Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang - Zakat Mainpp

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang - Zakat Mainpp Zakat MAINPP adalah sebuah agensi mengurus zakat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

"Transformasi Asnaf Melalui Zakat"

Waktu Urusan :

Isnin - Khamis (8.30pagi - 4.30petang)

Jumaat (8.30pagi - 12.30Tengahari) (2.45petang-4.30petang)

Sabtu (9.00pagi - 3petang - Minggu pertama di Kaunter HQ-Bandar Perda sahaja)

Ahad Tutup

ππ„π‘π’πŽπ€π‹π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 π™π€πŠπ€π“ : π’πˆπ‘πˆ πŸ—Siri 9: Zakat EmasAkaun simpanan emas secara digital di bank tertentu tanpa wujudnya ema...
14/08/2026

ππ„π‘π’πŽπ€π‹π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 π™π€πŠπ€π“ : π’πˆπ‘πˆ πŸ—

Siri 9: Zakat Emas
Akaun simpanan emas secara digital di bank tertentu tanpa wujudnya emas fizikal apabila ditebus, adakah ia dikenakan zakat ?

Ikuti segmen ini untuk mendapatkan pelbagai informasi dan pencerahan berkaitan zakat agar setiap ibadah yang dilaksanakan menepati tuntutan syarak.

Tunaikan zakat anda secara dalam talian melalui:
www.zakat.mainpp.gov.my

Transformasi Asnaf Melalui Zakat





πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈!Buat anda yang berada di sekitar Masjid Padang Benggali, Teluk Ayer Tawar.Jom manfaatkan...
14/08/2026

πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈!

Buat anda yang berada di sekitar Masjid Padang Benggali, Teluk Ayer Tawar.

Jom manfaatkan peluang ini untuk:

βœ… Taksiran Tepat & Bayaran Cepat (Semua Jenis
Zakat)
βœ… Bantuan Zakat: Semak Status & Dapatkan Borang
Bantuan
βœ… Sumbangan: Terima Sedekah, Wakaf & Luqatah

Tunaikan Zakat Bersama Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP)

Berzakat dengan mudah di:
https://zakatpenang2u.com/my/Payments/publicZakatHartaCreate





πƒπ€π“πŽβ€™ π‡π€π‰πˆ π™π€πˆπ‘πˆ π‡π€π‰πˆ πŒπ€π“ π“π”ππ€πˆ π™π€πŠπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Zairi Haji Mat, telah ...
13/08/2026

πƒπ€π“πŽβ€™ π‡π€π‰πˆ π™π€πˆπ‘πˆ π‡π€π‰πˆ πŒπ€π“ π“π”ππ€πˆ π™π€πŠπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍

Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Zairi Haji Mat, telah menunaikan zakat pendapatan menerusi sesi penerimaan bayaran zakat bersama Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP).

Setiap zakat yang ditunaikan turut memperkukuh usaha Zakat MAINPP dalam memperluas manfaat agihan serta melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan asnaf secara menyeluruh.

Usaha ini menjadi sebahagian daripada komitmen bersama dalam memastikan dana zakat terus dimanfaatkan secara optimum demi kesejahteraan asnaf di Negeri Pulau Pinang.

Transformasi Asnaf Melalui Zakat




13/08/2026

[π•πˆπƒπ„πŽ π‘π€ππ†πŠπ”πŒπ€π] π“π„π€πŒ ππ„πƒπ”π‹πˆ 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ π™πˆπ€π‘π€π‡ π„πŒππ€π“ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 πƒπˆ ππˆππŽππ† 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋

Team Peduli Asnaf Zakat MAINPP telah mengadakan ziarah ke empat keluarga asnaf di sekitar Nibong Tebal bagi meninjau keadaan penerima yang sedang menjalani rawatan dan memerlukan penjagaan susulan akibat masalah kesihatan yang dihadapi. Ziarah ini turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, YBrs. Tuan Mohamad Kairi Ghazalli.

