17/07/2026
ุฅููููุง ููููููฐูู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
Dengan penuh rasa dukacita, selepas Subuh tadi kami menerima berita pemergian Allahyarham Ustaz Mohd Nordin bin Haji Jaafar, mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang bagi sesi 2005โ2017.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat besar buat seluruh warga PAS Kawasan Bukit Gantang dan mereka yang pernah mengenali beliau. Allahyarham dikenali sebagai seorang murabbi, pemimpin yang berjiwa besar, sentiasa merendah diri, teguh istiqamah dalam perjuangan, serta tidak pernah jemu menabur bakti demi agama, masyarakat dan jamaah sehingga ke penghujung usia.
Segala jasa, pengorbanan dan didikan yang ditinggalkan menjadi legasi yang akan terus dikenang serta menjadi inspirasi kepada generasi penerus perjuangan. Semoga setiap langkah, keringat, nasihat dan amal soleh Allahyarham diterima sebagai pemberat timbangan kebaikan di sisi Allah SWT.
Kami merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada keluarga dalam menghadapi saat yang amat mendukacitakan ini.
ุงููููููู
ูู ุงุบูููุฑู ูููู ููุงุฑูุญูู
ููู ููุนูุงูููู ููุงุนููู ุนูููููุ ููุฃูููุฑูู
ู ููุฒูููููุ ููููุณููุนู ู
ูุฏูุฎูููููุ ููุงุฌูุนููู ุงููุฌููููุฉู ู
ูุฃูููุงูู.
Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah beliau, sejahterakanlah dan maafkanlah segala kesalahannya. Muliakanlah tempat kembalinya, luaskanlah kuburnya, dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya. Kurniakanlah juga kepada ahli keluarganya kesabaran yang indah serta ganjaran atas musibah yang menimpa mereka.
Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh Allahyarham, mengampunkan segala kekhilafannya, melapangkan kuburnya, menghimpunkan beliau bersama para nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah.
Gambar: Ziarah mahabbah Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Sdr Haniz Husni pada 05 April 2026 yang lalu.