Fisioterapi Kesihatan Awam Melaka

Fisioterapi Kesihatan Awam Melaka Skop perkhidmatan Fisioterapi di Kesihatan Awam merangkumi aktiviti promosi, prevensi, rehabilitasi, dan kuratif.

30/01/2026

πŸ“’ Orang Melaka, Cer Tengok J*p! Badan Rasa Tak Sedap Macam Dulu Ke?

Khusus buat pakcik makcik yang dah umur 60 ke atas. Cuba check j*p, ada tak rasa macam ni:

- Jalan dah makin lambat (selalu kena tinggal kat belakang kalau jalan kat Jonker Walk).
- Lengan makin kecik, isi makin lembek.
- Nak bangun dari kerusi punya lah payah, kena berpaut sana sini.
- Selalu sangat jatuh (bukan sebab tersadung, tapi rasa lutut tu lembek nau).

Kalau ada tanda-tanda ni, jangan buat tak tahu je. Takut-takut itu tanda Sarcopenia (masalah otot merosot sebab usia).

Jangan risau, tak payah pening kepala. Kementerian Kesihatan Malaysia dah sediakan Saringan Risiko Sarcopenia ni. Senang je, bukan kena cucuk pun!

Jom ramai-ramai kita pergi Klinik Kesihatan yang paling dekat dengan rumah. Bagitahu je doktor nak buat saringan otot/sarcopenia.

Kesihatan kita, kita yang jaga. Biar umur meningkat, tapi badan tetap 'fit' nak pergi kenduri-kendara!

30/01/2026

πŸ“’ Orang Melaka, Cer Tengok J*p! Badan Rasa Tak Sedap Macam Dulu Ke?

Khusus buat pakcik makcik yang dah umur 60 ke atas. Cuba check j*p, ada tak rasa macam ni:

- Jalan dah makin lambat (selalu kena tinggal kat belakang kalau jalan kat Jonker Walk).
- Lengan makin kecik, isi makin lembek.
- Nak bangun dari kerusi punya lah payah, kena berpaut sana sini.
- Selalu sangat jatuh (bukan sebab tersadung, tapi rasa lutut tu lembek nau).

Kalau ada tanda-tanda ni, jangan buat tak tahu je. Takut-takut itu tanda Sarcopenia (masalah otot merosot sebab usia).

Jangan risau, tak payah pening kepala. Kementerian Kesihatan Malaysia dah sediakan Saringan Risiko Sarcopenia ni. Senang je, bukan kena cucuk pun!

Jom ramai-ramai kita pergi Klinik Kesihatan yang paling dekat dengan rumah. Bagitahu je doktor nak buat saringan otot/sarcopenia.

Kesihatan kita, kita yang jaga. Biar umur meningkat, tapi badan tetap 'fit' nak pergi kenduri-kendara!

🚩Fisioterapi ke arah digitalisasi.πŸ” Teknologi kini menjadi rakan utama dalam meningkatkan keberkesanan rawatan pesakit. ...
25/11/2025

🚩Fisioterapi ke arah digitalisasi.

πŸ” Teknologi kini menjadi rakan utama dalam meningkatkan keberkesanan rawatan pesakit. Doctor Kinetic ialah alat rehabilitasi berasaskan Virtual Reality (VR) yang menjadikan terapi lebih:
πŸ‘‰πŸ» menyeronokkan,
πŸ‘‰πŸ» tepat dan efektif.

Ia menyediakan pelbagai latihan untuk upper limb, lower limb, keseimbangan, koordinasi dan kefungsian harian.

✳️ Sistem ini memberi maklum balas masa nyata, menilai fungsi seperti keseimbangan badan & julat pergerakan sendi, serta menghasilkan laporan objektif setiap sesi.
✳️ Sensor automatiknya membolehkan pesakit mula berlatih dalam beberapa saat sahajaβ€”mudah, cepat dan profesional.

Pemulihan anggota kini bukan sekadar terapi; ia adalah pengalaman interaktif yang meningkatkan motivasi dan mempercepatkan pemulihan. Dengan Doctor Kinetic, fisioterapi memasuki era baharuβ€”lebih pintar, lebih menyeronokkan dan lebih berkesan.


