04/09/2026
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN SEPTEMBER & MAJLIS KIBAR JALUR GEMILANG PERDA
BUTTERWORTH, 4 September 2026 – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan September dan Majlis Kibar Jalur Gemilang bertempat di Ibu Pejabat PERDA.
Majlis yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Pengurus Besar PERDA serta Timbalan-Timbalan Pengurus Besar ini menjadi platform untuk menyampaikan perkembangan semasa organisasi, memperkukuh komunikasi bersama warga kerja serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga PERDA.
Dalam amanatnya, YBhg. Dato’ Pengurus Besar turut berkongsi perkembangan terkini berkaitan prestasi perbelanjaan PERDA, keperluan melaksanakan langkah-langkah penjimatan secara berhemah serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan pengurusan organisasi terus berada pada landasan yang baik. Beliau turut menjelaskan rasional di sebalik pusingan penempatan pegawai yang telah dilaksanakan baru-baru ini.
Suasana majlis turut diserikan dengan pelbagai aktiviti dan penyampaian penghargaan kepada warga PERDA, antaranya Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan, Anugerah Staf Ikon PERDA bagi bulan Mei hingga Ogos, serta penyampaian hadiah bagi Pertandingan Inovasi Peringkat Dalaman, Pertandingan i-Complex, Pertandingan Video Eksplorasi Hatyai Gateway anjuran PUSPANITA dan Kuiz Maulidur Rasul anjuran Biro Kerohanian, Kelab Sukan Kebajikan dan Kakitangan PERDA.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan Majlis Kibar Jalur Gemilang yang disertai oleh seluruh warga kerja PERDA sebagai simbol semangat patriotisma, kecintaan kepada negara dan komitmen untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.