Keadilan Cabang Rompin

Keadilan Cabang Rompin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Keadilan Cabang Rompin, Political organisation, Bukit Ibam.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG ROMPIN BAGI TAHUN 2025Tarikh : 1 Mac 2025 (Sabtu) Masa : 10.00 pagiTempat : Pejabat Keadi...
25/02/2025

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG ROMPIN BAGI TAHUN 2025

Tarikh : 1 Mac 2025 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Pejabat Keadilan Cabang Rompin, Medan Mewah, Muadzam.

Seluruh anggota Cabang Rompin dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Rompin bagi tahun 2025.

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG ROMPIN BAGI TAHUN 2025Menemui seluruh anggota Cabang Rompin, semoga beroleh kesejah...
25/02/2025

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG ROMPIN BAGI TAHUN 2025

Menemui seluruh anggota Cabang Rompin, semoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada dalam semangat juang yang tinggi.

2. Merujuk kepada perkara di atas, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Rompin bagi tahun 2025 akan diadakan dengan ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 1 Mac 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat Keadilan Cabang Rompin, Medan Mewah, Muadzam.

3. Sehubungan dengan itu, seluruh anggota Cabang Rompin dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Rompin bagi tahun 2025.

4. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
a. Pemilihan Pengerusi Tetap/Timbalan Pengerusi Tetap/Pemeriksa Kira-Kira 1 atau 2 (Sekiranya jawatan ini masih kosong dan tidak diisi)
b. Ucapan Ketua Cabang
c. Membentang dan meluluskan Minit MATC yang lalu 2024
d. Membentang dan meluluskan Penyata/Laporan Cabang Oktober 2024 โ€“ Jan 2025
e. Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2024
f. Penamaan calon-calon bagi Pemilihan Pusat*
g. Pemilihan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-Kira 1 & 2 bagi sesi Jawatankuasa Cabang 2025 โ€“ 2028
h. Perbahasan Usul (Jika ada)
i. Ucapan Penangguhan
j. Pembubaran jawatankuasa cabang sesi 2022 โ€“ 2025 oleh Pengerusi Tetap
*Tertakluk kepada peraturan Pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Pusat

Sekian, terima kasih.

Lokasi Pejabat Keadilan Cabang RompinMM25, Medan Mewah (Tingkat Atas), 26700 Muadzam Shah, Rompin, Pahang.
11/10/2024

Lokasi Pejabat Keadilan Cabang Rompin

MM25, Medan Mewah (Tingkat Atas), 26700 Muadzam Shah, Rompin, Pahang.

Semua anggota KEADILAN ROMPIN dijemput hadir menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Rompin.
10/10/2024

Semua anggota KEADILAN ROMPIN dijemput hadir menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Rompin.

30/07/2024

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH RIโ€™AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SULTAN DAN RAJA PEMERINTAH BAGI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SERTA SEGALA JAJAHAN TAKLUKNYA

SEMPENA MEMULIAKAN HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG KE-65 KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG

PADA 30 JULAI 2024 (SELASA) BERSAMAAN 24 MUHARAM 1446 HIJRAH

MERAFAK SEMBAH DAN MENJUNJUNG KASIH DARIPADA

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI PAHANG
DAN SELURUH ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PAHANG

01/06/2024

Kita perlu latih anak-anak membaca, cintai ilmu serta memiliki keupayaan menyaring ilmu makrifat atau kebijaksanaan. - Anwar Ibrahim


Jualan Rahmah 'Back To School'2 & 3 Mac 2024 (Sabtu & Ahad)9.00 pagi - 9.00 malamGedung Ten Ten Kuala RompinDiskaun terb...
29/02/2024

Jualan Rahmah 'Back To School'

2 & 3 Mac 2024 (Sabtu & Ahad)
9.00 pagi - 9.00 malam
Gedung Ten Ten Kuala Rompin

Diskaun terbaik sempena Jualan Rahmah!!!

HEBAHAN PROGRAM JUALAN RAHMAH BERGERAK NEGERI PAHANGProgram Jualan Rahmah(PJR) Bergerak akan diadakan di lokasi berikut:...
19/09/2023

HEBAHAN PROGRAM JUALAN RAHMAH BERGERAK NEGERI PAHANG

Program Jualan Rahmah(PJR) Bergerak akan diadakan di lokasi berikut:

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 23 September 2023 (Sabtu)
๐Ÿ•ฐ๏ธMasa : 9.00 pagi - 3.00 petang
๐Ÿ“Lokasi: Dataran Rompin

Moh Dapatkan Barang Keperluan Harian Anda Dengan Harga Yang Lebih Rendah.

