Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam

Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam POLIS BALAI ICQS, BUKIT KAYU HITAM


POLIS BALAI ICQS BUKIT KAYU HITAM

BALAI ICQS | 03 SEPTEMBER 2026 | KHAMISLAWATAN TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH KUBANG PASU KE BALAI POLIS ICQS, KOMPLEKS ICQ...
03/09/2026

BALAI ICQS | 03 SEPTEMBER 2026 | KHAMIS

LAWATAN TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH KUBANG PASU KE BALAI POLIS ICQS, KOMPLEKS ICQS BUKIT KAYU HITAM

Tarikh : 03/09/2026 (Khamis)
Masa : 1100 hrs hingga selesai
Tempat : Balai Polis ICQS, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam

KEHADIRAN:
1. DSP Azita binti Ramli - Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu
2. SI Ahmad Asri bin Hamzah - T/KPB ICQS
3. SM Mohd Fisol Bin Mohd Akhir - SM KA ICQS
4. SM Nazri Bin Lob - SM Traffik ICQS

INTIPATI LAWATAN
1.1 Pada jam lebih kurang 1100 hrs, YDH DSP Azita binti Ramli, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu telah tiba di Balai Polis ICQS, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bagi mengadakan lawatan ke Balai Polis ICQS.

1.2 Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu telah disambut oleh SI Ahmad Asri bin Hamzah, Timbalan Ketua Polis Balai ICQS bersama anggota Balai Polis ICQS.

1.3 YDH Timbalan Ketua Polis Daerah seterusnya dibawa masuk ke Balai Polis ICQS dan diberikan penerangan ringkas berkaitan pengoperasian balai, penugasan serta tanggungjawab anggota dalam memastikan keselamatan dan kelancaran operasi di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

1.4 Seterusnya, YDH Timbalan Ketua Polis Daerah telah dibawa ke Bilik CCTV Balai Polis ICQS bagi melihat sendiri sistem pemantauan CCTV yang digunakan untuk tujuan pemantauan keselamatan dan pergerakan di sekitar kawasan Kompleks ICQS.

1.5 Lawatan diteruskan ke Pos Akhir Check Point F, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, bagi meninjau keadaan lokasi serta melihat secara dekat pelaksanaan tugas anggota yang sedang bertugas di pos berkenaan.

1.6 Semasa berada di Check Point F, YDH Timbalan Ketua Polis Daerah turut berkesempatan berinteraksi dengan anggota bertugas serta mendapatkan penerangan berkaitan skop penugasan, kawalan keselamatan dan situasi semasa di kawasan pemeriksaan akhir sebelum pergerakan keluar dari Kompleks ICQS.

1.7 Seterusnya, YDH Timbalan Ketua Polis Daerah telah bergerak Rejimen Sempadan (5 RS) bagi meninjau lokasi dan persediaan sempena Lawatan Kerja YB Menteri Pertahanan, selaras dengan tentatif program yang telah ditetapkan.

1.8 Dalam lawatan tersebut, YDH Timbalan Ketua Polis Daerah turut meneliti aspek persediaan keselamatan, penugasan anggota serta penyelarasan di lokasi bagi memastikan perjalanan Lawatan Kerja YB Menteri Pertahanan dapat dilaksanakan dengan teratur, lancar dan selamat.

1.9 Lawatan ini merupakan lawatan kerja YDH DSP Azita binti Ramli ke Balai Polis ICQS setelah beliau melaporkan diri sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu yang baharu. Lawatan ini memberi ruang kepada beliau untuk melihat sendiri keadaan balai, lokasi penugasan serta pelaksanaan tugas anggota Balai Polis ICQS di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

1.10 Secara keseluruhannya, lawatan berjalan dengan lancar dan YDH Timbalan Ketua Polis Daerah turut memberikan pandangan serta nasihat kepada anggota agar sentiasa mengekalkan tahap disiplin, kesiapsiagaan dan profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas, khususnya dalam aspek kawalan keselamatan di pintu masuk dan keluar sempadan negara.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”
“Keselamatan Kompleks & Negara Tanggungjawab Bersama”


