Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat

Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat Page rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat

05/07/2026
Yok Ngamal: Amal Day For Charity (AD4C) ❤️🖤"Apabila mendapat khabar, kami tidak bertanya siapa mereka. Kami hanya bertan...
05/07/2026

Yok Ngamal: Amal Day For Charity (AD4C) ❤️🖤

"Apabila mendapat khabar, kami tidak bertanya siapa mereka. Kami hanya bertanya, apa yang boleh kami bantu."

Bertindak atas maklumat mengenai kebakaran yang melibatkan bahagian dapur sebuah rumah milik seorang ibu tunggal di Taman Saujana, Jementah, pasukan Semut Merah daripada Jabatan Amal Segamat, Jabatan Amal Ledang dan Jabatan Amal Jasin, Melaka segera turun padang sempena program Yok Ngamal: Amal Day For Charity (AD4C).

Walaupun musibah telah berlaku, kehidupan tetap perlu diteruskan. Justeru, kami hadir untuk menghulurkan tenaga dan sokongan dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan rumah serta membantu meringankan beban keluarga yang sedang diuji.

Sesungguhnya, setiap ujian pasti ada hikmahnya. Semoga usaha kecil ini menjadi tanda bahawa mereka tidak bersendirian menghadapi dugaan. Masih ada insan yang peduli, masih ada tangan yang sedia menghulur bantuan.

Khidmat tanpa mengira latar belakang, bantuan tanpa mengharap balasan. Itulah semangat Semut Merah.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan menggantikan setiap kehilangan dengan rezeki yang lebih baik buat keluarga ini.

"Hidup untuk berbakti, beramal dengan penuh ikhlas."










Yok Ngamal: Amal Day For Charity (AD4C) ❤️🖤Bukan semua perjuangan diukur dengan sorakan. Ada perjuangan yang hanya disak...
05/07/2026

Yok Ngamal: Amal Day For Charity (AD4C) ❤️🖤

Bukan semua perjuangan diukur dengan sorakan. Ada perjuangan yang hanya disaksikan debu jalan, peluh yang menitis dan tangan-tangan yang tidak pernah memilih siapa untuk dibantu.

Hari ini, geng Semut Merah daripada Jabatan Amal Segamat, Jabatan Amal Ledang dan Jabatan Amal Jasin, Melaka turun ke lapangan dalam program Yok Ngamal: Amal Day For Charity (AD4C) di Kg. Alai, Segamat.

Berbekalkan maklumat mengenai sebuah keluarga yang diuji dengan kehidupan yang penuh liku, kami hadir bukan sekadar membawa tenaga, tetapi membawa harapan. Halaman rumah yang dipenuhi semak samun dan timbunan sampah dibersihkan bersama-sama, demi mewujudkan suasana yang lebih selesa dan bersih untuk didiami.

Inilah erti sebenar khidmat masyarakat. Tidak menunggu diminta, tidak mengharapkan pujian, tetapi terus menghulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan.

Kerana bagi kami, setiap peluh yang menitis adalah ibadah, setiap langkah yang dihayun adalah khidmat, dan setiap senyuman yang terukir daripada mereka yang dibantu adalah ganjaran yang tidak ternilai.

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain."









🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 🌙Maaf Zahir & Batin.كل عام وأنتم بخير تقبل الله منا ومنكم عيد فطر مباركSyawal dirai...
21/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 🌙

Maaf Zahir & Batin.

كل عام وأنتم بخير تقبل الله منا ومنكم عيد فطر مبارك

Syawal diraikan dengan penuh kesyukuran,
Ramadan yang berlalu menjadi madrasah membina jiwa perjuangan.

Semoga Syawal kali ini membawa kegembiraan,
mengeratkan silaturrahim dan dipenuhi rahmat Allah 🤍

InsyaAllah kita terus melangkah bersama
membina masyarakat yang sejahtera dan diberkati.

Ikhlas daripada :
Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat

Address

Buloh Kasap

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat:

Shortcuts

Share