PAS Cawangan Telaga Air

PAS Cawangan Telaga Air Berita terkini & sensasi .

Salam Maulidur Rasul 1447HIkhlas DariPAS Kawasan Bagan - P.043Dewan Muslimat PAS Kawasan BaganDewan Pemuda PAS Kawasan B...
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul 1447H

Ikhlas Dari
PAS Kawasan Bagan - P.043
Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan

Selamat datang ke Bumi Bagan kepada semua Muslimat PAS Pulau Pinang. https://www.facebook.com/share/p/1CFe7EZXKn/
26/08/2025

Selamat datang ke Bumi Bagan kepada semua Muslimat PAS Pulau Pinang.

https://www.facebook.com/share/p/1CFe7EZXKn/

"ya Allah hanya Rahmat MU kami berharap mendapatkannya, Kerana itu janganlah Engkau biarkan diri kami walau sekelip mata(tanpa pertolongan atau Rahmat daripada MU) Perbaikilah segala urusan kami, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau"

🟢 GELOMBANG ‘AKIFI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG FASA 35.

📗 28 Ogos 2025 | Khamis
⏰ 6.00 ptg - 10.00 mlm
🏢 Dewan Serbaguna Flat Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal
Anjuran : DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA & DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PULAU PINANG.

Selamat Datang ke Bumi Bagan pada semua Muslimat PAS Pulau Pinang.

26/08/2025

Minda Presiden PASMENERIMA NASIHAT MUSUH MERUGIKANAllah memberikan peringatan supaya jangan terpengaruh dengan musuh yan...
20/08/2025

Minda Presiden PAS

MENERIMA NASIHAT MUSUH MERUGIKAN

Allah memberikan peringatan supaya jangan terpengaruh dengan musuh yang selama-lamanya berjuang demi menghina Islam dan memesongkan umatnya, sehingga mendapat kerugian dunia dan akhirat. Malah, dikalahkan di dunia sehingga dijajah.

Nasihat mereka yang manis, tetapi beracun dengan janji kesenangan harta dan mempertahankan takhta adalah bohong semata-mata. Namun, ada yang terpengaruh akibat diperhambakan. Walaupun banyak hartanya dan berada di atas takhta, pada akhirnya akan memperoleh kerugian di dunia, bahkan di akhirat lebih parah dan menyeksa.

Sejarah hilangnya kuasa Islam yang pernah memimpin dunia menjadi bukti nyata yang sepatutnya diambil iktibar. Perkara ini berlaku apabila kalangan orang Islam ditipu oleh musuh daripada kalangan bukan Islam serta munafiq yang berada dalam kalangan umat Islam sendiri yang diperalatkan bagi menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah yang lemah, selain beberapa kesilapan dengan janji menggantikan khalifah baharu kepada sesiapa yang menerima perancangan mereka.

Akhirnya, tanah air Islam dijajah dan dibahagikan dalam kalangan penjajah, dibahagikan takhta yang tidak berkuasa, rakyat diabdikan, hasil buminya dirompak, serta dibantu dengan senjata agar saling berperang saudara dan membunuh diri.

Sehinggakan, tanah suci Palestin, bumi para anbiya’ dirampas menjadi negara Israel dan Masjid al-Aqsa berada di bawah taklukan mereka. Selain itu, banyak negara yang diberikan kemerdekaan mengambil penasihat daripada bekas penjajah dalam berbagai-bagai lapangan.

Hanya janji Allah SWT sahaja yang benar, kerana mustahil bagi Allah memungkiri janji dan tiada kuasa yang dapat mengalahkan kuasa-Nya.

Kini, sejarah berulang lagi apabila Amerika Syarikat dan sekutunya dalam gabungan Ahzab zaman ini menjanjikan kepada negara Arab dan Islam supaya menerima pelan damai yang telah dirancang mereka, dengan syarat-syarat yang nyata memperbodohkan dan zalim serta menjanjikan kerjasama ekonomi dan pertahanan. Mereka juga meletakkan syarat agar melucutkan senjata kump**an Islam yang dilahirkan semula bagi menegakkan Islam, serta menghalang kump**an Islam daripada menjadi kerajaan Palestin dengan menyerahkan pemerintahan kepada kump**an Arab sekular yang tidak mendaulatkan Islam.

