UMNO Bagan

UMNO Bagan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UMNO Bagan, Political organisation, Wisma UMNO, Butterworth.

YANG DI-PERTUAN AGONG SERIKAN SESI FOTOGRAFI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-80 UMNO KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Su...
11/05/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG SERIKAN SESI FOTOGRAFI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-80 UMNO

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar, Johor Bahru sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada hari ini (11 Mei).

Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Keberangkatan Sultan Ibrahim disambut oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

Sesi fotografi ini diadakan bagi mengenang sejarah penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim, hasil Kongres Melayu Ketiga yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar.

Penubuhan parti ini menjadi salah sebuah lembaran utama dalam perjuangan nasionalisme negara sehingga mencetuskan pergerakan menentang Malayan Union dan kemudian ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.



Alhamdulillah...
20/04/2026

Alhamdulillah...

Tahniah dan Hebat! 1,908 Ahli Baharu UMNO telah saya luluskan setakat pukul 6 petang ni, setelah 8 jam Pendaftaran Keahlian Secara Atas Talian (Online) dibuka kali pertama. Keahlian Pemuda UMNO yang paling tinggi iaitu seramai 1,215 orang. Syabas pemuda!


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada seluruh umat IslamHari ini, kita merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada seluruh umat Islam

Hari ini, kita merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa, membersihkan jiwa, dan mempererat silaturahim.

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, kedamaian, dan keberkatan kepada kita semua.

Mari kita terus bersatu, berbagi kasih sayang, dan memperkuatkan ikatan persaudaraan.

Semoga kita dapat memulai lembaran baru dengan hati yang suci dan semangat yang baru.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026!

Alhamdulillah , syukur kepada Allah SWT diatas limpah kurniaNya UMNO Bagan telah selesai mengagihkan Hamper  beg makanan...
16/03/2026

Alhamdulillah , syukur kepada Allah SWT diatas limpah kurniaNya UMNO Bagan telah selesai mengagihkan Hamper beg makanan kepada 600 penerima melibatkan ahli2 UMNO Bagan dan mereka yang kurang kemampuan sekitar Parlimen Bagan. Program Sumbangan Ihya Ramadhan UMNO Bagan yang diadakan pada setiap tahun di bulan Ramadhan, merupakan Ilham dari Ybhg Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Ketua UMNO Bahagian Bagan yang sudi berkongsi rezeki menjayakan Program ini.

Semoga Sumbangan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada para penerima dalam menjalani Ibadah Puasa di minggu akhir Ramadhan dan Aidil Fitri yang akan menjelang tiba.

Alhamdulillah
01/03/2026

Alhamdulillah

Alhamdulillah, UMNO Bahagian Bagan berpeluang untuk menyantuni serta menyampaikan Sumbangan Ihya Ramadhan beg barangan m...
28/02/2026

Alhamdulillah, UMNO Bahagian Bagan berpeluang untuk menyantuni serta menyampaikan Sumbangan Ihya Ramadhan beg barangan makanan kepada ahli2 UMNO & masyarakat setempat yang memerlukan melibatkan cawangan2 UMNO dalam Parlimen Bagan.

Program Tahunan Sumbangan Ihya Ramadhan ini merupakan inisiatif Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin selaku Ketua UMNO Bahagian Bagan melalui Team UMNO Bagan menyantuni & membantu golongan yang memerlukan sekitar Parlimen Bagan .

Semoga usaha murni ini dapat mengukuhkan silaturahim serta memberi manfaat kepada penerima menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ ...
18/02/2026

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah Al Baqarah, ayat 183)

Taklimat Skim Barakat Tekun Nasional
06/02/2026

Taklimat Skim Barakat Tekun Nasional

Taklimat Skim Barakat Tekun Nasional

Skim khas Ramadan 2026 oleh KUSKOP
10 Feb 2026
Dewan Reflesia,Midtown PERDA
3:00 petang

Jom Hadir !

Nisfu Syaabanعَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَج...
02/02/2026

Nisfu Syaaban

عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah Azawajalla memerhati makhlukNya pada malam pertengahan bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), lalu Dia mengampuni semua makhluk-Nya kecuali orang yang melakukan syirik dan orang yang bermusuhan

(HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban...
02/02/2026

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban...

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh dengan rahmat dan keampunan Allah SWT. Allah SWT memandang kepada seluruh makhluk-Nya pada malam ini lalu mengampunkan dosa semua hamba-Nya, kecuali mereka yang melakukan syirik serta mereka yang menyimpan permusuhan.

Umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan seperti membaca al-Quran, solat sunat, berdoa, memohon keampunan, bertaubat dengan sebenar-benarnya serta membersihkan hati daripada segala sifat tercela.

Semoga Malam Nisfu Syaaban ini menjadi medan muhasabah diri dan titik permulaan ke arah kehidupan yang lebih diredai Allah SWT.







Address

Wisma UMNO
Butterworth
12000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO Bagan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMNO Bagan:

Share