Perpustakaan Desa RPT Batu Sepuluh, Chemor Perak

Perpustakaan Desa RPT Batu Sepuluh, Chemor Perak Waktu Operasi

BUKA
9.00 pagi - 5.30 petang
(Isnin - Selasa)

TUTUP
Sabtu - Ahad dan
Cuti Umum

14/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Hormati Jalur Gemilang dengan mengamalkan etika yang betul sebagai tanda cinta kepada negara.

Bersama kita pelihara simbol kedaulatan dan maruah Malaysia. ✨





✨INDAHNYA JAWI✨
14/08/2026

✨INDAHNYA JAWI✨

14/08/2026

Antara doa yang paling afdal untuk diamalkan ialah memohon kesejahteraan di dunia dan di akhirat, kerana di situlah terhimpun segala kebaikan kehidupan.

Semoga Allah SWT mengurniakan keselamatan, ketenangan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kita.





14/08/2026

Tahukah Anda?

Congkak bukan sekadar permainan, malah merupakan seni strategi dan pengiraan yang berasal daripada keluarga permainan dunia 'Mancala' dan warisan masyarakat Melayu ini terus mekar dimainkan merentasi generasi hingga kini.


14/08/2026

*SEJARAH WAKAF* ✨

Wakaf merupakan satu konsep pemberian harta yang menjadi amalan Rasulullah SAW dan dipanjangkan oleh para sahabat. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Permulaan institusi wakaf pertama terjadi pada masa Rasulullah SAW. Ketika hijrah bersama kaum Muhajirin ke Madinah, umat Islam membangun Masjid Quba. Inilah wakaf pertama yang terjadi dalam sejarah peradaban Islam. Masjid tersebut dibina atas dasar taqwa dan dianggap wakaf pertama dalam Islam demi kepentingan agama.

Sudahkah anda berwakaf hari ini?

Ayuh salurkan sumbangan wakaf anda ke:
πŸ”Ή Nama Akaun: WAKAF IKIM
πŸ”Ή No. Akaun: 1102327413 (Bank Rakyat)
🌐 Atas Talian: wakaf.ikim.gov.my
πŸ“ž Pertanyaan: 017-624 5525

14/08/2026

YB DATO’ HUSSEIN BIN DATO’ ONN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI

Pada hari ini dalam tahun 1973, YB Dato’ Hussein bin Dato’ Onn, Ahli Parlimen Johor Bahru Timur dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pengumuman pelantikan beliau dibuat oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur. Beliau dilantik bagi menggantikan Allahyarham Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia. Bersekali dengan pelantikan beliau ini, YAB Tun Abdul Razak juga mengumumkan susunan kabinet baharu. Kabinet baharu ini mengadakan sidang pertamanya pada 14 Ogos 1973 selepas majlis mengangkat sumpah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





14/08/2026

𝐈𝐬𝐭𝐒π₯𝐚𝐑 π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒

Ikuti perkongsian dua istilah setiap hari, dari Isnin hingga Jumaat melalui media sosial DBP.



14/08/2026

𝐓𝐀𝐍 π’π‘πˆ πƒπ„π•π€πŠπˆ πŠπ‘πˆπ’π‡ππ€π - 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 π€π–π€πŒ π–π€ππˆπ“π€ ππ„π‘π“π€πŒπ€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Tan Sri Devaki Krishnan merupakan wanita pertama dipilih sebagai penjawat awam Malaysia pada tahun 1952. Beliau membuka laluan kepada wanita untuk terlibat dalam pentadbiran negara. Legasinya kekal dalam sejarah perjuangan wanita Malaysia.

πŸ“² Maklumat lanjut layari https://www.merdeka360.my/web/







πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

13/08/2026

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Tahukah anda? Jata Negara, Bendera Malaysia, Rukun Negara, lagu kebangsaan Negaraku dan Bunga Raya masing-masing mempunyai sejarah serta makna tersendiri yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.

✨ Jom kenali dan hayati simbol-simbol kebanggaan negara kita!

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, mari kita semarakkan rasa cinta kepada negara dengan mengenali sejarah, menghargai warisan dan menghayati nilai yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Address

Perpustakaan Rpt Batu 10 Chemor
Chemor
31200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa RPT Batu Sepuluh, Chemor Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa RPT Batu Sepuluh, Chemor Perak:

Shortcuts

Share