Open House Play Center

Open House Play Center Open House is a play center where we advocates play between kids and parents. Our forte is Messy Play, where we have it twice a month.

However, many more play are coming in the year 2020.

Pin pin, Pin pin,Ni sebenarnya koleksi buku baru bulan Desember 2023 yang lalu.Tapi kad library dah habis, so hari ni ki...
10/01/2024

Pin pin, Pin pin,
Ni sebenarnya koleksi buku baru bulan Desember 2023 yang lalu.

Tapi kad library dah habis, so hari ni kita sambung tampal kad library untuk memudahkan peminjaman buku di mini library open house.

Buku tulisan Akif Basri "Susahnya Hidup dengan Manusia" terus kena sambar lepas tampal kad. Hahaha. Memang nombor satu carta sungguh buku tu.

Mummy tahu tak di Open House ada mini library yang membolehkan peminjaman buku dari pelbagai genre.

Ada buku self healing,
Ada ensiklopedia kanak-kanak,
Ada buku pendidikan juga.
Ada buku parenting,
Macam-macam lah.

Kalau weekend nak mai baca-baca buku di Open House Play Center sambil anak bermain pun boleh.

Free je untuk sekarang ni.

Mummy s**a buku genre apa selalunya?

Sudah hampir 3 tahun Open House Playcenter menyepi akibat penangan pendamik Covid 19. Setelah berkubang lama, perlahan-l...
26/06/2023

Sudah hampir 3 tahun Open House Playcenter menyepi akibat penangan pendamik Covid 19. Setelah berkubang lama, perlahan-lahan kami kembali mengisi info berkaitan keibu-bapaan dan aktiviti-aktiviti yang mampu membantu ibu dan ayah mencipta boding yang lebih bermakna dengan buah hati mereka.

Namun, ingin ditekankan di sini bahawa segala berkongsian bukan untuk menuding jari salah siapa. Kerataa tiada ibu bapa yang sempurna selagi kita bergelar manusia.

Tiada ibu bapa yang sempurna
----------------------------

Tujuan perkongsian demi perkongsian ini dilakukan bukan untuk menuntukkan bahawa kita seorang ibu yang sempurna dalam mendidik anak-anak.

Bukan juga untuk menghasilkan ibu bapa yang sempurna.

Tidak ada ibu bapa yang sempurna selagi namanya MANUSIA.

Apa yang ada hanyalah ibu bapa yang sedar akan kekurangan mereka dan bersedia memperbaiki diri. Dan salah satu cara kita memperbaiki diri kita adalah dengan BELAJAR

Segalanya perlu bermula dari kita
-------------------------------

Diri kita sendiri adalah watak utama kepada apa jua tips yang akan dikongsikan pada page ini. Tiada siapa yang boleh kita serahkan tugas ini. Apatah lagi kepada penjaga mahupun guru taska. Apatah lagi terapis terhebat dunia sekali pun.

Segala tips dan ilmu yang kita perolehi hanya akan berkesan apabila kita mengamalkannya secara konsisten.

Kunci keberhasilan kepada semua teknik dan tips adalah bonding.
-------------

Kalau perlu berikan tips dalam tempoh masa dan ruang yang terhad, maka tips yang akan diulang berulang kali adalah teruskan berbonding dengan anak kita.

Ia adalah ramuan utama kepada semua tips yang lain. Dan untuk menghasilkan bonding yang bermakna, ia memerlukan keterikatan emosi yang saban hari semakin menebal.

Proses mengaplikasi tips dan memahami psikologi anak adalah sebuah proses. Proses yang juga diketahui sebagai perjalanan yang perlahan tetapi BERKESAN.

Seperti investkan hartanah dan emas. Pelaburan yang kita laburkan hari ini, hasil tuai yang bermakna baru dapat kita lihat setelah bertahun-tahun. Begitu juga hakikatnya dalam memahami psikologi anak. Ia memang perlahan.

Tetapi yakinlah, ianya adalah jalan paling berkesan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kekal.

Ada sesiapa yang rindu messy play?
Komen "saya", nak juga tengok ada tak yang tertunggu-tunggu nak join messy play lagi❤️

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sulta...
04/06/2023

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.

Doa dipanjat ke hadrat Allah SWT agar Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua.