🌿 SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025 πŸŒΏπŸ“… 5 Oktober 2025 (Ahad)πŸ“ SMK Bukit Rambai, Melaka...
05/10/2025

🌿 SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025 🌿
πŸ“… 5 Oktober 2025 (Ahad)
πŸ“ SMK Bukit Rambai, Melaka

Marilah bersama kami dalam menjayakan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat! πŸ’š

✨ Antara pengisian program:
πŸ† Pertandingan Video TikTok & Poster Digital
πŸšΆβ€β™€οΈ Pertandingan Walk In School Fitness Challenge
🧠 Bicara Berirama Minda Sihat
🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
🩺 Saringan Kecergasan & Sarkopenia serta konsultasi
🚐 Aktiviti Wellness on Wheel (WOW) & Dengue Buster
🎀 Pocket Talk Kesihatan Mental
❀️ Ziarah Kasih DUN Klebang

Program ini turut merangkumi Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2025 & Pelancaran Program WRUR DUN Klebang oleh wakil kepimpinan negeri.

πŸ’¬ Sertai kami dalam memupuk kesedaran bahawa kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal.
Mari bersama-sama mewujudkan masyarakat yang sihat, sejahtera dan prihatin. πŸ’ͺπŸ’š








09/09/2025
Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Edwin Lim Hock Ann, Penyelaras Fisioterapi Kesihatan Primer Negeri Melaka, atas ...
27/08/2025

Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Edwin Lim Hock Ann, Penyelaras Fisioterapi Kesihatan Primer Negeri Melaka, atas penganugerahan pingat Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T) sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi dan motivasi untuk terus cemerlang.

Ikhlas dari seluruh warga Fisioterapi Kesihatan Primer Negeri Melaka.

πŸŒ³πŸƒπŸƒπŸ»β€β™€οΈ PEFR'25 Physio Eco-Fit Run 2025!🌿πŸ’ͺ Let’s get moving, and have some fun at the Physio Eco-Fit Run!πŸ“… 27 September ...
18/08/2025

πŸŒ³πŸƒπŸƒπŸ»β€β™€οΈ PEFR'25 Physio Eco-Fit Run 2025!

🌿πŸ’ͺ Let’s get moving, and have some fun at the Physio Eco-Fit Run!

πŸ“… 27 September 2025 (Saturday)
πŸ“ Taman Botani, Putrajaya
⏰ 7.00 am - 10.00 am

Categories πŸ‘‡
πŸƒβ€β™‚ 4KM Fun Run
πŸƒ 7KM Fun Run
πŸ’ͺ 7KM Fit Challenge

πŸ₯‡ Exclusive medals & tees | 🎁 Lucky draws | 🌱 Eco booths

It’s the perfect way to spend your Saturday morning – fresh air, beautiful views, and a whole lot of good vibes. Grab your friends and family, and let’s make memories together!

πŸ”— Register now:
heyjom.com/event/Physio-Eco-Fit-Run-2025

πŸ“’ Jom Sertai Kami!Sempena Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Route to BMSS, kami akan mengadakan:πŸ§“πŸ‘΅ Saringan Risiko S...
16/08/2025

πŸ“’ Jom Sertai Kami!
Sempena Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Route to BMSS, kami akan mengadakan:

πŸ§“πŸ‘΅ Saringan Risiko Sarkopenia untuk Warga Emas
πŸ’ͺ Saringan Kekuatan Tangan (Handgrip Strength)

πŸ“ Aeon Bandaraya Melaka
πŸ“… 16 Ogos 2025 (Sabtu)
πŸ•™ 10.00 pagi – 10.00 malam

βœ… Pemeriksaan kesihatan percuma
βœ… Info berguna tentang pencegahan kelemahan dan kemerosotan otot
βœ… Aktiviti kesedaran untuk seluruh keluarga

✨ Mari sama-sama kita jayakan usaha ke arah masyarakat sihat, aktif & cergas!

πŸ‘‰ Jangan lepaskan peluang ini, ajak keluarga dan jiran-jiran anda.








13/08/2025

Jom daftar!!!

