19/03/2026
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Salam Sejahtera
Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Cawangan Pulau Pinang menyerahkan sumbangan 11 hamper kepada Petugas-petugas Polis Bantuan bertugas pada 1 Syawal 1447H ini.
Sehubungan itu, hasil Penjualan sampul duit raya KKUUiTMCPP sebanyak RM800.00 digunakan untuk Program Bubur Lambuk yang diedarkan kepada warga UiTMCPP sempena bulan ramadan ini.
Selain itu, penyerahan sumbangan kepada dua orang ahli KKUUiTMCPP yang terlibat kemalangan jalanraya dan masalah kesihatan. Hasil sumbangan ini adalah kutipan melalui tabung yang diletakan setiap tempat di dalam kampus. Staf tersebut adalah :
i) Encik Mohammad Taufiq Marzuki (Penolong Jurutera) - Sumbangan sebanyak RM1,300.00
ii) Encik Mohamad Faiza Zakaria (Kerani Kanan) - Sumbangan sebanyak RM1,700.00
Penyerahan ini disampaikan oleh YBhg. Prof, Dato' Ir Dr Haji Ahmad Rashidy Bin Razali Rektor UiTMCPP.
Semoga dengan sumbangan ini dapatlah memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.