Kesemua penerima menerima bantuan perubatan Zakat MAINPP mengikut keperluan masing-masing, termasuk bekalan farmasi panel bulanan, peralatan perubatan, bantuan pembedahan serta keperluan penjagaan pesakit. Ziarah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Zakat MAINPP dalam menyantuni serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan asnaf terus diberikan perhatian.

Transformasi Asnaf Melalui Zakat




ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π πŠπ„ π€π’π‘π€πŒπ€ πˆππ€ππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ π’π€π˜π€ππ† πŒπ€πˆπππ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ• 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€Adakah anda mempunyai anak yang layak dan...
12/08/2026

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π πŠπ„ π€π’π‘π€πŒπ€ πˆππ€ππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ π’π€π˜π€ππ† πŒπ€πˆπππ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ• 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€

Adakah anda mempunyai anak yang layak dan sedang mencari peluang pendidikan serta tempat tinggal yang kondusif?

Inapan Kasih Sayang MAINPP kini membuka permohonan kemasukan bagi sesi 2027 kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin di seluruh Pulau Pinang.

Tempoh Permohonan:
- Tarikh permohonan dibuka: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
- Tarikh permohonan ditutup: 15 September 2026 (Selasa)

Kelayakan utama:
- Anak asnaf fakir/miskin di Pulau Pinang.
- Pelajar Tahun 3 & Tahun 4 (Sesi Persekolahan 2026).
- Pendapatan isi rumah RM1,800 ke bawah.
- Memenuhi syarat akademik dan kelayakan lain seperti yang dinyatakan dalam poster.

Borang permohonan boleh didapati di Inapan Kasih Sayang MAINPP, kaunter Zakat MAINPP berhampiran atau dimuat turun melalui laman sesawang Zakat MAINPP.

Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk memuat turun borang permohonan:
https://zakat.mainpp.gov.my/inapan-kasih-sayang/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Pejabat: 04-575 0490
- WhatsApp: 011-4091 9549

Ayuh, kongsikan hebahan ini kepada ahli keluarga, jiran dan kenalan yang layak di seluruh Pulau Pinang. Semoga lebih ramai anak-anak asnaf berpeluang mendapatkan pendidikan yang lebih baik.

Tentang Agihan | Inapan Kasih Sayang MAINPP:
https://youtu.be/8ysSRrznIGo?si=pryeHMfsCk5SS0mV





𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 π–π€πŠπ€π‹π€π‡ π™π€πŠπ€π“ π‘πŒπŸ’πŸ”πŸ•,πŸ“πŸπŸ”.πŸ’πŸ— πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 π“π€πŒππ€π‡π€π π‘πŒπŸπŸ–πŸŽ,𝟎𝟎𝟎Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAI...
12/08/2026

𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 π–π€πŠπ€π‹π€π‡ π™π€πŠπ€π“ π‘πŒπŸ’πŸ”πŸ•,πŸ“πŸπŸ”.πŸ’πŸ— πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 π“π€πŒππ€π‡π€π π‘πŒπŸπŸ–πŸŽ,𝟎𝟎𝟎

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menerusi Zakat MAINPP telah menyerahkan Wakalah Agihan Zakat berjumlah keseluruhan RM467,526.49 sempena Majlis Perasmian Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 di Hotel Ixora pada 11 Ogos 2026.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM339,973.81 diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), manakala RM127,552.68 diserahkan kepada Hospital Pulau Pinang (GH). Wakalah ini diperuntukkan bagi menjaga kebajikan kakitangan beragama Islam serta membantu pesakit yang tergolong dalam kategori asnaf.

