Perkep PSP Unit 4 KL

Perkep PSP Unit 4 KL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkep PSP Unit 4 KL, Government Organization, Markas Pasukan Simpanan Persekutuan, Cheras.

PROGRAM COMMUNITY POLICING – AGIHAN BUBUR LAMBUK UNIT 4 PSP KUALA LUMPUR3 Mac 2026 - Program anjuran TERUP 4 Charlie ber...
03/03/2026

PROGRAM COMMUNITY POLICING – AGIHAN BUBUR LAMBUK UNIT 4 PSP KUALA LUMPUR

3 Mac 2026 - Program anjuran TERUP 4 Charlie bersama PERKEP Unit 4 PSP Kuala Lumpur ini telah diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan masyarakat setempat, di samping memupuk semangat setiakawan dalam kalangan warga PDRM. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif kebajikan bersempena bulan Ramadan.

Agihan telah disempurnakan oleh YDH Supt. Mohd Fakir bin Fauzi, Pegawai Pemerintah Unit 4 bersama Pengerusi PERKEP Unit 4, Puan Siti Nurulhuda binti Abu Seman serta melibatkan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, ahli PERKEP Unit 4 dan kakitangan awam .

Sebanyak 800 bungkus bubur lambuk telah diagihkan di hadapan Balai Pengawal PSP Kuala Lumpur dan sebanyak 200 bungkus turut diagihkan kepada penghuni Rumah Seri Kenangan, Batu 18, Cheras.

Semoga usaha ini dapat diteruskan selaras dengan moto “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”




MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERKEP UNIT 4 PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN SESI 2026/202718 Januari 2026 – Majlis Peras...
18/01/2026

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERKEP UNIT 4 PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN SESI 2026/2027

18 Januari 2026 – Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERKEP Unit 4 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Kuala Lumpur telah berlangsung dengan lancar dan penuh tertib bertempat di Bilik Gerakan PSP Kuala Lumpur.

Majlis telah dirasmikan oleh YDH Supt. Mohd Fakir bin Fauzi, Pegawai Pemerintah Unit 4 PSP Kuala Lumpur bersama isteri beliau, Puan Siti Nurulhuda binti Abu Seman selaku Pengerusi PERKEP Unit 4 PSP Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini diadakan bagi pelantikan Ahli Jawatankuasa PERKEP Unit 4 yang baharu bagi sesi 2026/2027 serta sebagai platform perbincangan hala tuju dan perancangan strategik PERKEP Unit 4.

Diharapkan mesyuarat ini dapat memperkukuh peranan PERKEP dalam melaksanakan program kebajikan, sosial dan kemasyarakatan demi kesejahteraan serta keharmonian keluarga warga PDRM.




LAWATAN KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR ANJURAN PERKEP UNIT 4 PSP KL24 Disember 2025 (Rabu) - Usai Sambutan Hari Ulangtahu...
29/12/2025

LAWATAN KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR ANJURAN PERKEP UNIT 4 PSP KL

24 Disember 2025 (Rabu) - Usai Sambutan Hari Ulangtahun PSP ke-70 yang diadakan di Markas PSP Kuala Lumpur, PERKEP Unit 4 selaku Biro Kebudayaan PSP Malaysia bagi tahun 2025 menganjurkan Lawatan PERKEP ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Lawatan dihadiri oleh YBhg. Puan Norfarasha bt Abdullah (Pengerusi PERKEP PSP Malaysia), YBhg. Puan Siti Nurulhuda bt Abu Seman (Pengerusi PERKEP Unit 4), Pengerusi-pengerusi PERKEP PSP di samping ahli PERKEP PSP. Sesi lawatan dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai kraf-kraf yang dipamerkan di dalam Muzium Kraf oleh Puan Iman, wakil Kompleks Kraf KL.

Seterusnya beralih kepada aktiviti mewarna batik di mana kesemua peserta PERKEP mengambil bahagian dalam menunjukkan kemahiran mewarna masing-masing. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar. PERKEP Unit 4 mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang mengambil bahagian dalam lawatan yang dianjurkan ini. Semoga kita berjumpa di lain waktu!

25/12/2025

Jualan Rahmah Madani anjuran PERKEP Unit 4 PSP KL

🛒 Harga Rahmah, Pilihan Bijak!Orang ramai dijemput hadir ke Jualan Rahmah anjuran PERKEP Unit 4 yang menawarkan pelbagai...
19/12/2025

🛒 Harga Rahmah, Pilihan Bijak!

