JPS SPT, Pulau Pinang

JPS SPT, Pulau Pinang JPS SPT is district department of Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

🚀TRASH -X MELANGKAH GAGAH, MEMBAWA NAMA JPS PULAU PINANG🚀🔥PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN KREATIF & INOVATIF (KIK) ...
28/08/2026

🚀TRASH -X MELANGKAH GAGAH, MEMBAWA NAMA JPS PULAU PINANG🚀

🔥PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN KREATIF & INOVATIF (KIK) JPS 2026🔥

📍 JPS Malaysia | 🗓️ 26 - 28 Ogos 2026

Satu amanah, satu pasukan, satu misi! 💪

Daerah JPS Seberang Perai Tengah (SPT) telah diberi kepercayaan untuk mewakili JPS Pulau Pinang ke Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Kreatif & Inovatif (KIK) JPS Malaysia 2026.

Dengan semangat " Inovasi Demi Kelestarian Saliran", kumpulan yang diberi nama TRASH-X
tampil mempertaruhkan inovasi SMART GRAB - Sistem Halangan & Pengutip Sampah Saliran. 🌊

SMART GRAB merupankan satu idea Inovatif yang diketengahkan bagi membantu menghalang, mengumpul dan mengurus sampah di saliran secara lebih sistematik dan berkesan, selaras dengan usaha memperkasakan pengurusan saliran dan kelestarian alam sekitar.

👥TRASH - X | 4 Wira dan 3 Wirawati Inovatif Daerah JPS SPT

🏅Ketua Kumpulan
Kapt. Bersekutu (PA) Ts. Syed Mohamad Syahir Bin Syed Mazlan Jurutera Daerah

* Huda binti Khalid - Penolong Jurutera
* Tc. Rozali bin Saad - Penolong Jurutera
* Mohd Hamdi bin MD Saad - Penolong Jurutera
* Zulkarnain bin Ibrahim - Penolong Jurutera
* Nur Salbiah binti Abdullah - Penolong Jurutera
* Nor Hafini binti Mohamad Noor - Pembantu Khidmat Am

🌟 Daripada idea lahirnya inovasi. Daripada inovasi tercetusnya perubahan.

Ayuh kita berikan sokongan dan doa buat Kumpulan TRASH - X dalam membawa nama JPS Pulau Pinang ke pentas KIK JPS Malaysia 2026.

TRASH - X - Bukan sekadar bertanding, tetapi membawa inspirasi untuk mencipta perubahan! 🔥💪

TERUS MELANGKAH, TERUS BERINOVASI, TERUS GEMILANG🏆🌟

📌Nantikan kemuncak Hari Horizon Baharu Kumpulan Kreatif & Inovatif JPS Malaysia Tahun 2026 pada 10 September 2026.





🌙SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026🌙Semperna sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Se...
24/08/2026

🌙SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026🌙

Semperna sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Seberang Perai Tengah Pulau pinang ingin merakamkan ucapan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh warga kerja JPS SPT, umat Islam serta masyarakat di seluruh Malaysia.

Mari kita bersama-sama perbaharui niat untuk terus mengamalkan sunnah Baginda serta menyebarkan kasih sayang sesama manusia.




20/08/2026

Tahniah dan Selamat Datang kepada

EN JALIL RIDHWAN BIN JAMALUDIN
Penolong Pengarah (J9)
Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang.









17/08/2026

🌧️ Utamakan keselamatan, elakkan kawasan yang berisiko banjir. Jangan mengambil risiko dengan memasuki atau melalui kawasan yang telah dinaiki air.

Sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan patuhi arahan pihak berkuasa. Keselamatan anda adalah keutamaan. 💡



MAJLIS HI-TEA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG || MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATA...
13/08/2026

MAJLIS HI-TEA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG || MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN TERPUJI 2025.

12 Ogos 2026 (Rabu) || Majlis Hi-Tea Kelab Sukan dan Kebajikan JPS Pulau Pinang. Semperna majlis hari ini juga, Jabatan turut meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) tahun 2025. Serta meraikan pegawai yang bersara dan bertukar. Majlis telah diadakan dengan jaya di Hotel The Light, Seberang Jaya. Majlis ini meraikan seramai 107 orang penerima. Bagi penerima Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Seberang Perai Tengah (JPS SPT) adalah seramai 22 orang penerima. Penganugerahan ini diberi kepada warga kerja Jabatan yang memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2025.




10/08/2026

Sebanyak 606 unit pam kecemasan mudah alih pelbagai spesifikasi telah ditempatkan di seluruh negara melibatkan aset Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan sedia digerakkan mengikut keperluan semasa bagi menghadapi fenomena El Nino.

Menurut JPS dalam satu kenyataan, langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada tindakan kesiapsiagaan operasi di lapangan apabila paras air sungai atau empangan menurun ke tahap kritikal.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2592605

09/08/2026

🍃MAJLIS PELANCARAN COMMUNICATION, EDUCATION AND PUBLIC AWARENESS (CEPA) DENAI SUNGAI KEBANGSAAN SUNGAI SIAM 2026🍃 8 Ogos...
09/08/2026

🍃MAJLIS PELANCARAN COMMUNICATION, EDUCATION AND PUBLIC AWARENESS (CEPA) DENAI SUNGAI KEBANGSAAN SUNGAI SIAM 2026🍃

8 Ogos 2026 (Sabtu) || Taman Merak, Daerah Seberang Perai Selatan.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, turut hadir ialah YB, Dato' Dr. Jafri Bin Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. H'Ng Mooi Lye, EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, YB Goh Choon Aik, EXCO Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat serta komuniti dan Masyarakat setempat.

Semperna program ini, Kumpulan Inovasi Trash - X dari JPS Seberang Perai Tengah (JPS SPT), telah memperkenalkan produk inovasi iaitu SMART GRAB yang berfungsi sebagai perangkap sampah statik bagi mengurangkan risiko banjir. Kumpulan Trash - X terdiri daripada 7 orang ahli diketuai oleh Kapt. Bersekutu (PA) Ts. Syed Mohamad Syahir Bin Syed Mazlan, Jurutera Daerah bersama Penolong Jurutera dan Pembantu Khidmat Am. Pameran ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat tentang inovasi yang dilakukan oleh JPS SPT khasnya Dan maklumat lain amnya.





07/08/2026

07/08/2026

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjelaskan bukan semua isu berkaitan air berada di bawah tanggungjawab jabatan itu kerana pengurusan sektor berkenaan melibatkan pelbagai…

Address

Jalan Bukit Minyak, Pulau Pinang
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS SPT, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share