Maktab PDRM KL

Maktab PDRM KL Sertai kami dengan klik 'Like' sekarang!. War-warkan kepada 'Friends' anda juga!.
(1)

Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, sebagai institusi latihan tertinggi PDRM, mempunyai peranan yang semakin mencabar dalam melahirkan pegawai polis berwibawa, berpengetahuan, profesional dan proaktif. Justeru itu, kursus-kursus yang lebih relevan dengan modul pembelajaran yang lebih komprehensif telah disediakan untuk meningkatkan lagi kompetensi pegawai-pegawai PDRM supaya dapat menghadapi cabaran-cabaran semasa bagi memenuhi tuntutan kepolisan moden.

๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”Seluruh warga Maktab PDRM Kuala Lumpur mengucapkan setinggi-ting...
01/06/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

Seluruh warga Maktab PDRM Kuala Lumpur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, atas Pengurniaan Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa Gelaran โ€˜Tan Sriโ€™ oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.



๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”YDH DCP Dr. Che Ghazali bin Che Awang, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur bersama isteri...
01/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

YDH DCP Dr. Che Ghazali bin Che Awang, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur bersama isteri YBhg. Puan Siti Nabihan binti Che Abdullah, Pengerusi PERKEP Maktab PDRM Kuala Lumpur mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai khususnya kepada warga PDRM yang meraikannya.

"๐—š๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ ๐—ก๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ"




๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จMerafak sembah serta menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka ...
31/05/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak sembah serta menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada,
Seluruh warga Maktab PDRM Kuala Lumpur




๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”YDH DCP Dr. Che Ghazali bin Che Awang, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur bersama isteri...
30/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

YDH DCP Dr. Che Ghazali bin Che Awang, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur bersama isteri YBhg. Puan Siti Nabihan binti Che Abdullah, Pengerusi PERKEP Maktab PDRM Kuala Lumpur mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia khususnya warga PDRM yang meraikannya.




๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ž๐—ง๐—”๐—• ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— Surau Al-'Alimin, Maktab PDRM Kuala Lumpur (Kh...
28/05/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ž๐—ง๐—”๐—• ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

Surau Al-'Alimin, Maktab PDRM Kuala Lumpur (Khamis, 28 Mei 2026) - Program Ibadah Korban Peringkat Maktab PDRM Kuala Lumpur Tahun 1447H/2026M telah diadakan bagi mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Maktab serta menghayati pengertian sebenar ibadah korban.

Pengagihan daging korban telah disempurnakan oleh YDH SAC Ahmad Adnan bin Basri, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana merangkap Naib Yang Dipertua Surau Al-โ€˜Alimin, Maktab PDRM Kuala Lumpur dan isteri, YBhg. Puan Dr. Roszita binti Haji Misnan kepada wakil-wakil Ketua Pusat, wakil Bahagian dan golongan asnaf sebagai tanda keprihatinan serta amalan berkongsi rezeki.

Pengisian program pelaksanaan ibadah korban tahun ini adalah proses penyembelihan lembu dan kambing, aktiviti melapah serta memasak bagi jamuan makan tengah hari telah dilaksanakan secara bergotong-royong melibatkan AJK Surau, ahli PERKEP serta warga Maktab dalam suasana penuh kerjasama.

Turut hadir sama YDH ACP Luzza Lenny binti Shahbudin dan suami, YDH ACP Nor Hafizah binti Nor Hamid, YDH ACP Mohd Naim bin Asnawi dan isteri, YDH ACP Mohd Razali bin Abdullah, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Maktab PDRM Kuala Lumpur. Program berjalan lancar dan baik.

Jurugambar dan juruvideo : Cawangan Bantuan Teknik




๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐’๐”๐๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ /๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŒSurau  Al-A'Alimin, Maktab PDRM Kuala Lumpur (Rabu, 27 Mei 2026 - Solat Suna...
27/05/2026

๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐’๐”๐๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ /๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

Surau Al-A'Alimin, Maktab PDRM Kuala Lumpur (Rabu, 27 Mei 2026 - Solat Sunat Hari Raya Aidiladha telah dipimpin oleh Imam dan Khatib, YBhg. Al Fadhil Ustaz Wan Khairuddin bin Wan Mahmood serta Bilal, Sjn Mohd Ridzuan bin Md Desa. Tajuk khutbah raya pada tahun ini adalah "Eiduladha : Iman dan Pengorbanan".

