22/10/2025
Kebiasaan parlimen-parlimen dan dewan perwakilan di negara lain adalah pembentangan, perbincangan dan perdebatan dasar-dasar yang dipelopori oleh parti masing-masing bagi mendapatkan sokongan dan undi untuk dijadikan undang-undang ataupun dasar untuk negara.
Akan tetapi, sudah enam dekad @ 60 tahun lamanya Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Malaysia kita ini digerakkan seperti rubber-stamp sahaja. "Thanks to Tun Dr M and Barisan Nasional" ketika itu.
Untuk merombak semula budaya parlimen rubber-stamp itu untuk dijadikan pentas dasar ini akan mengambil masa.
Berkenaan dengan perilaku ahli-ahli parlimen (MP) kita yang seringkali kita saksikan, maki hamun, mencaci, teriak meneriak, keluar p**a kata-kata kesat dan sebagainya, hakikatnya ramai YB yang terpilih dalam PRU lalu adalah berdasarkan sokongan "akar umbi", latar keagamaan atau kaum mereka, bukannya kerana mereka ini berkelayakan tinggi, berkebolehan dan sebagainya.
Jadi, apa yang kita saksikan pada hari ini, ada juga para YB yang hanya berpendidikan SPM dan SRP saja, malah ada segelintir juga sekadar SAP saja.
Oleh itu, mentaliti dan kebijaksanaan para pengundi itu kadang kala bermasalah juga, kerana undi para penyokong inilah mereka dapat terus jadi YB. Bila dalam dewan, adakah para YB ini akan membuahkan suatu penghasilan yang berkualiti, hah itulah yang menjadi masalah.
Mereka dilihat lebih menonjol seperti "warlord" daripada membawa lebih bermakna sebagai seorang MP yang berkaliber dan berkebolehan serta berkualiti.
Oleh kerana kekangan budaya enam dekad yang lalu, perubahan ini akan mengambil masa, untuk melihat suasana di parlimen yang lebih matang itu adalah impian kita semua, dan apabila berlaku peralihan zaman nanti, kita berdoa akan ada MP yang baru yang lebih berkebolehan terpilih nanti.
Kita banyak tengok mereka lebih banyak bertengkar, menjerit perkataan-perkataan kesat dan menghina.