Selain serahan wakalah, Zakat MAINPP turut menyalurkan geran tambahan berjumlah RM180,000, merangkumi RM100,000 kepada Hospital Pulau Pinang dan RM80,000 kepada Hospital Seberang Jaya. Penyaluran wakalah dan geran zakat tersebut menjadikan keseluruhan sumbangan berjumlah RM647,526.49.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

β€œBantuan ini penting bagi memastikan manfaat zakat dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan kepada mereka yang memerlukan,” ujar YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid dalam ucapannya.

Turut hadir ialah YBrs Tuan Mohamad Kairi Ghazalli, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, bersama-sama wakil Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya.

Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen Zakat MAINPP dalam memastikan manfaat zakat dapat disampaikan dengan lebih cepat, tersusun dan berkesan. Inisiatif ini selaras dengan Maqasid Syariah, khususnya dalam memelihara nyawa dan kebajikan ummah, di samping mendukung APAI2030 melalui pemerkasaan instrumen zakat serta pendekatan dakwah dan tarbiah yang menyantuni pesakit, keluarga dan warga kesihatan.

Semoga amanah wakalah dan geran zakat ini dimanfaatkan sebaik-baiknya serta menjadi asbab kepada kesejahteraan, kesembuhan dan kemudahan buat kakitangan Islam serta para pesakit asnaf yang memerlukan.




πŒπ”πŠπ‡π€π˜π˜π€πŒ π€π‘π€ππˆ π’ππŒ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πŠπ€π’π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π’πŒπ€π‘Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) teru...
11/08/2026

πŒπ”πŠπ‡π€π˜π˜π€πŒ π€π‘π€ππˆ π’ππŒ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πŠπ€π’π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π’πŒπ€π‘

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) terus menyokong usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak asnaf menerusi penganjuran Mukhayyam Arabi SPM 2026 yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026 di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP), Pantai Acheh, Balik Pulau.

Program ini menghimpunkan seramai 120 orang murid daripada 16 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) di Pulau Pinang dengan bimbingan 10 orang Jurulatih Utama yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Arab berpengalaman.

Mukhayyam Arabi SPM 2026 merupakan salah satu pengisian di bawah Program Lonjakan SPM MADANI, anjuran Unit Pendidikan dan Dermasiswa MAINPP dengan kerjasama Zakat MAINPP serta Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Sepanjang program, para peserta diberikan pendedahan intensif bagi memperkukuh penguasaan Bahasa Arab, meningkatkan keyakinan serta mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Melalui Program Lonjakan SPM MADANI, para pelajar turut menerima manfaat daripada pelbagai inisiatif pendidikan termasuk kelas tambahan dan bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan secara percuma.

Usaha ini selari dengan Teras Pendidikan APAI2030 yang memberikan penekanan terhadap peluasan akses kepada pendidikan berkualiti serta pembangunan generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, bimbingan dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kecemerlangan para pelajar dalam peperiksaan serta kehidupan.

Ayuh, para penjawat awam dan warga sektor swasta! Teruskan menunaikan zakat bersama Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang demi memperkasa pendidikan dan membina masa hadapan anak-anak asnaf.





πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈!Buat anda yang berada di sekitar Pasaraya Giant, Bayan Baru.Jom manfaatkan peluang ini u...
11/08/2026

πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈!

Buat anda yang berada di sekitar Pasaraya Giant, Bayan Baru.

Jom manfaatkan peluang ini untuk:

βœ… Taksiran Tepat & Bayaran Cepat (Semua Jenis
Zakat)
βœ… Bantuan Zakat: Semak Status & Dapatkan Borang
Bantuan
βœ… Sumbangan: Terima Sedekah, Wakaf & Luqatah

Tunaikan Zakat Bersama Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP)

Berzakat dengan mudah di:
https://zakatpenang2u.com/my/Payments/publicZakatHartaCreate





πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† πŠπŽπŒπˆπ“π„πƒ πŒπ„πŒππˆππ€ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙 ππ‘πŽπ…π„π’πˆπŽππ€π‹Majlis Graduasi Iltizam Huffaz Sesi 20...
08/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† πŠπŽπŒπˆπ“π„πƒ πŒπ„πŒππˆππ€ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙 ππ‘πŽπ…π„π’πˆπŽππ€π‹

Majlis Graduasi Iltizam Huffaz Sesi 2025 telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Mohd Sukki Othman, M***i Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mewakili YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP).

