JKR Seberang Perai Tengah

JKR Seberang Perai Tengah Jabatan Kerja Raya,
Seberang Perai Tengah

01/09/2026

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN DI SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

πŸ“… *24 Ogos 2026*
πŸ“ *SMK Tinggi Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang*

JKR Daerah Seberang Perai Tengah telah bersama-sama menjayakan *Majlis Penyerahan Projek Pembaikan dan Penyelenggaraan Bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam*, yang telah disempurnakan oleh *Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang* selaku wakil Kementerian Pendidikan Malaysia.

Projek ini melibatkan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bagi meningkatkan tahap *keselamatan, kefungsian dan keselesaan fasiliti sekolah*, di samping memastikan karakter serta nilai warisan bangunan sekolah yang bersejarah ini terus dipelihara untuk kegunaan generasi akan datang.

Majlis penyerahan ini menandakan penyempurnaan satu lagi amanah melalui kerjasama erat antara *Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya dan pihak sekolah*, serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pelaksanaan projek.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan sehingga projek ini berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pihak pelanggan.

Semoga kemudahan yang telah ditambah baik ini dapat dimanfaatkan dan dipelihara dengan sebaiknya, seterusnya menyediakan persekitaran pendidikan yang *selamat, selesa dan kondusif* buat seluruh warga SMK Tinggi Bukit Mertajam.

*Membina dan memelihara infrastruktur, demi keselesaan hari ini dan generasi masa hadapan. πŸ‡²πŸ‡Ύ*








*SESI AUDIT NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN JKR DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH*πŸ“… 24 – 28 Ogos 2026JKR Daerah Seberang ...
31/08/2026

*SESI AUDIT NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN JKR DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH*

πŸ“… 24 – 28 Ogos 2026

JKR Daerah Seberang Perai Tengah telah menjalani *Sesi Audit Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan* yang melibatkan semakan terhadap empat (4) komponen utama iaitu *Aset, Belanja, Hasil dan Liabiliti*.

Sesi naziran ini dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan terhadap tatacara dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa, di samping memastikan pengurusan rekod, dokumentasi serta proses perakaunan dilaksanakan secara *teratur, tepat, telus dan berintegriti*.

Sepanjang sesi berlangsung, semakan dokumen, perkongsian pandangan serta teguran dan cadangan penambahbaikan telah diberikan sebagai panduan dalam memperkukuh lagi tadbir urus kewangan dan perakaunan di peringkat jabatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada *pasukan Audit Naziran* atas segala panduan, teguran membina dan perkongsian ilmu sepanjang sesi berlangsung. Penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga *JKR Daerah Seberang Perai Tengah* atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan sesi ini.

Semoga hasil naziran ini menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan serta memperkukuh budaya kerja yang *akauntabel, berintegriti dan mematuhi tatacara yang ditetapkan*.

*”Audit bukan sekadar semakan, tetapi ruang untuk kita menambah baik dan memperkukuh tadbir urus.”*









MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA(SELORONG SECARA BERPERINGKAT)DI FT001 SEKSYEN 753.00-754.00JALAN IPOH-BUTTERWORTHDAERAH SEB...
27/08/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA
(SELORONG SECARA BERPERINGKAT)
DI FT001 SEKSYEN 753.00-754.00
JALAN IPOH-BUTTERWORTH
DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa sebahagian jalan sedia ada di Jalan Ipoh – Butterworth akan ditutup satu (1) lorong secara berperingkat pada:

28 OGOS 2026 (Jumaat) – 15 OKTOBER 2026 (Khamis)

Penutupan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan jalan yang akan dijalankan oleh pihak konsesi THB Maintenance Sdn. Bhd.

Sepanjang tempoh penutupan, perkara berikut akan dilaksanakan:
β€’ Papan tanda keselamatan dan pemberitahuan kawalan lalu lintas akan dipasang di lokasi kerja.
β€’ Lakaran peta laluan disertakan bagi menunjukkan kawasan yang terlibat dengan penutupan.
β€’ Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya diminta memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang disediakan demi keselamatan dan kelancaran lalu lintas.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

πŸ“ž JKR Daerah Seberang Perai Tengah
Tel: 04-5306421

20/07/2026
LAWATAN TAPAK BAGI PENENTUAN HAD SEMPADAN PENYELENGGARAAN ANTARA JALAN JKR, LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA & LEBUHRAYA LINGK...
20/07/2026

LAWATAN TAPAK BAGI PENENTUAN HAD SEMPADAN PENYELENGGARAAN ANTARA JALAN JKR, LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA & LEBUHRAYA LINGKARAN LUAR BUTTERWORTH (20-07-2026)

Lawatan dan perbincangan diketuai oleh Jurutera Bahagian Jalan Ir. Tanagaraj A/l Nagalinggam, Penolong Jurutera Kanan Bahagian Jalan; En. Amaludin Bin Jusoh serta beberapa orang Pegawai Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM Utara) & Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB @ BORR).

