SM Imtiaz YT Marang

SM Imtiaz YT Marang SM Imtiaz YT Marang merupakan Sekolah Menengah Imtiaz yang ke-8 di bawah kelolaan Yayasan Terengganu

29/07/2026

(LIVE) Program โ€œlmu Mengangkat Darjat, Adab Menyempurnakan Martabat" bersama Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di SM Imtiaz YT Marang

๐Ÿ“ธ  ๐†๐€๐‹๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐Œ ๐ˆ๐Œ๐“๐ˆ๐€๐™ ๐˜๐“ ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6๐Ÿ“Œ  PERTANDINGAN BORNEO INTERNATIONAL INNOVATION CREATIVITY COMPETIT...
20/07/2026

๐Ÿ“ธ ๐†๐€๐‹๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐Œ ๐ˆ๐Œ๐“๐ˆ๐€๐™ ๐˜๐“ ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6

๐Ÿ“Œ PERTANDINGAN BORNEO INTERNATIONAL INNOVATION CREATIVITY COMPETITION 2026

๐Ÿ—“๏ธ APRIL HINGGA MEI

Tahniah atas kejayaan mengharumkan nama SM Imtiaz YT Marang di persada inovasi antarabangsa! ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada para peserta Pertandingan Borneo International Innovation Creativity Competition 2026 yang telah berlangsung sepanjang April hingga Mei 2026 atas kejayaan membanggakan yang telah diraih.

Hasil usaha gigih, kreativiti serta komitmen yang tinggi, para peserta berjaya mempersembahkan inovasi yang berimpak dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Antara pencapaian yang membanggakan ialah:

๐Ÿฅ‡ Gold Award
Powerful Rebuglent โ€“ Inovasi uncang penghalau kutu beras yang mengetengahkan penyelesaian praktikal dan mesra pengguna dalam membantu mengatasi masalah kutu beras.

๐Ÿฅ‰ Bronze Award
MGSSTENLIZER โ€“ Inovasi serbuk baja daripada kompos kulit manggis yang memanfaatkan bahan buangan organik kepada produk yang bernilai serta menyokong kelestarian alam sekitar.

Kejayaan ini membuktikan bahawa murid-murid SM Imtiaz YT Marang mampu bersaing di peringkat antarabangsa melalui pemikiran kreatif, inovatif dan semangat penyelidikan yang tinggi.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah turut dizahirkan kepada guru pembimbing, Cikgu Nur Safuraa Binti Hassan Basri dan Cikgu Siti Munirah Binti Ahmad Shakri, atas bimbingan, dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam membimbing para peserta sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berkarya, berinovasi dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026๐Ÿ“ŒMAJLIS PEMBUBARAN & WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN MURID (BPS, PPS, PRS...
20/07/2026

๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026

๐Ÿ“ŒMAJLIS PEMBUBARAN & WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN MURID (BPS, PPS, PRS & BADAR) DAN PELANCARAN USRAH SM IMTIAZ YT MARANG

๐Ÿ—“๏ธ SELASA, 7 JULAI 2026

๐Ÿ“DEWAN ULUL ALBAB, SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YT MARANG

Pada 7 Julai 2026 (Selasa), telah berlangsung Majlis Pembubaran & Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Murid (BPS, PPS, PRS & BADAR) serta Pelancaran Usrah SM Imtiaz YT Marang bertempat di Dewan Ulul Albab, SM Imtiaz YT Marang.

Majlis ini diadakan sebagai simbolik penyerahan amanah daripada barisan kepimpinan terdahulu kepada kepimpinan baharu yang bakal menggalas tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan integriti. Diharapkan pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pembentukan barisan pemimpin murid yang berwibawa, berdisiplin serta mampu menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah.

Pada majlis yang sama, Pelancaran Usrah SM Imtiaz YT Marang turut disempurnakan sebagai satu inisiatif untuk memperkukuh pembangunan sahsiah, penghayatan nilai-nilai Islam serta menyemai budaya ilmu dan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua murid yang menerima watikah pelantikan. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, tanggungjawab dan istiqamah demi kecemerlangan sekolah serta pembinaan generasi Ulul Albab yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.


๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐Œ๐Ž๐ƒ๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐Š๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ (๐Œ๐๐ ๐Ÿ‘) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Marilah bersama kita menititipkan doa agar anak-anak Tingkatan ...
29/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐Œ๐Ž๐ƒ๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐Š๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ (๐Œ๐๐ ๐Ÿ‘) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Marilah bersama kita menititipkan doa agar anak-anak Tingkatan 5'Asim aliran Tahfiz Mandarin SM Imtiaz YT Marang diberikan ketenangan dan kelancaran dalam menjawab soalan peperiksaan.

Doakan mereka mendapat kejayaan yang cemerlang, insya-Allah.
โ€œYa Allah...Kurniakan keberkatan dan kefahaman yang mendalam terhadap ilmu yang mereka pelajari. Berikan kebijaksanaan untuk menjawab setiap soalan dengan tepat serta kecekapan untuk menyelesaikan peperiksaan dalam waktu yang ditetapkan.โ€

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ุงูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ู…ูŽุง ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ุณูŽู‡ู’ู„ุงู‹ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ุญูŽุฒู’ู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ุงู‹
โ€œWahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinyaโ€.
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

ุขู…ููŠู‘ู†ู’ ุขู…ููŠู‘ู†ู’ ุขู…ู‘ููŠู’ู†ูŽ ูŠูŽุง ุฑูŽุจู‘ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†

๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026๐Ÿ“Œ KARNIVAL IDUL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU 2026๐Ÿ—“๏ธ KHAMIS-S...
29/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026

๐Ÿ“Œ KARNIVAL IDUL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU 2026

๐Ÿ—“๏ธ KHAMIS-SABTU, 18-20 JUN 2026

๐Ÿ“SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YT MARANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Idul Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 hingga 20 Jun 2026 bertempat di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Marang. ๐ŸŒŸ

Karnival ini menghimpunkan warga daripada lapan buah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dalam pelbagai pertandingan berteraskan ilmu, nilai-nilai Islam serta pembangunan sahsiah. Program ini menjadi wadah penting dalam memperkasa pembentukan generasi Ulul Albab yang seimbang dari aspek Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik, selaras dengan aspirasi melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.

Sepanjang tiga hari penganjuran, para peserta telah mempamerkan bakat, ilmu dan keyakinan diri melalui pelbagai pertandingan termasuk pidato dalam pelbagai bahasa serta persembahan nasyid. Di samping mencungkil potensi kepimpinan dan kemahiran komunikasi, program ini turut menyemarakkan semangat ukhuwah, silaturahim dan persaingan yang sihat antara pelajar dan guru daripada seluruh rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana, guru, peserta, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan sehingga menjayakan karnival ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh dan terus menyemarakkan budaya ilmu dalam melahirkan generasi pewaris ummah yang unggul.

๐Ÿ“ธ  ๐†๐€๐‹๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐Œ ๐ˆ๐Œ๐“๐ˆ๐€๐™ ๐˜๐“ ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6๐Ÿ“Œ  ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘น ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฑ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ด 30 ๐‘ฑ๐‘ผ๐’๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘จ๐‘ณ-๐‘ธ๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐Ÿ—“๏ธ  RABU, 10 JUN 2026๐Ÿ“  ...
28/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐†๐€๐‹๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐’๐Œ ๐ˆ๐Œ๐“๐ˆ๐€๐™ ๐˜๐“ ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6

๐Ÿ“Œ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘น ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฑ๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ด 30 ๐‘ฑ๐‘ผ๐’๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘จ๐‘ณ-๐‘ธ๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘ต

๐Ÿ—“๏ธ RABU, 10 JUN 2026

๐Ÿ“ SM IMTIAZ YT MARANG

Alhamdulillah, sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada anakanda Muhammad Darwisy Haziq bin Zuhaifuazlan daripada kelas 5 A'sim, kerana berjaya khatam al-Quran 30 juzuk.

Tahniah juga buat guru al-Quran, Ustaz Abdul Mubin Bin Husin

Marilah sama-sama kita mendoakan anakanda Muhammad Darwisy Haziq bin Zuhaifuazlan diberi kekuatan untuk terus istiqamah mengekalkan hafazan dan beramal dengannya.



๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026๐Ÿ“Œ PROGRAM STUDY SKILLS WORKSHOP BERSAMA USTAZ FADLY SAMIN DARIPADA  JA...
28/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026

๐Ÿ“Œ PROGRAM STUDY SKILLS WORKSHOP BERSAMA USTAZ FADLY SAMIN DARIPADA JAZIM MOTIVATION GROUP

๐Ÿ—“๏ธ RABU, 03 JUN 2026

๐Ÿ“SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YT KUALA TERENGGANU

๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026๐Ÿ“Œ KARNIVAL FASIH DIGITAL & LITERASI AI 2026๐Ÿ—“๏ธ AHAD-RABU,17-20 MEI 2026...
28/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026

๐Ÿ“Œ KARNIVAL FASIH DIGITAL &
LITERASI AI 2026

๐Ÿ—“๏ธ AHAD-RABU,17-20 MEI 2026

๐Ÿ“PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MARANG &
BANGUNAN SSTP

  MEI 2026๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026๐Ÿ“Œ BENGKEL FOTONIK DAN SOLARIK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIA...
22/06/2026

MEI 2026

๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026

๐Ÿ“Œ BENGKEL FOTONIK DAN SOLARIK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU 2026

๐Ÿ—“๏ธ SABTU, 7-9 MEI 2026

๐Ÿ“SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU BESUT

Pada 7 hingga 9 Mei 2026, telah berlangsung Bengkel Fotonik dan Solarik Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bertempat di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut. Program ini telah disertai oleh 8 orang murid bersama 2 orang guru penyelaras Kelab Fotonik dan Solarik.

Bengkel ini bertujuan menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan peserta bagi menghasilkan penyelesaian kepada masalah yang berkaitan dengan bidang fotonik. Selain itu, para peserta turut diberikan pendedahan mengenai asas fotonik, konsep cahaya serta aplikasi teknologi fotonik dalam kehidupan seharian yang semakin berkembang pesat.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan aktiviti berbentuk amali dan eksplorasi yang membantu meningkatkan kefahaman serta minat terhadap bidang sains dan teknologi. Pengalaman ini diharapkan dapat memupuk budaya inovasi serta melahirkan generasi muda yang celik teknologi dan berdaya saing di peringkat global.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru penyelaras atas komitmen dan usaha yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan inovasi masa hadapan.



  MEI 2026๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026๐Ÿ“Œ PROGRAM CHINESE BRIDGE COMPETTION PERINGKAT KEBANGSAAN TAH...
22/06/2026

MEI 2026

๐Ÿ“ธ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘บ๐‘ด ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐’ ๐’€๐‘ป ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ 2026

๐Ÿ“Œ PROGRAM CHINESE BRIDGE COMPETTION PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

๐Ÿ—“๏ธ SABTU, 16 MEI 2026

๐Ÿ“GRAND KAMPAR HOTEL, KAMPAR, PERAK

Pada 16 Mei 2026, pelajar sekolah telah menyertai Program Chinese Bridge Competition Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Grand Kampar Hotel, Kampar, Perak. Program ini menyediakan platform kepada pelajar untuk mempamerkan bakat, kreativiti serta kemahiran komunikasi dalam bahasa Mandarin, di samping mengukuhkan penguasaan bahasa tersebut dan memperluas pengetahuan tentang budaya China.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang telah mewakili sekolah dengan penuh dedikasi dan keyakinan:

๐Ÿ… Wan Maryam Sophia Binti Wan Yusof Norilham Eznani
๐Ÿ… Nur Alesha Maisarah Binti M. Anuar
๐Ÿ… Fatimah Az-Zahra Binti Roslim

Alhamdulillah, kesemua wakil peserta telah berjaya memperoleh hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut. Pencapaian ini membuktikan kesungguhan, komitmen dan semangat yang tinggi dalam meneroka serta menguasai bahasa Mandarin di peringkat kebangsaan.

Semoga pengalaman berharga yang diperoleh menjadi inspirasi untuk terus berusaha, meningkatkan potensi diri dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Tahniah sekali lagi kepada semua peserta atas usaha yang membanggakan serta terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu.



Address

Kg. Wakaf Tapai, Jalan Kuala Berang, Marang
Wakaf Tapai
21040

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM Imtiaz YT Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SM Imtiaz YT Marang:

Shortcuts

Share