Program Iltizam Huffaz merupakan inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di bawah kelolaan YIPP bagi membuka peluang kepada pelajar tahfiz dari seluruh Pulau Pinang mengikuti Program Persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Usaha ini memastikan mereka tidak tercicir daripada arus pendidikan akademik serta berpeluang melanjutkan pengajian dan membina kerjaya dalam pelbagai bidang profesional.

Pada majlis tersebut, seramai 49 graduan Sesi 2025 diraikan bersama 11 tenaga pengajar yang telah membimbing mereka. Pencapaian kadar kelayakan memperoleh sijil SPM sebanyak 98 peratus, termasuk lapan pelajar memperoleh keputusan 4A dan ke atas, membuktikan bahawa pelajar tahfiz mampu bersaing apabila diberikan peluang, bimbingan dan sokongan sewajarnya.

Sejak tahun 2022 hingga 2026, MAINPP telah meluluskan pembiayaan keseluruhan sebanyak RM777,200 melalui Dana Zakat MAINPP bagi pelaksanaan program ini. Bagi tahun 2026 sahaja, sebanyak RM177,200 disalurkan untuk pengurusan akademik, elaun tenaga pengajar, bahan pembelajaran dan keperluan berkaitan.

Pembiayaan ini adalah pelaburan jangka panjang bagi melahirkan generasi huffaz profesional yang menguasai ilmu al-Quran, cemerlang dalam akademik, berakhlak mulia dan berdaya saing.

Inisiatif ini turut mendukung APAI2030, khususnya Teras Pembangunan Pendidikan dan Pembangunan Anak Muda, menerusi pendidikan bersepadu yang menggabungkan ilmu wahyu dengan ilmu aqli demi melahirkan pemimpin masa hadapan yang mampu menyumbang kepada agama, masyarakat dan negeri.

Turut hadir, YBrs Dr. Mohamad Sofee bin Razak, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP; YBrs Tuan Mohamad Kairi Ghazalli, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP; YBrs Dr. Haji Joohari Ariffin, Pengarah Al-Hady Centre san YBrs Profesor Madya Dr. Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

Hadir sama ialah wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan, barisan pengurusan, para pengetua dan mudir institusi tahfiz, tenaga pengajar, ibu bapa serta para graduan.

Semoga para graduan terus istiqamah memelihara hafazan, mengejar kecemerlangan dan menjadi generasi huffaz profesional yang membawa manfaat kepada ummah.

Transformasi Asnaf Melalui Zakat





ππ„π‘π’πŽπ€π‹π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 π™π€πŠπ€π“ : π’πˆπ‘πˆ πŸ–Siri 8: Zakat PendapatanSaya menetap di Kedah dan bekerja di Pulau Pinang, di negeri man...
07/08/2026

ππ„π‘π’πŽπ€π‹π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 π™π€πŠπ€π“ : π’πˆπ‘πˆ πŸ–

Siri 8: Zakat Pendapatan
Saya menetap di Kedah dan bekerja di Pulau Pinang, di negeri manakah saya perlu tunaikan zakat pendapatan ?

Ikuti segmen ini untuk mendapatkan pelbagai informasi dan pencerahan berkaitan zakat agar setiap ibadah yang dilaksanakan menepati tuntutan syarak.

Tunaikan zakat anda secara dalam talian melalui:
www.zakat.mainpp.gov.my

Transformasi Asnaf Melalui Zakat





Address

No. 4 Jalan Perda Selatan, Bandar Perda
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045498088

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang - Zakat Mainpp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang - Zakat Mainpp:

Shortcuts

Share