Antara intipati khutbah adalah umat Islam mestilah menghayati dan mengambil pengajaran daripada kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Hakikat pengorbanan yang sebenar adalah apabila seorang hamba menjadikan seluruh hidupnya tunduk dan patuh kepada Allah SWT.

Selain itu, falsafah ibadah korban ini lahir hamba-hamba Allah SWT yang benar-benar hidup dengan roh pengorbanan. Ibadah korban dan ibadah haji ini mengajar kita erti pengorbanan yang membentuk kekuatan ukhuwah, membina umat yang teguh menghadapi cabaran dan mampu mempertahankan maruah serta kesucian Islam.

Sebagai umat Islam hendaklah melaksanakan setiap ibadah dengan ikhlas kerana Allah SWT agar dapat meraih rahmat dan kurnia-Nya, serta memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Turut hadir adalah YDH SAC Ahmad Adnan bin Basri dan isteri, YDH ACP Luzza Lenny binti Shahbudin, YDH DSP Mohd Nadzir bin Othman, Pegawai Kanan Polis , Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, penduduk Frangipani Maktab PDRM Kuala Lumpur. Program berjalan dengan baik dan lancar.

Jurugambar dan juruvideo : Cawangan Bantuan Teknik




๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ Aidiladha mengajar kita erti sebuah pengorbanan, keikhlasan dan kasi...
26/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

Aidiladha mengajar kita erti sebuah pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan demi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Semoga ibadah serta pengorbanan kita semua diberkati serta diredhai-Nya.

Salam kemaafan tulus ikhlas daripada Dr. Komandan, Pengerusi PERKEP serta seluruh warga kerja Maktab PDRM Kuala Lumpur.




๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—ž๐—ง๐—”๐—• ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅMaktab PDRM Kuala Lumpur (Selasa, 26 Mei 2...
26/05/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—ž๐—ง๐—”๐—• ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ

Maktab PDRM Kuala Lumpur (Selasa, 26 Mei 2026) โ€“ Lawatan kerja oleh Wakil Kementerian Dalam Negeri Rusia yang diketuai oleh Mr. Grigory Borisov (๐™๐™š๐™ฅ๐™ง๐™š๐™จ๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ซ๐™š ๐™ค๐™› ๐™ฉ๐™๐™š ๐™ˆ๐™ž๐™ฃ๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ง๐™ฎ ๐™ค๐™› ๐™„๐™ฃ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž๐™ค๐™ง ๐™ค๐™› ๐™ฉ๐™๐™š ๐™๐™ช๐™จ๐™จ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™๐™š๐™™๐™š๐™ง๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ ๐™ฉ๐™ค ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–) telah disambut mesra oleh YDH SAC Ahmad Adnan bin Basri wakil Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Tujuan lawatan kerja adalah untuk melihat fasiliti-fasiliti yang ada di Maktab PDRM Kuala Lumpur bagi tujuan pelaksanaan kursus-kursus yang bersesuaian. Antara tempat yang dilawati adalah di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Perpustakaan, Dewan Moot Court, Bilik Kuliah JLog serta Bilik Kuliah Moot Casino. Pendedahan turut diberikan berkaitan kemudahan pembelajaran dan infrastruktur yang mampu menyokong pelaksanaan latihan.

Turut hadir sama YDH SAC Azman bin Shariโ€™at, YDH SAC Ng Siew Hiang, YDH ACP Luzza Lenny binti Shahbudin, Wakil-wakil Ketua Pusat, Wakil Ajutan, Pihak delegasi dan pegawai kanan Maktab PDRM Kuala Lumpur serta Bahagian Latihan Bukit Aman. Lawatan berjalan lancar dan jayanya.

