PUSAT Khidmat Dun Semerak

PUSAT Khidmat Dun Semerak Selamat Datang ke Laman Rasmi Pusat Khidmat DUN Semerak.

Segala Info, Program dan Lensa Kamera mengenai Aktiviti YB ADUN Semerak dan Hal Ehwal DUN Semerak boleh dilawati disini.

[RIDE SAMBIL SELAWAT]Lebih 20 anak muda Semerak menyertai program RIDE SAMBIL SELAWAT bersama YB Norsham Sulaiman, ADN S...
25/08/2026

[RIDE SAMBIL SELAWAT]
Lebih 20 anak muda Semerak menyertai program RIDE SAMBIL SELAWAT bersama YB Norsham Sulaiman, ADN Semerak, petang tadi sempena sambutan Maulidur Rasul, dengan destinasi perjalanan menuju ke Pantai Melawi.
Program yang diisi dengan selawat sepanjang perjalanan turut disusuli acara makan bersama, berbual mesra serta minum petang di destinasi, mewujudkan suasana santai dan penuh kekeluargaan dalam kalangan peserta.
YB Norsham berharap aktiviti sebegini dapat terus menyemarakkan semangat kecintaan generasi muda terhadap Rasulullah SAW selaras dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini.




SAMBUTAN MAULIDURRASUL GONG KALA.25 Ogos:- Sambutan Maulidur Rasul di Gong Kala menghimpunkan ratusan penduduk dalam sua...
25/08/2026

SAMBUTAN MAULIDURRASUL GONG KALA.
25 Ogos:- Sambutan Maulidur Rasul di Gong Kala menghimpunkan ratusan penduduk dalam suasana penuh keinsafan, diserikan aktiviti belarok sambil berselawat serta sumbangan one-off IPTA khas untuk anak-anak mukim Gong Kala yang melanjutkan pengajian ke menara gading.
Program turut diisi dengan jamuan makan gulai kawah special yang dinikmati bersama, mengeratkan silaturahim seluruh lapisan masyarakat setempat sempena sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Majlis turut dimeriahkan persembahan artis tempatan, membawa suasana lebih meriah kepada program anjuran YB Norsham Sulaiman, ADN Semerak ini. Salam Maulidur Rasul!




Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1448H bersamaan 2026M kepada seluruh umat Islam. Semoga kelahiran junjungan besar Na...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1448H bersamaan 2026M kepada seluruh umat Islam. Semoga kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW terus menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan seharian kita, khususnya dalam memperbanyakkan selawat dan meneladani akhlak mulia Baginda.
Sempena sambutan penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita hayati sirah dan perjuangan Rasulullah SAW demi memperkukuh iman serta ukhuwah sesama umat. Salam Maulidur Rasul daripada YB Norsham Sulaiman, ADN Semerak, kepada seluruh rakyat DUN Semerak. Semoga diberkati Allah SWT.




[Ziarah Anugerah Kecemerlangan STPM & STAM]Sekitar program ziarah dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan STPM & STAM Per...
24/08/2026

[Ziarah Anugerah Kecemerlangan STPM & STAM]
Sekitar program ziarah dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan STPM & STAM Peringkat DUN Semerak oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) N.31 Semerak, Nor Sham Sulaiman.
Inisiatif penghargaan ini dikhususkan bagi meraikan pelajar cemerlang dalam DUN Semerak yang berjaya meraih keputusan 3.50 ke atas bagi peperiksaan STPM, atau sekurang-kurangnya pencapaian tahap Jayyid Jiddan bagi STAM.
Penyampaian anugerah ini mencerminkan keprihatinan wakil rakyat dalam usaha memperkasakan kelestarian pendidikan anak tempatan.




PASANGAN PENGANTIN DUN SEMERAK TERIMA BANTUAN SKIM AZ-ZIWAAJSeramai 4 pasangan pengantin baharu di kawasan DUN Semerak m...
20/08/2026

PASANGAN PENGANTIN DUN SEMERAK TERIMA BANTUAN SKIM AZ-ZIWAAJ
Seramai 4 pasangan pengantin baharu di kawasan DUN Semerak menerima bantuan Skim Gerbang Az-Ziwaaj bernilai RM1,000 setiap pasangan, pada satu majlis penyampaian yang diadakan petang Rabu di Pejabat Pusat Khidmat DUN Semerak.
Bantuan tersebut disampaikan sebagai sokongan Kerajaan Negeri Kelantan bagi meringankan beban kewangan pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga, selaras dengan usaha berterusan menuju negeri berkebajikan sejak skim ini diperkenalkan pada 2011.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen DUN Semerak dalam memastikan bantuan kerajaan negeri sampai kepada golongan sasar tanpa berbelit, khususnya kepada pasangan yang layak dan memerlukan sokongan awal membina kehidupan berkeluarga.
Skim Bantuan Gerbang Az Ziwaj kini boleh di daftarkan secara atas talian.
https://eazziwaaj.kelantan.gov.my/
atau hubungi penghulu mukim masing-masing.




PENYAMPAIAN BAJA PADI DUN SEMERAK, SOKONG USAHA PESAWAH TEMPATANHampir 600 pesawah di kawasan DUN Semerak menerima sumba...
19/08/2026

PENYAMPAIAN BAJA PADI DUN SEMERAK, SOKONG USAHA PESAWAH TEMPATAN
Hampir 600 pesawah di kawasan DUN Semerak menerima sumbangan baja padi, dengan penyampaian secara simbolik kepada penerima pada satu majlis yang diadakan di perkarangan Pejabat DUN Semerak, petang tadi.
Majlis turut dihadiri Penghulu bersama para wakil penerima bagi sesi penyerahan, sebagai tanda sokongan pihak DUN Semerak kepada golongan pesawah dalam meneruskan usaha pertanian padi di kawasan Semerak.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan DUN Semerak dalam membantu meringankan kos input pertanian pesawah tempatan, selaras dengan semangat "Bertani Satu Ibadah."