Baca selanjutnya:
https://www.facebook.com/share/p/1GeVzazXZw/?mibextid=wwXIfr

Soalan Ahli Parlimen PAS hari ini.ATURAN URUSAN MESYUARAT, KHAMIS, 7 OGOS 2025WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERISoalan ...
07/08/2025

Soalan Ahli Parlimen PAS hari ini.

ATURAN URUSAN MESYUARAT, KHAMIS, 7 OGOS 2025

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Soalan 1
YB Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ S*k ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mendesak komuniti antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar menghentikan serangan berterusan rejim Zionis ke atas Gaza.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan 7
YB Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perancangan Kementerian dalam menambah baik penggunaan sistem pengimbas X-Ray dan pengesan dadah di pintu sempadan Rantau Panjang bagi membanteras sindiket penyeludupan.

Soalan 9
YB Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan terkini hutang beli dahulu bayar kemudian (BNPL) dalam negara dan apakah usaha Kerajaan untuk mengawal risiko keberhutangan yang berlebihan kepada segmen belia di bawah umur 30 tahun.

Soalan 15
YB Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan perancangan holistik dan tindakan bertujuan untuk merealisasikan hasrat Kementerian selaras dengan objektif Hala Tuju Baharu Pendidikan Tinggi Negara 2025.

Ikuti siaran lansung SIdang Dewan Rakyat di TV PAS.

Soalan Ahli Parlimen PAS hari ini.ATURAN URUSAN MESYUARAT, RABU, 6 OGOS 2025PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISANSoalan...
06/08/2025

Soalan Ahli Parlimen PAS hari ini.

ATURAN URUSAN MESYUARAT, RABU, 6 OGOS 2025

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan 2
YB Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pelaksanaan sistem kutipan tol Multi Lane Free Flow (MLFF) menjelang tahun 2025 seperti yang diumumkan sebelum ini serta langkah penambahbaikan sistem seperti RFID bagi memastikan keberkesanan sistem baharu ini.

Soalan 9
YB Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah konkrit Kementerian untuk mengekang ketidakseimbangan pasaran buruh apabila 35.7% daripada kadar pengangguran semasa berkait rapat dengan isu ketidakpadanan kemahiran dan apakah strategi intervensi jangka pendek dan jangka panjang yang sedang dilaksanakan.

Soalan 11
YB Tuan Rushdan bin Rusmi [ Padang Besar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pelan perancangan hala tuju dan jumlah peruntukan yang telah Kerajaan khususkan untuk memperkasa 'tangan emas' yang mahir dan berkemahiran tinggi dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVET).

Soalan 15
YB Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN menyatakan :

(a) data terkini ladang-ladang ternakan yang telah dikenalpasti menyebabkan pencemaran air dan udara mengikut negeri dan jenis ternakan; dan
(b) adakah Kementerian menyediakan sistem pemantauan bersepadu dengan menggunakan teknologi AI dalam projek ladang moden bagi memastikan pengurusan sisa dipatuhi.

Ikuti siaran langsung Sidang Dewan Rakyat di TV PAS.

Soalan Ahli Parlimen PAS hari ini.ATURAN URUSAN MESYUARAT, KHAMIS, 31 JULAI 2025PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISANSo...
31/07/2025

Soalan Ahli Parlimen PAS hari ini.

ATURAN URUSAN MESYUARAT, KHAMIS, 31 JULAI 2025

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Soalan 2
YB Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah konkrit Kerajaan untuk menangani kekurangan kira-kira 10,000 jurutera dan pakar AI di Malaysia termasuk pelan peningkatan latihan TVET, kerjasama dengan industri teknologi global serta insentif untuk menarik dan mengekalkan bakat AI tempatan.

Soalan 7
YB Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP menyatakan sejauh mana Kementerian bersedia menangani kesan berganda terhadap peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan kenaikan tarif elektrik baharu mulai 1 Julai 2025 serta jaminan bahawa Ops Kesan 4.0 bukan sekadar langkah kosmetik dalam membendung kenaikan harga dan pencatutan.

Soalan 11
YB Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah konkrit Kementerian dalam mengekang eksploitasi pekerja asing dan memastikan kawal selia majikan dijalankan dengan tegas.

