BSJKD Seberang Perai Tengah

BSJKD Seberang Perai Tengah 𝐁𝐄 π’πŒπ€π‘π“, π’π“π€π˜ 𝐀𝐋𝐄𝐑𝐓. 𝐁𝐄𝐖𝐀𝐑𝐄 πŽπ… π’π‚π€πŒπŒπ„π‘π’β€ΌοΈ

Jangan mudah terpedaya! 🚨Penipuan yang mendorong seseorang menyerahkan harta boleh menjadi kesalahan TIPU di bawah Seksy...
21/08/2026

Jangan mudah terpedaya! 🚨

Penipuan yang mendorong seseorang menyerahkan harta boleh menjadi kesalahan TIPU di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Kenali modus operandi, semak sebelum membuat transaksi dan laporkan jika mencurigakan.

⚠️ WASPADA e-AHLONG!Jangan sewenang-wenangnya beri kebenaran aplikasi pinjaman wang mengakses lokasi, gambar, video, aud...
20/08/2026

⚠️ WASPADA e-AHLONG!

Jangan sewenang-wenangnya beri kebenaran aplikasi pinjaman wang mengakses lokasi, gambar, video, audio dan kontak telefon anda. Data peribadi boleh disalahgunakan untuk mengugut dan mengganggu mangsa.

Semak dahulu sebelum terlambat. Jangan jadi mangsa!

⚠️ AMARAN SCAM CALL: WASPADA PENYAMARAN PEGAWAI CYBERSECURITY MALAYSIA ⚠️Sila berhati-hati! CyberSecurity Malaysia TIDAK...
14/08/2026

⚠️ AMARAN SCAM CALL: WASPADA PENYAMARAN PEGAWAI CYBERSECURITY MALAYSIA ⚠️

Sila berhati-hati!

CyberSecurity Malaysia TIDAK PERNAH membuat panggilan telefon, menghantar SMS, WhatsApp, mesej media sosial, atau emel seperti yang didakwa oleh mana-mana pihak.

Jika anda menerima panggilan atau mesej mencurigakan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai CyberSecurity Malaysia:
1️⃣ Jangan layan & jangan berikan sebarang maklumat peribadi/perbankan.
2️⃣ Laporkan segera ke βœ‰οΈ [email protected]
Sila kongsikan maklumat ini untuk melindungi ahli keluarga dan rakan-rakan anda! πŸ”

Sumber : Kementerian Digital

Fikir dulu, baru checkout! πŸ›’πŸ”Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menarik di internet. Pastikan beli melalui platform r...
13/08/2026

Fikir dulu, baru checkout! πŸ›’πŸ”

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menarik di internet. Pastikan beli melalui platform rasmi, semak seller dan jangan klik pautan atau muat turun APK yang mencurigakan.

Beli dengan bijak, selamat setiap masa! ❀️

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

07/08/2026

🎁 CABUTAN BERTUAH ATAU JERAT SCAM? 🎁

Tahukah anda? Tiada hadiah yang perlu ditebus dengan membuat bayaran terlebih dahulu.

Scammer sering memperdaya mangsa dengan menawarkan hadiah lumayan seperti wang tunai, telefon pintar, kereta atau percutian percuma. Mangsa kemudian diminta membuat bayaran kononnya bagi tujuan cukai, yuran pemprosesan atau kos penghantaran.

⚠️ Ingat!
❌ Jangan mudah percaya dengan tawaran hadiah yang terlalu lumayan.
❌ Jangan membuat sebarang bayaran untuk menuntut hadiah.
❌ Semak kesahihan penganjur sebelum memberikan maklumat peribadi atau membuat transaksi.

πŸ“’ JOM HADIR KE PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN IPD SEBERANG PERAI TENGAH BERSAMA MASYARAKAT

Orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan jenayah komersial, menyampaikan aduan, berkongsi pandangan serta berinteraksi secara langsung dengan pegawai-pegawai PDRM.

πŸ—“ Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 malam
πŸ“ Tempat: Night Market, Auto-City, Juru

Bersama kita tingkatkan kesedaran, cegah jenayah komersial dan lindungi diri daripada menjadi mangsa scam.






















⚠️ JANGAN JADI MANGSA SCAM BIL ELEKTRIK TNB! ⚑️Scammer kini menggunakan pelbagai taktik seperti diskaun bil palsu, penya...
07/08/2026

⚠️ JANGAN JADI MANGSA SCAM BIL ELEKTRIK TNB! ⚑️

Scammer kini menggunakan pelbagai taktik seperti diskaun bil palsu, penyamaran sebagai pekerja TNB dan pautan laman web palsu (phishing) untuk memperdaya mangsa.

🚨 Jangan mudah percaya jika:
❌ Diminta membuat bayaran tunai atau memindahkan wang ke akaun pihak ketiga.
❌ Menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali dan diminta meneruskan panggilan ke pihak lain.
❌ Ditawarkan promosi atau hadiah lumayan yang mencurigakan.

βœ… Gunakan saluran pembayaran rasmi.
βœ… Jangan berikan maklumat peribadi, perbankan atau nombor kad kredit kepada pihak tidak dikenali.
βœ… Semak nombor telefon dan akaun mencurigakan melalui portal Semak Mule PDRM.

πŸ“ž Jika anda menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan penipuan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di 997 dengan segera.

