Mentari Kota Kinabalu

Mentari Kota Kinabalu (PUSAT KESIHATAN MENTAL MASYARAKAT) Reducing stigma and discrimination around mental health. mengurangkan stigma dan diskriminasi. Saringan Kesihatan Mental
2.

MENTARI Kota Kinabalu merupakan pusat kesihatan mental masyarakat dibawah seliaan Hospital Psikiatri (Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu). perkhidmatan unit adalah berasaskan komuniti dalam meningkatkan kualiti kesihatan mental masyarakat. menyediakan program rehabilitasi berdasarkan bukti perubatan dan intervensi psikososial termasuk sokongan pekerjaan, kaunseling, psikoterapi, serta pend

idikan tentang masalah mental pelanggan dan keluarga.

----------------------------------------------------------------------------

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis :
8:00 pagi - 1:00 petang , 2:00 petang - 5:00 petang
1:00 petang - 2:00 petang (waktu rehat)

Jumaat:
8:00 pagi- 11.30 pagi , 2:00 petang - 5:00 petang
11.30 pagi - 2:00 petang (waktu rehat)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum:
Perkhidmatan Tutup

----------------------------------------------------------------------------
Fi Pembayaran:
Saringan Kesihatan Mental: Percuma

Sesi konsultasi: RM 5 setiap sesi

Percuma kepada pemegang kad OKU, penjawat awam dan warga emas.

----------------------------------------------------------------------------

Untuk mendapatkan temujanji di MENTARI Kota Kinabalu:

sila layari ke portal MENTARI Malaysia di http://mentari.moh.gov.my, buat UJIAN KENDIRI / SELF TEST - DASS-21 dan mohon temujanji secara atas talian.

----------------------------------------------------------------------------
Perkhidmatan :

1. Klinik Konsultasi
3.Promosi Kesihatan Mental *
4. Program Rehabilitasi*
5. Perkhidmatan Komuniti Psikiatri (untuk pesakit yang mendapat rawatan susulan di klinik pakar hospital mesra bukit padang)

_________________________________________________________________________
untuk makluman:

Mentari Kota Kinabalu hanya menerima pelanggan sekitar Kota Kinabalu (termasuklah Penampang, Putatan, Kinarut, Telipok, Sepanggar).

_________________________________________________________________________

Kes yang TIDAK DITERIMA :

1. Individu yang mengalami masalah akut dan memerlukan pengawasan ketat dan rawatan teliti 24 Jam.

2. Individu yang sangat agresif atau berisiko tinggi untuk mencederakan diri atau orang lain.

3. Individu yang mengalami dementia atau delirium.

4. Kes dalam siasatan polis dan mahkamah. kes-kes seperti berikut disarankan untuk mendapatkan perkhidmatan / rujukan ke klinik pakar psikiatri atau hospital terdekat.

______________________________________________________________________

Sebarang Pertanyaan, Sila hubungi kami:

088-240 984 ( Sambungan : 234 )

12/08/2026

โ˜€ Salam sejahtera daripada MENTARI Kota Kinabalu!

๐ŸŒฟ Pada 8 Ogos 2026, telah berlangsung Program Mamanau Tokou โ€“ Kesedaran Kesihatan Mental di Dewan Binsuaโ€™an Penapah Kondis, Sugud, Penampang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk perkongsian kesihatan mental, senamrobik, saringan kesihatan serta pertandingan mewarna. ๐Ÿ’š Terima kasih kepada JKKK Kampung Sugud atas jemputan dan sambutan yang diberikan, serta CIEC HMBP, Pejabat Kesihatan Penampang, Kelab Belia Sukan Kota Kinabalu dan Befrienders Sabah atas kerjasama dalam menjayakan program ini. ๐Ÿค

Together, we can make Sabah a better place.





10/08/2026

โ˜€ Salam sejahtera daripada MENTARI Kota Kinabalu!

๐ŸŒผ Sebagai sebahagian daripada aktiviti Job Club, peserta telah menyertai Flower Walk yang memberi peluang untuk berinteraksi dalam suasana santai sambil menikmati keindahan alam. Aktiviti ini bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi, malah menggalakkan komunikasi, interaksi sosial, kerja berpasukan serta membina keyakinan diri secara berperingkat. Kemahiran-kemahiran ini merupakan antara kemahiran yang penting dalam membina kesediaan dan pengekalan pekerjaan. ๐ŸŒฟ๐Ÿ’š

Together, we can make Sabah a better place. ๐Ÿค





โ˜€๏ธ Salam sejahtera dari MENTARI Kota Kinabalu!Mentari Kota Kinabalu akan mengadakan program kesedaran kesihatan mental m...
05/08/2026

โ˜€๏ธ Salam sejahtera dari MENTARI Kota Kinabalu!

