Bahagian Industri Asas Tani Penang

Bahagian Industri Asas Tani Penang Khidmat Pengembangan
Promosi dan Jualan Terus produk IAT
Agropelancongan
Latihan/ kursus

πŸ“’ JEMPUTAN PENYERTAAN BUSINESS MATCHING & NETWORKING 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera,Kerajaan Negeri Pulau Pinan...
17/06/2026

πŸ“’ JEMPUTAN PENYERTAAN BUSINESS MATCHING & NETWORKING 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat YB EXCO Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat dengan kerjasama InvestPenang dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan menjemput syarikat serta usahawan yang berminat untuk menyertai:

🀝 Penang–Medan Business Matching & Networking 2026

πŸ“… 6 Julai 2026 (Isnin)
πŸ•£ 8.30 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Ballroom, Consulate General of Malaysia in Medan, Indonesia

Program ini menyediakan platform untuk:
βœ… Memperkenalkan produk dan perkhidmatan syarikat
βœ… Membina jaringan perniagaan baharu
βœ… Meneroka peluang perdagangan dan pelaburan antara Pulau Pinang dan Indonesia

Penyertaan adalah terbuka kepada syarikat dan usahawan dari Pulau Pinang serta Indonesia.

πŸ”— Pautan Pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeH-Lc-fmP5_iVtHaCpG3lWh6g6RbvZjfs20OMZPT3dGc-myQ/viewform

πŸ“Œ Tempat adalah terhad dan pendaftaran awal adalah digalakkan.

Terima kasih.

🌾🚜 ππ„ππ‚π€π‘πˆπ€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€! 🚜🌾Anda usahawan agrofood, pengusaha makanan, penternak, nelayan, usahawan s...
08/05/2026

🌾🚜 ππ„ππ‚π€π‘πˆπ€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€! 🚜🌾

Anda usahawan agrofood, pengusaha makanan, penternak, nelayan, usahawan smart farming atau pemain industri agromakanan?
Inilah peluang anda untuk menyerlah di pentas terbesar industri pertanian negara! 🌟

πŸ“’ Sertai πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ” dan kembangkan jenama, produk serta rangkaian perniagaan anda bersama komuniti agro terbaik Malaysia!

πŸ”Έ Laman Food Truck
πŸ”Έ Agro-Food Fisheries
πŸ”Έ Go Global Grow Local
πŸ”Έ Laman Veterinar
πŸ”Έ Agro-Food Pineapple
πŸ”Έ Food Empire
πŸ”Έ Laman Smart Farming
πŸ”Έ Kingdom of Agrofood
πŸ”Έ Agribusiness

πŸ—“οΈ π“πšπ«π’π€π‘ 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧:
7 Mei 2026 – 31 Mei 2026

πŸ“² Imbas kod QR atau masuk ke link ini https://usahawan.mahaofficial.com.my/ untuk daftar penyertaan anda!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada transformasi industri agromakanan negara di πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ’š






04/04/2026
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRITUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERIDAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2026πŸ“ PICCA Conv...
02/04/2026

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI
DAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2026

πŸ“ PICCA Convention Centre, Butterworth
πŸ“… 2 April 2026

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang berlangsung dengan penuh meriah, menghimpunkan barisan kepimpinan negeri serta rakyat dalam suasana harmoni, muhibah dan penuh tradisi.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib bersama Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah. Turut hadir YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I serta dif-dif kehormat lain.

Pelbagai juadah istimewa disediakan kepada para tetamu, di samping persembahan hiburan kebudayaan dan nyanyian artis jemputan yang menambahkan lagi kemeriahan suasana sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Jabatan Pertanian turut memainkan peranan dengan menyelaras serta mengedarkan menu rojak buah-buahan kepada orang awam yang hadir, sebagai salah satu tarikan istimewa sepanjang majlis berlangsung.

Semoga sambutan ini terus mengeratkan silaturahim dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat.





Program sehingga 18 Mac 2026. Di Aeon Mall Bukit Mertajam.
16/03/2026

Program sehingga 18 Mac 2026. Di Aeon Mall Bukit Mertajam.

Jualan Produk usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sempena Agroraya Fest di AEON Mall Bukit Mertajam...
05/03/2026

Jualan Produk usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sempena Agroraya Fest di AEON Mall Bukit Mertajam bermula 5 hb. hingga 18hb. Mac 2026 ( 10 pagi - 10 malam )
Pelbagai produk biskut raya, dodol, kerepek, ketupat frozen, serunding, pes rendang, produk inai, kek, just Pala, kuih tradusional dan lain- lain lagi menanti anda.
Jumpa disana !!
Semua dijemput hadir!!!






Jom beramai- ramai ke JUALAN AGRORAYA FEST, anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang. Tarikh : 5 - 18 Mac 2026Jam :...
02/03/2026

Jom beramai- ramai ke JUALAN AGRORAYA FEST, anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang.

Tarikh : 5 - 18 Mac 2026
Jam : 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi : Aeon Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang




Jualan Produk usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sempena Agroraya Fest di AEON Mall Bukit Mertajam bermula 5 hb. hingga 18hb. Mac 2026 ( 10 pagi - 10 malam )
Pelbagai produk biskut raya, dodol, kerepek, ketupat frozen, serunding, pes rendang, produk inai, kek, just Pala, kuih tradusional dan lain- lain lagi menanti anda.
Jumpa disana !!
Semua dijemput hadir!!!






Address

Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 20:00 - 05:00
Tuesday 20:00 - 05:00
Wednesday 20:00 - 05:00
Thursday 20:00 - 05:00
Friday 20:00 - 05:00

Telephone

+6045372144

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Industri Asas Tani Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Industri Asas Tani Penang:

Shortcuts

Share