Soalan 13
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN menyatakan sejauh mana projek konservasi taman laut dapat mempengaruhi pembiakan udang geragau di Melaka khusus kawasan Tanjong Kling yang terkenal dengan cencaluk dan belacan sebagai produk tradisional yang sebelum ini terjejas teruk akibat penambakan.

Ikuti siaran langsung Sidang Dewan Rakyat di TV PAS.

Minda Presiden PASISLAM WAJIB BERDAULATMereka yang jahil akan agama Islam, berilmu tanpa tafaqquh, mengejar kesenangan d...
30/07/2025

Minda Presiden PAS

ISLAM WAJIB BERDAULAT

Mereka yang jahil akan agama Islam, berilmu tanpa tafaqquh, mengejar kesenangan dunia sahaja tanpa akhirat, atau bersendirian tidak bersama jemaah Islam akan dapat diheret oleh bala tentera Iblis melalui cabang-cabang yang banyak.

Kita dapat menyaksikan pada zaman kelemahan umat Islam yang jahil akan agama atau mengejar dunia tanpa akhirat, ramai kalangan yang mengaku Islam pada namanya sahaja menjadi alat musuh bagi menjatuhkan kerajaan Islam yang berakhir dengan Khilafah ‘Uthmaniyyah pada awal abad yang lalu. Termasuk menjatuhkan kesultanan Islam di Tanah Melayu ialah orang Melayu sendiri kerana kejahilan agama atau tidak bertafaqquh dalam urusan agama Islam.

Ketika kejatuhan Kerajaan ‘Uthmaniyyah pada tahun 1924, muncul seorang ulama’ al-Azhar Mesir bernama Syeikh ‘Ali ‘Abd al-Raziq yang mengarang kitab ‘الإسلام وأصول الحكم’ (Islam dan Asas-asas Hukum). Beliau menyatakan, “Bahawa urusan negara Islam yang dilakukan oleh Rasulullah SAW hanya perkara dunia yang tidak ada dalam perkara agama.”

Majlis Ulama’ al-Azhar kemudian memanggilnya untuk dibicarakan, bilamana mereka akhirnya memutuskan untuk membatalkan ijazahnya dan melucutkan jawatannya. Hal ini demikian kerana, kenyataannya bercanggah dengan hakikat ajaran Islam; menjadikan hukum syariat untuk dibaca sahaja, bukan diamalkan, di samping bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW serta ijmak para ulama’ sahabat dan tabiin.

Kitab yang menyesatkan itu digunakan oleh penjajah dan bala tentera syaitan bagi membatalkan kewajipan mendaulatkan Islam. Selain itu, ia turut digunakan oleh para ulama’ upahan dan mereka yang dianggap ilmuwan bagi membela penjajah yang menjauhkan Islam daripada penganutnya dan membatalkan kewajipan berjihad menentang penjajah.

Kejatuhan Khilafah ‘Uthmaniyyah pada tahun 1924 dilakukan oleh umat Islam sendiri. Begitu juga kejatuhan kesultanan Islam di Nusantara oleh orang-orang Melayu Islam yang kuat ibadatnya sahaja, tetapi jahil dalam urusan agama yang bersifat al-din.

Sehinggakan, para ulama’ yang berpendidikan agama Islam yang bertafaqquh dan berjuang mempertahankan Islam dianggap bodoh, bukan ilmuwan, dan tidak profesional, sebaliknya hanya yang berilmu dunia sahaja dianggap ilmuwan dan profesional. Maka, perjuangan Islam yang sempurna dianggap bodoh, menepati sifat golongan munafiq yang didedahkan oleh Allah SWT.

Ada p**a yang menipu meletakkan jenama Islam sekadar kosmetik kecantikan yang menggoda seperti Islam liberal, Islam progresif, madani, dan lain-lain.

Inilah punca bencana politik, ekonomi, sosial, dan alam sekitar yang memusnahkan. Oleh itu, wajib kembali semula kepada Islam (al-din), petunjuk Allah Yang Maha Mengetahui urusan makhluk-Nya.

Baca selanjutnya:

https://www.facebook.com/share/p/19pAtqLyk3/?mibextid=wwXIfr

Address

Jalan Telaga Air
Butterworth

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan Telaga Air posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share