Kolej Komuniti Bukit Mertajam

Kolej Komuniti Bukit Mertajam https://bio.link/kolejkomunitibm Kolej Komuniti Bukit Mertajam menawarkan Kursus Sijil Fesyen Dan Pakaian.

Kolej Komuniti berperanan menjadi sebuah gedung ilmu yang memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

✨ Program Pembangunan Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti (atau Program Kemahiran Tahfiz dan Pondok PK...
12/06/2026

✨ Program Pembangunan Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti (atau Program Kemahiran Tahfiz dan Pondok PKTP) adalah inisiatif TVET jangka pendek yang menawarkan latihan kemahiran praktikal dan keusahawanan. Bertempat di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, seramai 20 orang pelajar tahfiz dari Mahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah telah selesai program bersama komuniti dengan perkongsian ilmu keusahawanan. Peserta didedahkan cara mendaftar perniagaan di platform Shopee & TikTok serta tips memulakan bisnes online dengan lebih mudah dan berkesan

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberi komitmen sepanjang program dijalankan 🀍
Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang menjana pendapatan πŸ’ͺ✨


PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2026: KURSUS PENGHASILAN CLUTCH BAGTarikh Kursus:β€’ 13 & 14 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)β€’ 20...
09/06/2026

PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2026: KURSUS PENGHASILAN CLUTCH BAG

Tarikh Kursus:
β€’ 13 & 14 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
β€’ 20 & 21 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
β€’ 27 Jun 2026 (Sabtu)

Masa:
8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat:
Kolej Komuniti Bukit Mertajam

Kemudahan Disediakan:
Bahan dan peralatan lengkap
Makan dan minum disediakan
Latihan praktikal secara hands-on

Syarat Penyertaan:
β€’ Warganegara Malaysia
β€’ Berumur 18 hingga 45 tahun
β€’ Komited menghadiri kursus selama 5 hari
β€’ Berminat atau ingin memulakan perniagaan
β€’ Keutamaan diberikan kepada peserta yang ingin menjana atau menambah pendapatan
β€’ Peserta wajib memberikan maklumat berkaitan peningkatan kemahiran dan janaan pendapatan selepas 3 bulan tamat kursus

Yuran Penyertaan adalah PERCUMA!
Namun, tapisan peserta akan dilakukan oleh pihak urus setia bagi memilih peserta yang layak berdasarkan syarat yang ditetapkan.
Hanya peserta yang terpilih akan dihubungi.
Tempat adalah terhad!

Jom daftar segera dan rebut peluang untuk menambah kemahiran serta menjana pendapatan!
Boleh scan qr code atau klik link di bawah untuk pendaftaran
https://forms.gle/aUimjymnpn4Fcok59

πŸ“’ PENGUMUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN AKHIR SESI II : 2025/2026Semakan keputusan Rasmi Peperiksaan Penila...
08/06/2026

πŸ“’ PENGUMUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN AKHIR SESI II : 2025/2026

Semakan keputusan Rasmi Peperiksaan Penilaian Akhir
Sesi II : 2025/2026 kepada semua pelajar Kolej Komuniti Bukit Mertajam boleh disemak hari ini, 08 Jun 2026 (Isnin), melalui pautan berikut :
🌐 https://app.mypolycc.edu.my/ccms/

Tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang. Bagi yang belum mencapai sasaran, teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan membuahkan kejayaan yang diimpikan.

🌟 Semoga terus maju dan berjaya!

Selamat Menjalani Sangkutan Industri 2026✨Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas kepada para pensyarah yang terpil...
08/06/2026

Selamat Menjalani Sangkutan Industri 2026✨

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas kepada para pensyarah yang terpilih untuk program sangkutan industri tahun 2026.

Semoga tempoh sangkutan ini menjadi platform terbaik untuk memperkasa kepakaran teknikal dan membawa pulang ilmu industri yang bernilai demi kecemerlangan graduan TVET.




Kursus Pendek Jahitan Jubah Lelaki Kursus Pendek Jahitan Jubah Lelaki telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seram...
06/06/2026

Kursus Pendek Jahitan Jubah Lelaki

Kursus Pendek Jahitan Jubah Lelaki telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 15 orang pelajar daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah.

Sepanjang kursus ini, para peserta didedahkan dengan asas serta teknik jahitan jubah lelaki, bermula daripada proses mengambil ukuran, memotong fabrik sehingga menghasilkan jubah yang kemas dan berkualiti.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi nilai tambah dalam kehidupan dan masa hadapan.

πŸ“ Program Sijil Fesyen dan Pakaian
🏫 Kolej Komuniti Bukit Mertajam




Selamat Maju JayaWarga Kolej Komuniti Bukit Mertajam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Ekhsan Hafidzah ...
05/06/2026

Selamat Maju Jaya

Warga Kolej Komuniti Bukit Mertajam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Ekhsan Hafidzah Bte Shuhaimi, Puan Nur Syuhaila Binti Ahmad dan Puan Zatil 'Ismah Binti Afandi atas khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di KKBM.

Semoga perpindahan ini membuka lembaran baharu yang lebih cemerlang dan membawa kejayaan yang berterusan dalam kerjaya serta kehidupan.

Terima kasih atas segala kenangan, kerjasama dan persahabatan yang terjalin. Semoga ukhwah yang terbina akan terus kekal meskipun dipisahkan oleh jarak dan tempat bertugas.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga kerja
Kolej Komuniti Bukit Mertajam ❀️

Tahniah dan shabas kepada Kolej Komuniti Bukit Mertajam telah berjaya meraih Penarafan 5 Bintang (100%) bagi Penarafan B...
04/06/2026

Tahniah dan shabas kepada Kolej Komuniti Bukit Mertajam telah berjaya meraih Penarafan 5 Bintang (100%) bagi Penarafan Bintang Kualiti Data MyMoheS (Pengurusan dan Penghantaran Data MyMoheS daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pencapaian cemerlang ini adalah hasil komitmen tinggi, kerja keras, dan kerjasama jitu daripada seluruh warga kolej dalam memastikan pengurusan data sentiasa berada pada tahap yang terbaik dan berkualiti tinggi.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus mengekalkan kecemerlangan pada masa hadapan!




PEMBUKAAN KAUNTER ZAKAT MAINPP DI KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAMAlhamdulillah, Program Pembukaan Kaunter Zakat oleh Zakat...
04/06/2026

PEMBUKAAN KAUNTER ZAKAT MAINPP DI KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM

Alhamdulillah, Program Pembukaan Kaunter Zakat oleh Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah berjaya dilaksanakan di Kolej Komuniti Bukit Mertajam bagi memudahkan warga kolej menunaikan kewajipan zakat melalui potongan gaji.

Program ini turut diserikan dengan sesi taklimat khas mengenai zakat yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Firdaous bin Saifuddin, Pengurus Zakat, Jabatan Bahagian Kutipan, Zakat MAINPP. Taklimat tersebut memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas berkaitan kepentingan zakat, kaedah pembayaran serta peranannya dalam menyalur dan membantu golongan yang memerlukan.

Pihak kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Zakat MAINPP atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan kesedaran warga kolej untuk terus menunaikan kewajipan zakat serta menyumbang kepada pembangunan ummah.





03/06/2026

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Tahun 2026

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Warga POLYCC





01/06/2026

Daulat Tuanku!

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Isnin, 1 Jun 2026 bersamaan dengan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada;
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC




Address

No 2, Jalan Koperasi, Tmn Koperasi Guru, Jln Tanah Liat
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6045378357

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share