BALAI ICQS | 02 SEPTEMBER 2026 | RABULAWATAN KEBAJIKAN BALAI ICQS BKHKehadiran1. SI Ahmad Asri Bin Hamzah - Timbalan Ket...
02/09/2026

BALAI ICQS | 02 SEPTEMBER 2026 | RABU

LAWATAN KEBAJIKAN BALAI ICQS BKH

Kehadiran

1. SI Ahmad Asri Bin Hamzah - Timbalan Ketua Polis Balai
2. SM Mohd Fisol bin Mad Akhir
3. Sjn Mohamad Noh Bin Ali
4. Sjn Noraziah Binti Mat Salleh

Pada 02/09/2026 jam lebih kurang 1645 hrs, Pentadbiran Balai Polis ICQS yang diketuai oleh SI Ahmad Asri Bin Hamzah telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah bagi menziarahi isteri kepada Kpl 182244 Mohamad Faizal Bin Sham, anggota Trafik Balai Polis ICQS yang bersalin anak ke 3.

Lawatan kebajikan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada anggota dan keluarga.

Butir-butir adalah seperti berikut:-

➡Nama : Norliyana Binti Mohamad Jaffri

➡Umur : 34 Tahun

➡Tarikh Masuk Wad : 31/08/2026 @ 1200 hrs

➡️Sakit : Bersalin Anak ke 3 (Lelaki)

➡Wad/Hospital : Katil 14 Wad 2D Hospital Sultanah Bahiyah

➡No tel. waris : 011-56486882 ( Suami )

Didoakan semoga Puan Norliyana Binti Mohamad Jaffri dan bayi dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dipermudahkan segala urusan.


31/08/2026

BALAI ICQS | 30 OGOS 2026 | AHAD

BERITA KEBAJIKAN

DIMAKLUMKAN ISTERI KEPADA KPL 182244 MOHAMAD FAIZAL BIN SHAM TRAFIK BALAI POLIS ICQS, IPD K/PASU TELAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL.

Butir-butir seperti berikut :-

➡Nama : Norliyana Binti Mohamad Jaffri

➡Umur : 34 TAHUN

➡Tarikh Masuk Wad : 30/08/2026 @ 2300 hrs

➡️Sakit : Preterm Premature Rupture of Membranes (PPROM)

➡Wad/HOSPITAL : CMR LABOUR ROOM HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

➡No tel. waris : 011-56486882 ( Suami )

Didoakan semoga di permudahkan segala urusan.


🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾Ketua Polis Balai serta seluruh warga Balai Polis ICQS, Kompleks ICQS, Buk...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

Ketua Polis Balai serta seluruh warga Balai Polis ICQS, Kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia. 🇲🇾✨

Semoga sambutan Hari Kemerdekaan ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menyuburkan rasa cinta dan bangga terhadap tanah air tercinta.

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan, pengorbanan dan keberanian generasi terdahulu. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus memelihara keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara demi generasi akan datang.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
KESELAMATAN KOMPLEKS TANGGUNGJAWAB BERSAMA


29/08/2026

BALAI ICQS | 29 OGOS 2026 | SABTU

BERITA KEBAJIKAN

DIMAKLUMKAN BAPA KEPADA L/KPL MUHAMAD AZAM BIN MOHAMMAD BALAI POLIS ICQS, IPD K/PASU TELAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL.

Butir-butir seperti berikut :-

➡Nama : MOHAMMAD BIN SALLEH

➡Umur : 74TAHUN

➡Tarikh Masuk Wad : 29/08/2026 @ 1330 hrs

➡️Sakit : JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU

➡Wad/HOSPITAL : BILIK 833 TINGKAT 8 HOSPITAL KPJ BANDAR PERDA PULAU PINANG

➡No tel. waris : 0142451736 ( ANAK )

Didoakan semoga di permudahkan segala urusan.


🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙12 Rabiulawal 1448HKetua Polis Balai ICQS, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Insp Sufian b...
24/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

12 Rabiulawal 1448H

Ketua Polis Balai ICQS, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Insp Sufian bin Mad Alli bersama seluruh warga Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ ﷺ

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan lagi rasa cinta dan kerinduan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta menjadi inspirasi untuk kita terus meneladani akhlak, sunnah, sifat amanah dan kasih sayang Baginda dalam kehidupan seharian.

“Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
— Surah Al-Anbiya’, Ayat 107

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT serta dikurniakan kekuatan untuk menjadi insan yang membawa kebaikan, keamanan dan keharmonian kepada masyarakat. 🤲🏻💚

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
Meneladani Rasulullah SAW, Membina Ummah Berakhlak Mulia.

Ikhlas daripada:
Insp Sufian bin Mad Alli
Ketua Polis Balai ICQS, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam
dan seluruh warga Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam

💙 “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
💛 “Keselamatan Kompleks Tanggungjawab Bersama”


BALAI ICQS | 24 OGOS 2026 | ISNINLAWATAN KEBAJIKAN BALAI ICQS BKHKehadiran1. SI Ahmad Asri bin Hamzah - T/KPB Balai Poli...
24/08/2026

BALAI ICQS | 24 OGOS 2026 | ISNIN

LAWATAN KEBAJIKAN BALAI ICQS BKH

Kehadiran

1. SI Ahmad Asri bin Hamzah - T/KPB Balai Polis ICQS
2. SM Mohd Fisol bin Mad Akhir
3. Sjn Mohamad Shahril bin Ali Hanafiah
4. L/KPL Mohamad Faizal bin Mokhtar
5. ⁠PF Nurul Najihah binti Ramli

Pada 24/08/2026 jam lebih kurang 1300 hrs, Pentadbiran Balai Polis ICQS yang diketuai oleh SI Ahmad Asri bin Hamzah telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menziarahi bapa kepada Kpl 182125 Mohd Naufal bin Jamaludin anggota Balai Polis ICQS yang sedang menerima rawatan.

Lawatan kebajikan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada anggota dan keluarga yang sedang menghadapi ujian.

Butir-butir seperti berikut :-

➡Nama : Jamaludin bin Md Isa

➡Umur : 63 TAHUN

➡Tarikh Masuk Wad : 22/08/2026 @ 0400 hrs

➡️Sakit : Strangulated hernia

➡Wad/HOSPITAL : WAD PEMERHATIAN UNIT KECEMASAN HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

➡No tel. waris : 012-4782125 ( anak )

Didoakan semoga dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan kepada ahli keluarga serta dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan.


23/08/2026

Perhimpunan Bulanan Bagi bulan Ogos 2026 IPD Kubang Pasu


TAHNIAH WARGA BALAI POLIS ICQS 🌟👏🏻Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Balai Polis ICQS, Bukit Kayu...
23/08/2026

TAHNIAH WARGA BALAI POLIS ICQS 🌟👏🏻

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Balai Polis ICQS, Bukit Kayu Hitam yang telah menerima Surat Penghargaan serta Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu bagi bulan Ogos 2026 yang berlangsung pada 23 Ogos 2026.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas prestasi cemerlang, komitmen, disiplin serta dedikasi tinggi yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga Balai Polis ICQS.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima! 💐👏🏻

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
“Keselamatan Kompleks Tanggungjawab Bersama”


23/08/2026


KERATAN AKHBAR PILIHAN: "BEACON" BUKAN 'LESEN' LANGGAR LAMPU MERAH

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2026 – Penggunaan "beacon" atau suar tidak memberikan hak keutamaan lalu lintas kepada sesebuah kenderaan untuk mengabaikan lampu isyarat merah atau keselamatan pengguna jalan raya lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, penggunaan lampu amaran khas pada sesebuah kenderaan adalah tertakluk kepada Jadual Keenam (Kaedah 24B), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.

"Kebenaran menggunakan lampu suar atau siren tidak dengan sendirinya memberikan hak keutamaan lalu lintas kepada sesebuah kenderaan.

"Penggunaan lampu amaran itu juga tidak boleh dianggap sebagai kebenaran untuk mengabaikan lampu isyarat merah atau mengetepikan keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau lokasi nahas yang meragut nyawa tiga beranak di Jalan Sultan Ismail, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

Address

Bukit Kayu Hitam

Telephone

+6049221722

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share