Keadilan Cabang Batu Kawan

Keadilan Cabang Batu Kawan Lawan tetap lawan.. Lawan sampai Menang!!!

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ• ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š Parti KEADILAN Rakyat ๐ŸŽ‰KEADILAN Cabang Batu Kawan merakamkan setinggi-tinggi penghargaa...
04/04/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ• ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š Parti KEADILAN Rakyat ๐ŸŽ‰

KEADILAN Cabang Batu Kawan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pimpinan, anggota dan penyokong yang terus istiqamah memperjuangkan agenda reformasi demi rakyat.

Dari dahulu hingga kini, perjuangan ini tidak pernah terhenti. Dengan semangat kebersamaan dan tekad yang utuh, kita akan terus memperkukuh gerak kerja di akar umbi, mendekati masyarakat serta memastikan suara rakyat sentiasa diutamakan.

Semoga ulang tahun ini menjadi titik kekuatan untuk kita terus melangkah lebih jauh, membawa harapan dan perubahan yang lebih bermakna buat semua.


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ๐ŸŒ™โœจSemoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan, kebahagiaan serta mengera...
21/03/2026

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ๐ŸŒ™โœจ

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua tanpa mengira latar belakang.

Berhati-hati di jalan raya, pandu cermat dan sampai selamat ke destinasi masing-masing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! ๐Ÿ•Œ



Sekalung Tahniah YB Goh Choon Aik atas pelantikan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang! ๐ŸŽ‰Seluruh pimpinan dan anggo...
04/03/2026

Sekalung Tahniah YB Goh Choon Aik atas pelantikan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang! ๐ŸŽ‰

Seluruh pimpinan dan anggota KEADILAN Cabang Batu Kawan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas kepercayaan dan amanah yang diberikan.

Kami percaya pelantikan ini adalah pengiktirafan terhadap komitmen berterusan YB dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta memperkukuh agenda reformasi. Semoga terus diberi kekuatan, kebijaksanaan dan iltizam untuk membawa suara rakyat ke peringkat yang lebih tinggi demi kemajuan Pulau Pinang.

KEADILAN Cabang Batu Kawan berdiri teguh bersama YB dalam merealisasikan aspirasi rakyat.

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Batu Kawan bagi Tahun 2026
25/02/2026

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Batu Kawan bagi Tahun 2026

Semoga bulan penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keinsafan dan kekuatan kepada kita semua.Marilah kita memperbanyak...
18/02/2026

Semoga bulan penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keinsafan dan kekuatan kepada kita semua.

Marilah kita memperbanyakkan amal, mengeratkan silaturahim dan terus menyemai nilai kebersamaan dalam komuniti.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa ๐ŸŒ™

KEADILAN Cabang Batu Kawan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datoโ€™ Dr. Mohamad Abdul Hamid atas ...
26/01/2026

KEADILAN Cabang Batu Kawan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datoโ€™ Dr. Mohamad Abdul Hamid atas pelantikan beliau sebagai Ex-Officio Biro Politik KEADILAN.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan bermakna terhadap dedikasi dan kepimpinan beliau dalam memperkasakan agenda reformasi serta memperkukuh struktur parti.

Semoga amanah yang digalas ini dapat dilaksanakan dengan penuh cemerlang demi masa depan Malaysia Madani yang lebih gemilang.

KEADILAN Batu Kawan merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga Allahyarham Sdr. Hasbul Syafiqi (Black) se...
09/12/2025

KEADILAN Batu Kawan merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga Allahyarham Sdr. Hasbul Syafiqi (Black) serta seluruh keluarga besar KEADILAN Pulau Pinang.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua. Arwah dikenang sebagai seorang sahabat yang baik, seorang pejuang parti yang setia serta seorang yang sentiasa berada di hadapan dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Marilah kita bersama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah sebagai tanda kasih dan doa buat Allahyarham.

Al-Fatihah.
KEADILAN Cabang Batu Kawan

Throwback Mesyuarat Cabang Batu Kawan Bil 6/2025 pada 27 Oktober 2025
19/11/2025

Throwback Mesyuarat Cabang Batu Kawan Bil 6/2025 pada 27 Oktober 2025

KENYATAAN MEDIAKEADILAN CABANG BATU KAWAN MENGECAM TINDAKAN ISRAEL MENGHALANG MISI GLOBAL SUMUD FLOTILLAKeadilan Cabang ...
02/10/2025

KENYATAAN MEDIA
KEADILAN CABANG BATU KAWAN MENGECAM TINDAKAN ISRAEL MENGHALANG MISI GLOBAL SUMUD FLOTILLA

Keadilan Cabang Batu Kawan mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab rejim Israel yang telah menahan rakyat Malaysia bersama sukarelawan antarabangsa lain dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.

Perbuatan menghalang kapal kemanusiaan di perairan antarabangsa bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, malah ia adalah satu bentuk kezaliman yang menafikan hak asasi rakyat Palestin untuk hidup dengan maruah. Israel cuba menjustifikasikan tindakan ini atas alasan โ€œkeselamatanโ€, sedangkan hakikatnya mereka sedang memperkukuh sekatan tidak berperikemanusiaan yang telah memenjarakan jutaan penduduk Gaza selama puluhan tahun.

Lebih menjijikkan, Israel mendakwa bantuan hanya boleh disalurkan melalui mereka. Kenyataan ini adalah helah untuk mengekalkan kawalan sepenuhnya ke atas kehidupan rakyat Palestin, di mana satu bentuk penjajahan moden yang menghina nilai kemanusiaan sejagat.

Keadilan Cabang Batu Kawan berdiri teguh bersama rakyat Malaysia yang berani menyertai misi ini. Mereka bukan sahaja membawa bantuan tetapi juga membawa mesej kemanusiaan bahawa dunia tidak boleh terus membisu melihat penderitaan rakyat Palestin.

Kami menyeru kerajaan Malaysia untuk terus menggunakan semua saluran diplomatik dan undang-undang antarabangsa bagi membela nasib sukarelawan yang ditahan, serta memastikan isu ini diketengahkan di pentas dunia. Misi kemanusiaan ini bukan sekadar isu dua negara tetapi isu kemanusiaan global yang menuntut solidariti sejagat.

Keadilan Cabang Batu Kawan menegaskan bahawa kebebasan, keadilan dan kemanusiaan tidak boleh dikompromi. Tindakan Israel adalah simbol keangkuhan kuasa besar, tetapi suara rakyat dunia harus menjadi perisai kepada mereka yang ditindas.

KEADILAN CABANG BATU KAWAN
2 Oktober 2025

Address

Bukit Kecil Juru Mukim12
Bukit Mertajam
14100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Cabang Batu Kawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share