LEBIH 60 PELAJAR TERIMA BANTUAN SEKALI BAYAR IPTA/IPTS FASA 2 DUN SEMERAKSeramai lebih 60 pelajar yang layak melanjutkan...
19/08/2026

LEBIH 60 PELAJAR TERIMA BANTUAN SEKALI BAYAR IPTA/IPTS FASA 2 DUN SEMERAK
Seramai lebih 60 pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menerima sumbangan bantuan One-off Fasa 2 pada Majlis Penyampaian Bantuan yang diadakan di Pejabat Pusat Khidmat DUN Semerak, Rabu.
Majlis turut dihadiri Ahli Dewan Negeri (ADN) Semerak, YB Norsham Sulaiman, yang menyampaikan bantuan tersebut secara simbolik kepada para penerima. Beliau menzahirkan tahniah dan syabas kepada adik-adik yang telah layak melangkah ke alam pengajian tinggi, sekali gus menyeru mereka agar meneruskan usaha, mengejar cita-cita serta menjaga nama baik keluarga, agama dan negara sepanjang menuntut ilmu kelak.
Program turut diisi dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Syaqiq Ibrahim yang menyentuh soal tajdid niat sebelum memulakan pengajian, kepentingan memilih lingkungan pergaulan yang islamik, serta menanam sikap berdikari dari segi kewangan dalam kalangan pelajar. Perkongsian ini dilihat sebagai persediaan rohani dan mental buat para pelajar sebelum melangkah ke menara gading.
Bantuan sekali bayar ini merupakan inisiatif berterusan pihak DUN Semerak dalam menyokong golongan pelajar meneruskan pengajian tanpa dibebani isu kewangan, selaras dengan hasrat "Semerak Kito Cakno."




YB NORSHAM SULAIMAN SAMPAIKAN PENGHARGAAN ATAS KECEMERLANGAN ATLET MUDA DUN SEMERAKSEMERAK, 18 OGOS – Ahli Dewan Negeri ...
18/08/2026

YB NORSHAM SULAIMAN SAMPAIKAN PENGHARGAAN ATAS KECEMERLANGAN ATLET MUDA DUN SEMERAK
SEMERAK, 18 OGOS – Ahli Dewan Negeri (ADN) DUN Semerak, YB Norsham Sulaiman menyampaikan penghargaan khas kepada Mohamed Shahefun bin Mohd Shahrifuudin, pelajar Tingkatan 5 Sek Men Keb Sungai Petai, yang muncul johan acara lompat jauh dengan lompatan 6.65 meter serta johan 4x400 meter pada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan (MSSK) baru-baru ini.
Kejayaan tersebut turut melayakkan Mohamed Shahefun mewakili Kelantan dalam acara lompat jauh di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Pahang akan datang, sekali gus menjadi lonjakan besar buat kerjaya sukannya.
Menzahirkan rasa bangga dengan pembangunan sukan generasi muda di DUN Semerak, YB Norsham Sulaiman berkata, "Pencapaian ini adalah permulaan yang baik. Saya berharap adik Shahefun terus berlatih bersungguh-sungguh dan mengukir kejayaan lebih besar di MSSM kelak."




PERMATA SUKASY KELANTAN TERUS BERSINAR WALAU DI RANTAU ORANG – NORSHAM SULAIMAN.16 Ogos – Bapa Angkat Sukan Skuasy Kelan...
16/08/2026

PERMATA SUKASY KELANTAN TERUS BERSINAR WALAU DI RANTAU ORANG – NORSHAM SULAIMAN.
16 Ogos – Bapa Angkat Sukan Skuasy Kelantan bagi SUKMA Selangor, YB Norsham Sulaiman berkata anak Kelantan yang berhijrah ke negeri lain terus membuktikan bakat mereka tidak pernah pudar. Beliau merujuk kepada dua individu, pertama seorang guru kelahiran Kelantan yang kini berkhidmat di Negeri Sembilan, ditempatkan di MSN N9. Tambahan p**a, Presiden Skuasy Negeri Johor juga kelahiran negeri kelantan.
"Anak Kelantan bukan sahaja hebat di kampung sendiri, malah turut menyumbang kepakaran di negeri lain," katanya, menegaskan Kelantan lama menjadi pusat lahirnya pengiat skuasy yang tersebar ke seluruh Malaysia.

PERSIDANGAN KEDUA PENGGAL KEEMPAT DUN SEMERAK: KOMITMEN BERTERUSAN UNTUK RAKYATSaya telah menghadiri Persidangan Kali Ke...
13/08/2026

PERSIDANGAN KEDUA PENGGAL KEEMPAT DUN SEMERAK: KOMITMEN BERTERUSAN UNTUK RAKYAT
Saya telah menghadiri Persidangan Kali Kedua bagi Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas dari 11 hingga 13 Ogos 2026, meneruskan tanggungjawab menyuarakan hala tuju pembangunan dan kebajikan rakyat DUN Semerak di peringkat dewan.
Sepanjang empat hari persidangan, pelbagai isu tempatan dibahaskan bagi memastikan peruntukan pembangunan dan suara rakyat terus diambil kira.
Terima kasih atas doa dan sokongan rakyat DUN Semerak.




Address

No 13 & 14 Bangunan MDPP Cherang Ruku
Cherang Ruku
16700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60199762406

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSAT Khidmat Dun Semerak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PUSAT Khidmat Dun Semerak:

Shortcuts

Share