🌍 SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2024 🌍Pada 9 November 2024, sambutan Hari Diabetes Sedunia peri...
09/11/2024

🌍 SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2024 🌍

Pada 9 November 2024, sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat Negeri Melaka berlangsung meriah di KIP Mall Melaka, dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Program ini disertai pelbagai aktiviti menarik dan berinformasi untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan bagi penghidap diabetes dan masyarakat umum.

πŸ’ͺ Perkhidmatan Fisioterapi di Sambutan Ini:
β€’ 🩺 Saringan Risiko Sarkopenia – Penilaian ini membantu mengesan risiko kehilangan kekuatan otot yang sering dihadapi pesakit diabetes, sekaligus mencegah komplikasi.
β€’ πŸƒ Interaktif Piramid Aktiviti Fizikal – Melalui pendekatan interaktif, peserta berpeluang mempelajari cara menjaga kecergasan secara berperingkat, mengikut tahap kesihatan mereka.

Kami berterima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong sambutan ini. Komitmen anda dalam menjaga kesihatan diri adalah inspirasi kepada semua! Teruskan amalan gaya hidup sihat, dan jadikan senaman serta pemakanan seimbang sebagai sebahagian daripada kehidupan.

Jumpa lagi dalam program-program kesihatan akan datang! πŸ’™












🌸 SENAMAN TAI CHI UNTUK WARGA EMAS DI KLINIK KESIHATAN TENGKERA 🌸Baru-baru ini, Klinik Kesihatan Tengkera telah menganju...
09/11/2024

🌸 SENAMAN TAI CHI UNTUK WARGA EMAS DI KLINIK KESIHATAN TENGKERA 🌸

Baru-baru ini, Klinik Kesihatan Tengkera telah menganjurkan aktiviti senaman Tai Chi khas untuk warga emas, diketuai oleh ahli fisioterapi kami yang berpengalaman, Puan Nik Normazila. πŸ’ͺ✨

Tai Chi, satu bentuk senaman yang lembut dan berirama, sangat bermanfaat untuk meningkatkan keseimbangan, fleksibiliti, dan kekuatan otot bagi warga emas. Dalam sesi ini, para peserta dapat belajar pergerakan yang mudah diikuti dan sesuai untuk semua tahap kesihatan. Aktiviti ini bukan sahaja membantu fizikal mereka, tetapi juga membawa ketenangan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Kehadiran yang penuh semangat dari peserta menjadikan sesi ini sangat meriah dan bermakna. Kami sangat gembira dapat memberi sokongan kepada komuniti warga emas agar mereka kekal aktif dan sihat.

Terima kasih kepada semua yang menyertai! Nantikan lebih banyak program kesihatan di Klinik Kesihatan Tengkera. 😊












✨ SAMBUTAN HARI WARGA EMAS SEDUNIA 2024 DI TAMAN SERIBU BUNGA, AYER KEROH MELAKA ✨Terima kasih kepada semua yang hadir d...
26/10/2024

✨ SAMBUTAN HARI WARGA EMAS SEDUNIA 2024 DI TAMAN SERIBU BUNGA, AYER KEROH MELAKA ✨

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan sambutan Hari Warga Emas Sedunia yang berlangsung dengan jayanya di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka! 🌺

Aktiviti khas Perkhidmatan Fisioterapi khas untuk warga emas, termasuk:

β€’ πŸ’ƒ Senamrobik dan πŸͺ‘ Chairobik yang penuh keceriaan dan bertenaga

β€’ 🩺 Saringan Risiko Sarkopenia bagi membantu warga emas mengenal pasti dan mencegah risiko kehilangan kekuatan otot

Program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan fizikal dan mental di kalangan warga emas, agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat dan aktif.

Sekali lagi, tahniah kepada semua peserta yang menyertai aktiviti ini dan terima kasih atas sokongan anda dalam memeriahkan sambutan ini! Teruskan menjaga kesihatan dan kesejahteraan – anda adalah inspirasi untuk kami semua! 🌟







Address

Smk Bukit Rambai
Bukit Rambai
75250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fisioterapi Kesihatan Awam Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share