Lawatan tapak ini diadakan bagi penentuan had sempadan penyelenggaraan antara Jalan JKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) bertujuan untuk menyelesaikan pertindihan bidang kuasa dan menetapkan zon tanggungjawab penyelenggaraan infrastruktur jalan yang jelas.

Prosedur ini penting bagi memastikan aset jalan raya disenggara dengan cekap, mengelakkan kekeliruan isu liabiliti, serta menjamin keselamatan pengguna di kawasan persimpangan atau Laluan bertingkat yang menghubungkan ketiga-tiga entiti tersebut.

Fokus Utama Lawatan Tapak adalah Penetapan Garis Sempadan Fizikal: Menentukan titik mula dan titik akhir zon selenggara bagi struktur turapan jalan (pavement), bahu jalan, dan pembahagi jalan.

Pengurusan Persimpangan Bertingkat (Interchange): Mengklasifikasikan komponen jejambat (flyover) dan jalan susur bawah mengikut agensi yang bertanggungjawab.




PELAKSANAAN AUDIT SILANG SEBELUM MENGHADAPI AUDIT DALAM SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH (SPAR) OLEH KEMENTERIAN KERJA RAYA...
16/07/2026

PELAKSANAAN AUDIT SILANG SEBELUM MENGHADAPI AUDIT DALAM SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH (SPAR) OLEH KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA DI JKR SEBERANG PERAI TENGAH
(16 JULAI 2026)

Pelaksanaan audit silang sebelum audit dalaman Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) di JKR Seberang Perai Tengah diuruskan melalui mekanisme pemantauan kendiri dan penilaian pematuhan kementerian. Ia dijalankan bagi memastikan pengurusan projek dan integriti mematuhi piawaian ISO 37001:2016 sebelum diaudit sepenuhnya oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

Majlis dipengerusikan Oleh Tuan Ir. Mohammad Arif Bin Abdullah (Jurutera Daerah JKR SPT)

Juruaudit oleh Puan Ir. Ts. Samsiah Binti Muhammad (Jurutera Bahagian Rekabentuk dan Struktur - AJK INDUK SPAR)

Turut Dihadiri Tuan Ir. Tanagaraj A/l Nagalinggam (Jurutera Bahagian Jalan), Puan Siti Zahirah Binti Haron (Jurutera Bahagian Bangunan), Puan Noorain Binti Abd Hamid (Ketua Kerani Bahagian Pentadbiran) , Pegawai - Pegawai Ukur Bahan, Jalan & Bangunan.




Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.JKR Daerah Seberang Perai Tengah sedang melaksanakan Kajian...
03/07/2026

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

JKR Daerah Seberang Perai Tengah sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan (CSI) Fasa Ke-2 Tahun 2026 secara dalam talian bagi mendapatkan maklum balas terhadap kerja-kerja penyelenggaraan yang telah disiapkan sepenuhnya pada tahun 2025.

Sehubungan itu, sukacita dipohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mengisi soal selidik dan menilai tahap kebolehkhidmatan serta kualiti jalan melalui pautan berikut:
πŸ‘‰ https://forms.gle/bwbfggzRG2cF6oxy9

Pihak tuan/puan dimohon membuat penilaian berdasarkan kerja yang telah dilaksanakan pada tahun 2025. Penilaian ini tidak mencerminkan prestasi keseluruhan Jalan Persekutuan kerana ia hanya melibatkan kerja berkala pavemen yang tertakluk kepada kontrak dan peruntukan semasa.

Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

_Jalan rata memudahkan perjalanan,_
_Selamat tiba ke destinasi impian;_
_Luangkan masa beri penilaian,_
_Pandangan tuan/puan jadi keutamaan._

Sekian, terima kasih.

Jurutera Daerah
JKR Daerah Seberang Perai Tengah

Kajian ini adalah kajian bagi mendapatkan maklumbalas kepuasan pelanggan bagi penyelenggaraan jalan persekutuan yang telah dilaksanakan pada tahun 2025. Objektif kajian ini adalah untuk menilai prestasi jabatan ini dan status tahap perkhidmatan penyelenggaraan jalan persekutuan yang memuaskan selara...