Orang ramai dijemput hadir ke Jualan Rahmah anjuran PERKEP Unit 4 yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga berpatutan bagi meringankan kos perbelanjaan seharian.

👧🧒 Menarik untuk seisi keluarga!
Turut disediakan aktiviti Soopa Doopa khas untuk kanak-kanak bagi menceriakan mereka sepanjang program berlangsung.

📆 20 - 21 DISEMBER 2025 ( SABTU & AHAD )

⏱️ 0830 HRS HINGGA 1530 HRS

📍DEWAN TERBUKA MARKAS PSP KL

05/12/2025

Selamat Hari Ulangtahun ke-70 buat PSP seluruh Malaysia. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T. Terus maju jaya dalam menjaga kedaulatan negara. Mara!

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH28 November 2025 — Program anjuran PERKEP Unit 4 dengan kerjasama Surau Ehsaniah PSP KL dan My...
30/11/2025

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH

28 November 2025 — Program anjuran PERKEP Unit 4 dengan kerjasama Surau Ehsaniah PSP KL dan MyFundAction ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang tatacara pengurusan jenazah mengikut syariat Islam.

Sesi teori dan praktikal dikendalikan oleh Ustazah Che Maslinda binti Muhammad merangkumi proses memandikan, mengkafankan, solat jenazah dan pengurusan di tanah perkuburan.

Majlis turut dihadiri YBHG. Puan Norfarasha binti Abdullah, Pengerusi PERKEP PSP, serta YBHG. Puan Siti Nurulhuda binti Abu Seman, Pengerusi PERKEP Unit 4 sebagai tanda sokongan dan komitmen memperkukuh ilmu fardu kifayah.

Program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kesedaran peserta dalam melaksanakan amanah pengurusan jenazah dengan tertib dan penuh tanggungjawab.


01/11/2025
MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT DAN SOLAT HAJAT BAGI PELAJAR SPM 2025 30 Oktober 2025 — Alhamdulillah, dengan l...
01/11/2025

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT DAN SOLAT HAJAT BAGI PELAJAR SPM 2025

30 Oktober 2025 — Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan izin Allah SWT, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat bagi pelajar SPM 2025 yang telah dianjurkan oleh PERKEP Unit 4 PSP Kuala Lumpur bertempat di Surau Ehsaniah, PSP Kuala Lumpur.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDH Supt. Mohd Fakir bin Fauzi (Pegawai Pemerintah Unit 4 PSP Kuala Lumpur) serta YBHG. Puan Siti Nurulhuda binti Abu Seman (Pengerusi PERKEP Unit 4 PSP Kuala Lumpur).

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan Bacaan Surah Yasin dan Tahlil. Para hadirin turut bersama-sama menadah tangan memohon keberkatan, ketenangan jiwa serta kejayaan buat semua pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Semoga segala usaha dan doa yang dipanjatkan dalam majlis ini diberkati Allah SWT dan menjadi pemangkin kejayaan gemilang buat semua calon SPM 2025. 🌸



PROGRAM CHIT CHAT SANTAI PERKEP UNIT 4 PSP KUALA LUMPUR16 Ogos 2025 - Program Chit Chat Santai Perkep Unit 4 yang bertem...
21/08/2025

PROGRAM CHIT CHAT SANTAI PERKEP UNIT 4 PSP KUALA LUMPUR

16 Ogos 2025 - Program Chit Chat Santai Perkep Unit 4 yang bertempat di bilik taklimat PSP Kuala Lumpur telah berlangsung dengan suasana penuh mesra dan ceria, diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Puan Siti Nurulhuda Bt Abu Seman, Pengerusi Perkep Unit 4 PSP Kuala Lumpur, YBhg. Puan Ida Norhana Bt Mustapha, Naib Pengerusi Perkep Unit 4 PSP Kuala Lumpur, serta ahli-ahli Perkep Unit 4.

Matlamat program adalah untuk mengeratkan ikatan silaturrahim, membuka ruang perkongsian idea serta mewujudkan suasana harmoni dan positif dalam kalangan warga Perkep Unit 4 PSP K.L.

Semoga program seperti ini terus menjadi wadah penyatuan, menguatkan ukhuwah dan memberi manfaat buat semua ahli di bawah naungan Perkep Unit 4 PSP Kuala Lumpur.



Address

Markas Pasukan Simpanan Persekutuan
Cheras
43200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep PSP Unit 4 KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share