๐Ÿ›’PROGRAM JUALAN RAHMAH (PJR) BERGERAK๐Ÿ›’





ยฉ๏ธ2023 Unit Media | KPDN Pahang

14/04/2023
Melawan Lupa4.4.1999 akan sentiasa dikenang sebagai tarikh dimana Parti Keadilan Nasional (KeADILan) ditubuhkan dan kemu...
04/04/2023

Melawan Lupa

4.4.1999 akan sentiasa dikenang sebagai tarikh dimana Parti Keadilan Nasional (KeADILan) ditubuhkan dan kemudian,berikutan pergaubungan dengan Partai Rakyat Malaysia ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seperti yang ada pada hari ini.

Timeline:-
Kronologi KEADILAN

2 September 1998
Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

3 September 1998
Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO serta jawatanjawatan
politiknya.

12 September 1998
Deklarasi Permatang Pauh. REFORMASI secara rasmi. Era pertama bermula.

20 September 1998
Perhimpunan terbesar di dalam sejarah Malaysia di Dataran Merdeka dan Masjid
Negara. Anwar Ibrahim kemudiannya ditahan di bawah ISA apabila pihak polis
menyerbu rumahnya di Bukit Damansara.

27 September 1998
GERAK ditubuhkan.

29 September 1998
Anwar Ibrahim muncul dengan mata lebam apabila dibawa ke Mahkamah buat kali
pertama sejak ditahan di bawah ISA.

Oktober 1998
Perhimpunan dan demonstrasi mingguan di sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman

10 Disember 1998
ADIL ditubuhkan dengan diketuai oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

4 April 1999
Parti Keadilan Nasional (PKN) dilancarkan. Singkatan KeADILan digunakan.

14 April 1999
Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah.
Istilah BLACK 14 muncul.

Sejarah Penubuhan Parti Keadilan Nasional

Kenyataan Wan Azizah mengenai penubuhan Parti Keadilan Nasional

Jawatankuasa Penaja ADIL
8 Jalan Setiamurni 1
50490 Kuala Lumpur

Pelancaran Parti Keadilan Nasional (KeADILan)

Dengan takzimnya dimaklumkan bahawa saya dan beberapa rakan seperjuangan dalam pergerakan
reformasi dan ADIL telah memutuskan untuk melancarkan sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Nasional. Pelancaran ini akan berlangsung pada 4 April 1999, pukul 10.00 pagi, di Hotel Renaissance
(Grand Ballroom) Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Parti Keadilan Nasional atau (KeADILan) adalah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan pada tahun 1990. Nama asalnya adalah Ikatan Masyarakat Islam dan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada tahun 1999, parti ini dipinda namanya kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan), sesuai dengan aspirasi perjuangan semasa. Kini dengan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi. Misi perjuangan adalah jelas: menegakkan keadilan dan kebenaran.

KeADILan adalah parti berbilang kaum dan agama yang terbuka keahliannya kepada semua warga Malaysia. Butir-butir lain tentang KeADILan akan diumumkan di majlis pelancarannya pada 4 April 1999.

Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail
30 March 1999

Nota kaki

Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) merupakan sebuah parti politik kecil yang ditubuhkan pada 28 Februari 1990 sebagai tanda protes terhadap Presiden PAS. Ia mempunyai ahli berdaftar seramai 9 orang. Pada asalnya, parti tesebut ditubuhkan menggunakan singkatan IMAM dengan berpusat di Kuala Lumpur.

Namun, ROS telah menolak nama tersebut dan singkatan IKATAN telah digunakan. Presiden IKATAN pada waktu itu hinggalah pada masa pengambilalihan itu adalah Abdul Wahab bin Yunus.
Satu perkara yang tidak diketahui adalah ide nama KEADILAN timbul selepas menunaikan solat sunat tarawih. 5 nama dikemukakan untuk dipilih oleh Anwar Ibrahim.
1. Parti Keadilan
2. Parti Keadilan Rakyat
3. Partu Keadilan Nasional
4. Parti Keadilan Negara
5. Parti Keadilan Kebangsaan

Akhirnya Anwar Ibrahim memilih Parti Keadilan Nasional. Beberapa pilihan logo juga telah dikemukakan. Antaranya logo menggunakan lambang Matahari. Tapi akhirnya Anwar memilih logo mata yang ada sekarang.

Address

Bukit Ibam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Cabang Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share