Jangan tunggu sehingga menjadi mangsa. Kenali taktik scam, lindungi diri dan sebarkan kesedaran!

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

05/08/2026

🚨 KENA SCAM? JANGAN PANIK, BERTINDAK SEGERA! 🚨

Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan dalam talian atau telah membuat transaksi kepada scammer, segera hubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.

⏰ Masa adalah sangat penting. Tindakan pantas dapat membantu meningkatkan peluang untuk mengesan serta menyekat aliran wang daripada terus dipindahkan.

πŸ“ž Ingat! Kena scam? Hubungi 997 dengan segera.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“’ JOM HADIR KE PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN IPD SEBERANG PERAI TENGAH BERSAMA MASYARAKAT

Orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat keselamatan, menyampaikan aduan, pandangan serta berinteraksi secara langsung dengan pegawai-pegawai PDRM.

πŸ—“ Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 malam
πŸ“ Tempat: Night Market, Auto-City, Juru

Ayuh hadir beramai-ramai. Bersama kita meningkatkan kesedaran, memperkukuhkan hubungan PDRM bersama masyarakat serta bersama-sama membanteras jenayah komersial.

#997

πŸ“’ JEMPUTAN KEPADA SELURUH KOMUNITI & MASYARAKATAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Orang ramai dijemput hadir ke Program...
05/08/2026

πŸ“’ JEMPUTAN KEPADA SELURUH KOMUNITI & MASYARAKAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Orang ramai dijemput hadir ke Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Seberang Perai Tengah Bersama Masyarakat bagi mendapatkan khidmat nasihat keselamatan, menyampaikan aduan, pandangan serta berinteraksi secara langsung dengan pegawai-pegawai PDRM.

πŸ—“ Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 Malam
πŸ“ Tempat: Night Market , Auto City

Turut disediakan:

* Pameran Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
* Pameran AMANITA
* Pameran Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK)
* Kaunter Volunteer Smartphone Patrol (VSP)
* Khidmat nasihat keselamatan dan pencegahan jenayah
* Sesi dialog bersama pihak PDRM

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan.
Marilah bersama-sama memperkukuh kerjasama antara Polis dan Masyarakat demi mewujudkan komuniti yang lebih selamat, harmoni dan sejahtera.

β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

*Bahagian Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti , IPD Seberang Perai Tengah*

🚨 AWAS! KES PECAH AMANAH MELIBATKAN EJEN INSURANS 🚨Jangan terlalu mudah percaya dan serahkan urusan kewangan kepada indi...
31/07/2026

🚨 AWAS! KES PECAH AMANAH MELIBATKAN EJEN INSURANS 🚨

Jangan terlalu mudah percaya dan serahkan urusan kewangan kepada individu yang tidak disahkan.

⚠️ Sentiasa berwaspada dan ambil langkah pencegahan:
βœ… Pastikan bayaran dibuat terus kepada syarikat insurans yang sah dan bukan ke akaun peribadi ejen atau staf.
βœ… Semak dan sahkan maklumat ejen dengan pihak syarikat insurans.
βœ… Simpan semua resit, dokumen dan bukti pembayaran.
βœ… Semak status polisi secara berkala bagi memastikan polisi masih aktif dan tidak lapse.
βœ… Jangan abaikan sebarang notis atau makluman berkaitan polisi insurans anda.

πŸ’‘ Ingat! Jangan hanya percaya β€” SEMAK DAHULU.
Satu langkah berjaga-jaga hari ini boleh mengelakkan kerugian besar pada masa hadapan.

Jika anda menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan jenayah komersil, segera laporkan kepada pihak berkuasa.

πŸ“ž NSRC: 997
🌐 Semak Mule: semakmule.rmp.gov.my

Lindungi diri. Lindungi keluarga. Jangan beri peluang kepada penjenayah komersil.

Sumber : JSJK Bukit Aman

🚨 JANGAN PANIK, JANGAN MALU β€” KENA SCAM? BERTINDAK SEGERA! 🚨Penipuan dalam talian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. J...
21/07/2026

🚨 JANGAN PANIK, JANGAN MALU β€” KENA SCAM? BERTINDAK SEGERA! 🚨

Penipuan dalam talian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika anda atau orang terdekat menjadi mangsa scam, jangan tunggu dan jangan panik! β›”

πŸ“ž Hubungi NSRC di talian 997 dengan segera untuk mendapatkan bantuan dan membuat tindakan susulan.

βœ… Hubungi bank anda dengan segera dan cuba sekat akaun/transaksi yang terlibat.
βœ… Buat laporan polis dengan segera.
βœ… Simpan semua bukti seperti resit transaksi, nombor telefon, mesej WhatsApp dan tangkap layar.
βœ… Semak transaksi bank dan pantau sebarang aktiviti mencurigakan.
❌ Jangan berikan maklumat perbankan, kata laluan atau OTP kepada sesiapa.
❌ Jangan mudah percaya dengan tawaran yang terlalu baik untuk menjadi kenyataan.

⏰ INGAT! Lebih cepat anda bertindak, lebih tinggi peluang untuk menyelamatkan wang anda.

πŸ“’ Kongsi maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Satu perkongsian anda mungkin dapat menyelamatkan orang lain daripada menjadi mangsa scam.



Sumber : JSJK PDRM

Address

BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL, IPD SEBERANG PERAI TENGAH
Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSJKD Seberang Perai Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share