Mentari Kota Kinabalu akan mengadakan program kesedaran kesihatan mental menerusi Program Jelajah "Mamanau Tokou" (Siri 2/2026).

Bah jom, warga Kampung Sugud dan kawasan sekitarnya! Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

๐Ÿฉบ Pemeriksaan Kesihatan

๐Ÿง˜โ€โ™€๏ธ Senamrobik

๐Ÿ—ฃ๏ธ Ceramah Kesihatan Mental

๐ŸŽช Booth Pameran

๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)

๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Binsua'an Penapah Kondis Sugud, Penampang

๐Ÿ“… Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)

โฐ Masa: 9:00 pagi โ€“ 12:00 tengah hari

Jumpa anda di sana! Jangan lepaskan peluang ini!

Link kehadiran program : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScC1AubauIOnc6fhgL9SvbtjrDkP1wxzTldHKAA0wRQM2p9qg/viewform?usp=dialog

Link Penyertaan Pertandingan Mewarna:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfR1gI0Ue6IPsCCDkjb-beXJzHVJciHOBBj1FiV9fu6Y7b6zA/viewform?usp=dialog


โญ๏ธSalam sejahtera dari MENTARI Kota Kinabalu!๐ŸŒฟ Pada 18 Julai 2026 bersamaan hari Sabtu, telah berlangsung acara STIGMA? ...
30/07/2026

โญ๏ธSalam sejahtera dari MENTARI Kota Kinabalu!

๐ŸŒฟ Pada 18 Julai 2026 bersamaan hari Sabtu, telah berlangsung acara STIGMA? WALK AWAY! FUN WALK (3km) SEMPENA BRAVE FEST (BUILDING RESILIENCE & AWARENESS VIA ENGAGEMENT): BREAK THE STIGMA TAHUN 2026 bertempat di Teluk Likas, Kota Kinabalu.
โฃ
๐Ÿ’š Program ini merupakan sebuah advokasi kesihatan mental interaktif dan dipacu oleh komuniti yang turut menggunakan penglibatan aktif bagi meruntuhkan stereotaip negatif serta memperkasakan individu khususnya dalam kesihatan mental.
โฃ
Seramai 430 orang peserta termasuk 43 AJK dan orang awam telah mengambil bahagian yang turut melibatkan jaringan kerjasama pelbagai agensi khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kolaborasi daripada UNIT MENTARI KOTA KINABALU (Hospital Mesra Bukit Padang), Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK), Befrienders Malaysia (NGO) dan YouthPrep serta rakan penaja, Garden Bakery, K2 Water dan Hello Sabah.
โฃ
Flag-Off untuk Program Fun Walk 3KM Sempena BRAVE FEST (Building Resilience & Awareness Via Engagement):Break The Stigma Tahun 2026 p**a telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Muhammad Bin Hj. Jikal yang turut disertai oleh Presiden Majlis Kebangsaan Befrienders Malaysia, Datuk Jessie Ting. Acara pada hari tersebut diakhiri dengan sesi bergambar beramai - ramai serta penyampaian hadiah pemenang Cabutan Bertuah yang ditaja oleh rakan-rakan penaja.
โฃ
๐Ÿค Jutaan terima kasih juga didedikasikan kepada semua yang terlibat termasuklah petugas Keselamatan (RELA) serta pengiring peserta, sepanjang program ini berlangsung.




!

โ˜€ Salam sejahtera daripada MENTARI Kota Kinabalu!โœจ Jom sertai kami! Tempat adalah terhad!
14/07/2026

โ˜€ Salam sejahtera daripada MENTARI Kota Kinabalu!

โœจ Jom sertai kami! Tempat adalah terhad!

๐Ÿง  JOM SERTAI SABAH MENTAL HEALTH CONVENTION 2026!

๐Ÿ“ข Pendaftaran kini dibuka!

Hospital Mesra Bukit Padang dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Psikiatri Sabah (PKPS) menjemput anda untuk menyertai Sabah Mental Health Convention 2026, sebuah persidangan yang menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang kesihatan mental untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan amalan terbaik.

โœจ Tema:
โ€œ*A Lifetime of Memories: Mental Health Across the Agesโ€*

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
โฑ๏ธ Masa : 8.00 pagi - 4.30 ptg
๐Ÿ“ Tempat: Auditorium, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara, Sabah
Tema : Kenangan sepanjang hayat: Kesihatan Mental Merentasi Peringkat Usia.

Antara topik menarik:
๐Ÿงฉ Autism Spectrum Disorder
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Parenting
โค๏ธ Childhood Trauma
๐ŸŽฎ Addiction in Youth
๐Ÿค– AI & Mental Health
๐Ÿง  Dementia

๐ŸŽค Barisan penceramah jemputan terdiri daripada pakar psikiatri, psikologi klinikal dan pakar pediatrik yang berpengalaman.

๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan: RM75 sahaja

โœ… Terbuka kepada:
* Profesional Kesihatan
* Pendidik
* Ibu bapa
* Pelajar
* Orang awam yang berminat

๐ŸŽ“ Sijil penyertaan disediakan
โ˜• Minum pagi & snek turut disediakan

Konvensyen ini turut menampilkan barisan penceramah yang terdiri daripada pakar psikiatri, psikologi klinikal dan pakar pediatrik yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua *profesional kesihatan, pendidik, ibu bapa dan orang awam* yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mengenai kesihatan mental.

๐Ÿ“Œ Tempat adalah terhad. Orang ramai disarankan untuk membuat pendaftaran awal dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster atau melalui link pendaftaran https://forms.gle/rMRwWCasg8VhYvgt5

๐Ÿ“ŒUntuk sebarang pertanyaan atau maklumbalas, peserta boleh berhubung melalui emel rasmi [email protected]

โ€œMarilah kita bersama-sama memperkukuh komitmen dalam meningkatkan literasi kesihatan mental serta membina masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan berdaya tahan. Penyertaan anda bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan profesional, malah menjadi sebahagian daripada usaha memperkasakan kesejahteraan mental untuk semua.โ€

13/07/2026

โ˜€ Salam sejahtera daripada MENTARI Kota Kinabalu!

๐ŸŒฟ Aktiviti Job Club merupakan salah satu pendekatan pemulihan yang dijalankan di MENTARI Kota Kinabalu bagi membantu klien membina kemahiran vokasional dan kemahiran hidup melalui aktiviti yang bermakna. Kali ini, para klien berpeluang menyediakan Cornflakes Madu bersama-sama. ๐Ÿฏ๐ŸŒฝ

๐Ÿ’š Selain mempelajari kemahiran penyediaan makanan, aktiviti ini turut membantu meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan interaksi sosial, menggalakkan kerjasama berpasukan, serta melatih kemahiran menyelesaikan masalah, memberi tumpuan dan mengikut arahan. Setiap pengalaman dan pencapaian kecil merupakan satu langkah penting dalam proses pemulihan ke arah kehidupan yang lebih berdikari.





โ˜€๏ธSalam sejahtera dari MENTARI Kota Kinabalu!๐ŸŒฟ Pada 29hb Jun - 2hb July 2026, telah berlangsung Kursus Asas Job Coach (T...
10/07/2026

โ˜€๏ธSalam sejahtera dari MENTARI Kota Kinabalu!

๐ŸŒฟ Pada 29hb Jun - 2hb July 2026, telah berlangsung Kursus Asas Job Coach (Terbuka) Tahun 2026 anjuran Bahagian OKU & Warga Emas, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah dengan kolaborasi PERKESO SABAH di Dewan Sompoton, Wisma PERKESO Kota Kinabalu.โฃ
โฃ
๐Ÿ’š Kursus yang berimpak tinggi ini menyasarkan objektif utama untuk meningkatkan bilangan ๐˜‘๐˜ฐ๐˜ฃ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ข๐˜ค๐˜ฉ yang terlatih dan kompeten di peringkat negeri. Inisiatif ini penting bagi memastikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menerima sokongan pekerjaan yang sistematik, sekaligus menyokong pelaksanaan dasar semasa selaras dengan keperluan tempat kerja dan majikan.โฃ
โฃ
Seramai 44 orang peserta telah mengambil bahagian, melibatkan jaringan kerjasama pelbagai agensi termasuk UNIT MENTARI KOTA KINABALU (Hospital Mesra Bukit Padang), Penyelaras OKU JPKA Sabah, wakil PERKESO Sabah & Labuan, Pusat Pengurusan OKU UMS, Unit Pendidikan Khas PPD Tuaran, petugas PPDK, badan bukan kerajaan (NGO), serta penyertaan ibu bapa dan orang awam.โฃ
โฃ
Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah dibimbing oleh barisan penceramah dan fasilitator berpengalaman, iaitu ๐„๐ง. ๐’๐š๐ฒ๐ž๐ ๐Œ๐š๐ฐ๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐’๐š๐ฒ๐ž๐ ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ซ (๐‰๐Š๐Œ๐–๐ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ), serta ๐„๐ง. ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐’๐ก๐จ๐ฉ๐ข๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ฎ๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ง. ๐’๐ฎ๐ซ๐ข๐š๐ง๐š ๐Œ๐. ๐‡๐š๐ฆ๐ข๐ฅ (๐ˆ๐›๐ฎ ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐๐„๐‘๐Š๐„๐’๐Ž, ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š). โฃ
โฃ
Majlis perasmian penutupan kursus p**a telah disempurnakan oleh ๐„๐ง. ๐™๐ฎ๐ฅ๐ค๐ข๐Ÿ๐ฅ๐ข๐ž ๐›๐ข๐ง ๐‡๐š๐ฌ๐ฌ๐š๐ง, ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐‰๐๐Š๐€ ๐’๐š๐›๐š๐ก, dan turut diserikan dengan kehadiran ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐„๐‘๐Š๐„๐’๐Ž ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก, ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐€๐ฅ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐‡๐ข๐ง๐๐ข๐š.โฃ
โฃ
๐Ÿค Jutaan terima kasih juga didedikasikan kepada semua yang terlibat. Semoga kapasiti sumber manusia dalam perkhidmatan ๐˜‘๐˜ฐ๐˜ฃ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ข๐˜ค๐˜ฉ terus diperkukuh demi membina persekitaran kerjaya yang inklusif untuk komuniti OKU di Sabah.