Doa dipanjat hadrat Allah SWT juga semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.

Sembah Takzim daripada,
Open House Playcenter

29/10/2020
Permainan blok nampak seperti permainan yang biasa bagi sesetengah ibu bapa, tetapi ramai tidak menyedari bahawa permain...
10/09/2020

Permainan blok nampak seperti permainan yang biasa bagi sesetengah ibu bapa, tetapi ramai tidak menyedari bahawa permainan blok sebenarnya memberikan banyak kebaikan dalam perkembangan kanak-kanak, antaranya:
✅ Kemahiran motor dan koordinasi mata-tangan
✅ Penaakulan ruang
✅ Fleksibiliti kognitif
✅ Kemahiran bahasa
✅ Kapasiti untuk pemikiran kreatif dan berbeza
✅ Kecekapan sosial
✅ Kemahiran kejuruteraan

Selamat Hari Raya Aidil Adha.
30/07/2020

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

The short term messiness is important for our long term goals.Bless the mess, mommies.
30/07/2020

The short term messiness is important for our long term goals.

Bless the mess, mommies.

Ibu mengalami hari yang s**ar, tak cukup tidur, banyak masa dihabiskan untuk menyiapkan makan malam, mencuci pakaian, baru sahaja selesai mengemas…
Kemudian ibu lihat bayi kesayangan yang baru belajar makan itu mula melambai-lambaikan tangan sambil memegang makanan, menepuk-nepuk meja makan dengan cebisan makanan di tangan, menggosok-gosok rambut dengan tangan yang kotor itu…
Adakah ibu rasa kecewa?
Adakah ibu rasa tertekan?
Ahh perlu kemas sekali lagi! Bersihkan meja, bersihkan lantai, mandikan bayi semula.
Ibu pasti merasakan hampir gila. Tapi… JANGAN PUTUS ASA!
Kecomotan yang dibuat anak itu ada baiknya!
Dengan membuat comot, making mess, sebenarnya membantu bayi untuk:

BELAJAR. Mereka meneroka dengan tangan-tangan kecil mereka. Merasai tekstur baru, bagaimana makanan berubah bentuk bila dilenyek.
Dengan menggunakan panca indera ini, ia menghantar isyarat ke otak. Penggunaan indera baru, memori baru tercipta, dan proses ini meningkatkan perkembangan otak.
Meningkatkan kebebasan bayi apabila mereka membuat ‘idea’ mereka sendiri tentang apa yang mereka rasakan dan lakukan, dan mereka akan mula menyuap diri sendiri nanti. (TIPS: Sekiranya bayi belum mula menyuap, ibu boleh memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyuap, tapi jangan memaksa. Hanya tunjuk, dan mereka akan mengikuti caranya)
Mengelakkan bayi menjadi ‘fussy eater’ atau memilih makanan. Dengan memberi mereka bermain dengan tekstur makanan, mereka akan explore sendiri apa yang merka perlu, berapa banyak yang mereka perlu. Cuma bantu bayi untuk belajar cara pemakanan yang selamat.
Comot (Mess) = baik untuk perkembangan mental / fizikal / sosial / emosi
Percayalah, lebih mudah untuk ‘just go with it’ dengan kecomotan itu dari ibu stress kerana terlalu memikirkan untuk mengelakkan anak membuat comot.
INGAT.
Kecomotan jangka pendek ini penting untuk matlamat masa panjang anak.
Fokus pada matlamat yang panjang itu, ibu mampu melakukannya 💪🏽😘

Honoring all the dads on Father’s Day. Hoping all the fathers have a happy day.From all of us in Open House Play Center.
21/06/2020

Honoring all the dads on Father’s Day. Hoping all the fathers have a happy day.

From all of us in Open House Play Center.

Raya tahun ini amat berbeza,tak dapat balik kampung raya bersama.Walau jauh berada di mata,ingatan tulus ikhlas tetap di...
23/05/2020

Raya tahun ini amat berbeza,
tak dapat balik kampung raya bersama.
Walau jauh berada di mata,
ingatan tulus ikhlas tetap di rasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dari kami di Open House Play Center.

Address

14, Lorong Seri Mengkuang 6, Taman Seri Mengkuang
Butterworth
13400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Open House Play Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category