2-3 Julai 2026 - Satu lawatan teknikal melibatkan delegasi daripada Bahagian Bangunan JKR Daerah SPT bersama-sama wakil ...
03/07/2026

2-3 Julai 2026 - Satu lawatan teknikal melibatkan delegasi daripada Bahagian Bangunan JKR Daerah SPT bersama-sama wakil daripada Bahagian Arkitek JKR Pulau Pinang telah dilaksanakan. Lawatan ini merangkumi rujukan tapak ke tiga buah fasiliti industri iaitu
1. Kilang Alam-Con di Ipoh, Perak (kilang pembuatan bata ringan konkrit bertulang/AAC),
2. ⁠Kilang Kubah Alfi di Sabak Bernam (kilang pembuatan struktur kubah masjid),
3. ⁠Kilang Cetakan Art Dragon (Art Dragon Signs di Sabak Bernam (kilang promeninjau proses Cetakan kemasan grafik pada kubah).

Objektif utama lawatan ini adalah untuk melihat secara dekat kaedah pemprosesan serta kawalan kualiti bahan binaan yang akan diguna pakai dalam pelaksanaan projek-projek bangunan di JKR Daerah SPT.

Selain itu, sesi perkongsian teknikal turut memberi peluang kepada warga Bahagian Bangunan JKR Daerah SPT untuk memahami pendekatan operasi, kawalan kualiti syarikat dalam memastikan tahap fabrikasi bahan berada pada standard yang ditetapkan.

JKR Daerah SPT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kilang Alam-Con, Kilang Kubah Alfi & Kilang Cetakan Art Dragon atas kesudian menerima kunjungan delegasi Bahagian Bangunan,JKR Daerah SPT serta perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang lawatan berlangsung.

Lawatan ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada warga JKR melalui perkongsian ilmu, pengalaman serta pendedahan terhadap teknologi dan pendekatan semasa dalam bidang pembinaan.


MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JAMBATAN SUNGAI DERHAKA(PENUTUPAN PENUH KAWASAN JAMBATAN)DI FT3111 SEKSYEN 2.90JALAN PERMAT...
03/07/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JAMBATAN SUNGAI DERHAKA
(PENUTUPAN PENUH KAWASAN JAMBATAN)
DI FT3111 SEKSYEN 2.90
JALAN PERMATANG PAUH
DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa Jambatan Sungai Derhaka di Jalan Permatang Pauh akan ditutup semua lorong pada:

10 JULAI 2026 (JUMAAT 10.00 mlm) – 13 JULAI 2026 (ISNIN 5.00 pg)

Penutupan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jambatan yang akan dijalankan oleh pihak JKR Daerah Seberang Perai Tengah dan konsesi THB Maintenance Sdn. Bhd.

Sepanjang tempoh penutupan, perkara berikut akan dilaksanakan:
β€’ Papan tanda keselamatan dan pemberitahuan kawalan lalu lintas akan dipasang di lokasi kerja.
β€’ Lakaran peta laluan disertakan bagi menunjukkan kawasan yang terlibat dengan penutupan.
β€’ Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya diminta memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang disediakan demi keselamatan dan kelancaran lalu lintas.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

πŸ“ž JKR Daerah Seberang Perai Tengah
Tel: 04-5306421

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA(SELORONG SECARA BERPERINGKAT)DI FT001 SEKSYEN 751.00JALAN IPOH-BUTTERWORTHDAERAH SEBERANG P...
13/05/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA
(SELORONG SECARA BERPERINGKAT)
DI FT001 SEKSYEN 751.00
JALAN IPOH-BUTTERWORTH
DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa sebahagian jalan sedia ada di Jalan Ipoh – Butterworth akan ditutup satu (1) lorong secara berperingkat pada:

13 MEI 2026 (RABU) – 15 OGOS 2026 (SABTU)
10.00 am – 5.00 pm (Kerja Berkaitan)
9.00 pm – 6.00 am (Kerja Median Konkrit)

Penutupan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan jalan yang akan dijalankan oleh pihak konsesi THB Maintenance Sdn. Bhd.

Sepanjang tempoh penutupan, perkara berikut akan dilaksanakan:
β€’ Papan tanda keselamatan dan pemberitahuan kawalan lalu lintas akan dipasang di lokasi kerja.
β€’ Lakaran peta laluan disertakan bagi menunjukkan kawasan yang terlibat dengan penutupan.
β€’ Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya diminta memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang disediakan demi keselamatan dan kelancaran lalu lintas.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

πŸ“ž JKR Daerah Seberang Perai Tengah
Tel: 04-5306421

Address

JKR Seberang Perai Tengah, Jalan Betek, Sungai Rambai
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045306421

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Seberang Perai Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share