08/07/2026

โ˜€ Salam sejahtera daripada MENTARI Kota Kinabalu!

๐ŸŒฟ Pada 30 Jun 2026, MENTARI Kota Kinabalu telah menyertai Karnival Kesihatan Kempen HSE (MESTIfit4Health) anjuran PETRONAS Carigali Sabah Asset (SBA) di Lobi Menara PETRONAS 2, Kota Kinabalu.

๐Ÿ’š Melalui booth kesihatan mental, kami berpeluang berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan MENTARI serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan mental di tempat kerja.

๐Ÿค Terima kasih kepada PETRONAS Carigali Sabah Asset (SBA) atas jemputan dan peluang kerjasama ini.

Together, we can make our workplace a better place. ๐Ÿค





07/07/2026

๐Ÿง  JOM SERTAI SABAH MENTAL HEALTH CONVENTION 2026!

๐Ÿ“ข Pendaftaran kini dibuka!

Hospital Mesra Bukit Padang dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Psikiatri Sabah (PKPS) menjemput anda untuk menyertai Sabah Mental Health Convention 2026, sebuah persidangan yang menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang kesihatan mental untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan amalan terbaik.

โœจ Tema:
โ€œ*A Lifetime of Memories: Mental Health Across the Agesโ€*

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
โฑ๏ธ Masa : 8.00 pagi - 4.30 ptg
๐Ÿ“ Tempat: Auditorium, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara, Sabah
Tema : Kenangan sepanjang hayat: Kesihatan Mental Merentasi Peringkat Usia.

Antara topik menarik:
๐Ÿงฉ Autism Spectrum Disorder
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Parenting
โค๏ธ Childhood Trauma
๐ŸŽฎ Addiction in Youth
๐Ÿค– AI & Mental Health
๐Ÿง  Dementia

๐ŸŽค Barisan penceramah jemputan terdiri daripada pakar psikiatri, psikologi klinikal dan pakar pediatrik yang berpengalaman.

๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan: RM75 sahaja

โœ… Terbuka kepada:
* Profesional Kesihatan
* Pendidik
* Ibu bapa
* Pelajar
* Orang awam yang berminat

๐ŸŽ“ Sijil penyertaan disediakan
โ˜• Minum pagi & snek turut disediakan

Konvensyen ini turut menampilkan barisan penceramah yang terdiri daripada pakar psikiatri, psikologi klinikal dan pakar pediatrik yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua *profesional kesihatan, pendidik, ibu bapa dan orang awam* yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mengenai kesihatan mental.

๐Ÿ“Œ Tempat adalah terhad. Orang ramai disarankan untuk membuat pendaftaran awal dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster atau melalui link pendaftaran https://forms.gle/rMRwWCasg8VhYvgt5

๐Ÿ“ŒUntuk sebarang pertanyaan atau maklumbalas, peserta boleh berhubung melalui emel rasmi [email protected]

โ€œMarilah kita bersama-sama memperkukuh komitmen dalam meningkatkan literasi kesihatan mental serta membina masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan berdaya tahan. Penyertaan anda bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan profesional, malah menjadi sebahagian daripada usaha memperkasakan kesejahteraan mental untuk semua.โ€

18/06/2026

โ˜€ Salam sejahtera daripada MENTARI Kota Kinabalu!

๐ŸŒฟ Pada 14 Jun 2026, MENTARI Kota Kinabalu dengan kerjasama PERKIPS dan HMI,HMBP telah berpeluang mengendalikan Program Kesedaran Minda Sihat di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah, Papar. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental, kesejahteraan emosi serta amalan minda sihat dalam kehidupan seharian.

Terima kasih kepada pihak Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga program ini dapat memberi manfaat serta memperkasakan kesejahteraan mental dalam kalangan para penghuni.

Together, we can make Sabah a better place. ๐Ÿค





Address

Hospital Mesra Bukit Padang
Bukit Padang
88815

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

+6088240984

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mentari Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share