikir. Hari ini, ada perkara yang memerlukan beberapa sentuhan, beberapa saat pandangan ke bawah, dan beberapa saat itulah yang kadang-kadang membezakan antara selamat dan tragedi.

Skrin besar di tengah dashboard nampak canggih, kemas dan premium. Aircond, muzik, navigasi, panggilan, kamera, malah tetapan asas kenderaan pun kini banyak bergantung pada satu paparan digital.

Tetapi di sebalik rupa futuristik itu, ada satu persoalan yang semakin penting untuk kita fikirkan.

Bila pemandu perlu melihat skrin, mencari menu, membaca ikon kecil dan menekan beberapa kali semasa kereta masih bergerak, perhatian sebenarnya sedang teralih daripada jalan raya.

Dari sudut keselamatan, gangguan ini sangat hampir dengan apa yang berlaku apabila seseorang memandang telefon ketika memandu.

Kajian keselamatan jalan raya telah lama menunjukkan bahawa apa-apa aktiviti yang mengalihkan mata, tangan atau fokus daripada pemanduan boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Sistem infotainment dan skrin sentuh dalam kenderaan juga termasuk dalam kategori ini, terutama apabila digunakan untuk tugasan yang lebih kompleks seperti menetapkan navigasi, menukar tetapan atau memilih fungsi tertentu semasa memandu.

Masalahnya bukan pada teknologi itu sendiri. Masalahnya ialah apabila fungsi yang sepatutnya mudah menjadi terlalu bergantung pada skrin.

Sebab itu, jangan tunggu saat cemas baru mahu sedar. Tetapkan navigasi sebelum bergerak. Pilih muzik lebih awal. Laras suhu awal-awal. Jika perlu ubah sesuatu yang rumit, berhenti dahulu di tempat yang selamat. Kalau kenderaan anda ada fungsi kawalan suara, gunakan sebaiknya.

Kereta boleh jadi semakin pintar. Tetapi keselamatan masih bergantung pada satu perkara yang sama.

Mata di jalan.
Tangan di stereng.
Fokus pada pemanduan.

Sumber : Public Health Malaysia







Address

242-1
Bukit Baru
75150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 14:00
Sunday 10:00 - 14:00

Telephone

+6062824859

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category