Jurugambar: Cawangan Bantuan Teknik




๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ (๐Ÿ—) ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐’๐„๐‘๐„๐๐“๐€๐Š ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐”๐Š๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐‹๐ˆ๐€๐Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDR...
22/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ (๐Ÿ—) ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐’๐„๐‘๐„๐๐“๐€๐Š ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐”๐Š๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐‹๐ˆ๐€๐

Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur (Jumaat, 22 Mei 2026) โ€“ Majlis Perasmian Penutupan (9) Kursus Serentak Secara Bersemuka dan Dalam Talian telah dirasmikan oleh YDH DCP Dr. Che Ghazali bin Che Awang, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Intipati ucapan, kursus yang dianjurkan menggabungkan latihan secara bersemuka dan dalam talian bagi menyampaikan ilmu, memperkaya pengalaman pembelajaran serta meningkatkan keberkesanan latihan secara lebih dinamik dan inklusif. Kursus bersemuka membantu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan melalui pembelajaran interaktif di samping mempertingkatkan prestasi serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas. Kursus dalam talian p**a merupakan kaedah pembelajaran yang mampu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman yang fleksibel, interaktif serta mudah diakses selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa.

Memetik kata-kata seorang tokoh fizik teori dunia โ€œ๐‘จ๐’๐’ƒ๐’†๐’“๐’• ๐‘ฌ๐’Š๐’๐’”๐’•๐’†๐’Š๐’โ€, (๐‘‡โ„Ž๐‘’๐‘œ๐‘Ÿ๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘™ ๐‘ƒโ„Ž๐‘ฆ๐‘ ๐‘–๐‘๐‘–๐‘ ๐‘ก) - โ€œ๐‘ฌ๐’…๐’–๐’„๐’‚๐’•๐’Š๐’๐’ ๐‘ฐ๐’” ๐‘ต๐’๐’• ๐‘ป๐’‰๐’† ๐‘ณ๐’†๐’‚๐’“๐’๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ถ๐’‡ ๐‘ญ๐’‚๐’„๐’•๐’” ๐‘ฉ๐’–๐’• ๐‘ป๐’‰๐’† ๐‘ป๐’“๐’‚๐’Š๐’๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ถ๐’‡ ๐‘ป๐’‰๐’† ๐‘ด๐’Š๐’๐’… ๐‘ป๐’ ๐‘ป๐’‰๐’Š๐’๐’Œ.โ€ Pendidikan bukan sekadar menghafal fakta tetapi melatih minda untuk berfikir secara mendalam dan bijaksana. Kejayaan sebenar seorang pemimpin adalah melalui ilmu yang difahami dan dihayati demi kehidupan masyarakat yang berdaya saing.

Dalam majlis penutupan ini, beliau turut menyarankan supaya menjadi seorang ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ฉ๐’–๐’Š๐’๐’…๐’†๐’“ dan bukan hanya sebagai ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ผ๐’”๐’†๐’“ kerana teknologi ๐‘จ๐‘ฐ merupakan gedung ilmu yang perlu diterokai dan dimanfaatkan secara menyeluruh. Penguasaan serta penggunaan ๐‘จ๐‘ฐ juga penting agar tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi semasa. Nasihat juga turut diberikan agar sentiasa berwaspada terhadap taktik ๐’”๐’„๐’‚๐’Ž๐’Ž๐’†๐’“ yang semakin berleluasa seperti penyalahgunaan suara (๐’…๐’†๐’†๐’‘ ๐’‡๐’‚๐’Œ๐’†) melalui aplikasi ๐‘ฌ๐’๐’†๐’—๐’†๐’๐‘ณ๐’‚๐’ƒ๐’” yang mampu meniru secara realistik yang boleh menipu melalui ๐‘จ๐‘ฐ ๐’—๐’๐’Š๐’„๐’† ๐’„๐’๐’๐’๐’Š๐’๐’ˆ bagi memperdaya mangsa.

Majlis turut diserikan dengan penganugerahan (3) peserta terbaik bagi Kursus Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil Siri 2/2026 sebagai tanda penghargaan atas pencapaian cemerlang sepanjang kursus dijalankan.

Hadir sama YDH SAC Yahaya bin Bari, YDH SAC Ng Siew Hiang, YDH ACP Dr. Mohamad Daud bin Hj. Druis, Wakil-wakil Ketua Pusat Pengajian, Ajutan, Penyelaras dan Penolong Penyelaras Kursus serta peserta kursus dari pelbagai kontinjen dan formasi. Majlis berjalan lancar dan teratur.

Jurugambar dan juruvideo : Cawangan Bantuan Teknik




21/05/2026

Address

Jalan Cheras/Kajang
Cheras, Selangor
43200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60391065522

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktab PDRM KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Maktab PDRM KL:

Share