Maktab PDRM KL

Maktab PDRM KL Sertai kami dengan klik 'Like' sekarang!. War-warkan kepada 'Friends' anda juga!.

Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, sebagai institusi latihan tertinggi PDRM, mempunyai peranan yang semakin mencabar dalam melahirkan pegawai polis berwibawa, berpengetahuan, profesional dan proaktif. Justeru itu, kursus-kursus yang lebih relevan dengan modul pembelajaran yang lebih komprehensif telah disediakan untuk meningkatkan lagi kompetensi pegawai-pegawai PDRM supaya dapat menghadapi cabaran-cabaran semasa bagi memenuhi tuntutan kepolisan moden.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ (๐๐ƒ๐) ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„ - ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐Š๐“๐€๐ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ...
02/09/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ (๐๐ƒ๐) ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„ - ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐Š๐“๐€๐ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘

Lobi, Maktab PDRM Kuala Lumpur ( Rabu, 02 September 2026) - YDH SAC Wan Kamarul Azran bin Wan Yusof, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan, Maktab PDRM Kuala Lumpur telah hadir ke Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke โ€“ 219 Peringkat Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Program derma darah ini merupakan anjuran Unit Kebajikan, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN). Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini telah dihadiri seramai (46) orang terdiri dari Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Maktab PDRM Kuala Lumpur

Antara objektif kempen derma darah ini adalah bagi menampung kekurangan bekalan darah di Pusat Darah Negara dan hospital-hospital yang memerlukan. Selain itu, program ini turut menjadi salah satu inisiatif dalam menganjurkan aktiviti yang memberi manfaat kepada warga Maktab PDRM Kuala Lumpur serta menyemai semangat keprihatinan dan budaya membantu masyarakat.

Seramai (29) warga Maktab PDRM Kuala Lumpur yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam telah layak untuk menderma darah. Sepanjang program berlangsung (29) beg darah berjaya dikumpulkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai tanda keprihatinan warga PDRM dalam membantu memenuhi keperluan bekalan darah demi kesejahteraan masyarakat. Setitis Darah, Sejuta Harapan.

Jurugambar : Cawangan Bantuan Teknik




27/08/2026

RAKYAT DIJEMPUT BERSAMA | SAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 DENGAN SELAMAT & SELESA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengajak orang ramai yang akan menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Putrajaya supaya datang lebih awal, merancang perjalanan dan mengutamakan penggunaan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan perjalanan lebih lancar.

โ€œTanpa negara yang aman, pembangunan tidak mungkin dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.โ€
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Orang ramai digalakkan menggunakan kemudahan KTM Komuter, MRT, Bas Rapid KL dan Bas Perantara Putrajaya, selain mengelakkan laluan yang terjejas serta sentiasa mematuhi arahan petugas keselamatan dan trafik di lokasi.

Dalam semangat people-centric, PDRM akan terus membantu melancarkan pergerakan orang ramai, menjaga keselamatan kawasan tumpuan dan memastikan sambutan berlangsung dengan teratur. Pengunjung juga disaran menjaga kebersihan, keselamatan diri, keluarga serta barangan peribadi sepanjang berada di kawasan sambutan.

๐Ÿ“ž Hotline Polis Kuala Lumpur: 03-2115 9999
๐Ÿšจ Kecemasan: 999

Maklumat trafik semasa turut boleh diperoleh melalui aplikasi berkaitan serta saluran rasmi pihak berkuasa.

Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama menyambut dengan penuh semangat patriotik, tertib dan bertanggungjawab. Kerjasama rakyat menjadi sebahagian daripada kekuatan keselamatan negara.

Sumber:
Kenyataan Media Ketua Polis Kuala Lumpur, 25 Ogos 2026.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐Š๐“๐€๐ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Makta...
27/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐Š๐“๐€๐ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur (Rabu, 26 Ogos 2026) - Program Sambutan Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh penceramah jemputan Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan yang telah disambut mesra oleh YDH DCP Dr. Che Ghazali bin Che Awang, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Objektif program ceramah Maulidur Rasul adalah untuk memupuk kecintaan mendalam terhadap Nabi Muhammad SAW serta menghayati sirah perjuangan Baginda.

Hadir sama YBhg. Puan Siti Nabihan binti Che Abdullah, Pengerusi PERKEP Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH SAC Wan Kamarul Azran bin Wan Yusof, YDH ACP Nor Hafizah binti Nor Hamid, Wakil-wakil Ketua Pusat, Ajutan, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Maktab PDRM Kuala Lumpur serta jemputan staf dari Pasukan Simpanan Persekutuan, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Bahagian D10 Makmal Forensik. Program berjalan baik dan lancar.

Jurugambar dan juruvideo : Cawangan Bantuan Teknik




๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐๐€๐๐„๐‹ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐“๐„๐Œ๐”๐ƒ๐”๐†๐€ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐“๐€๐ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘Pejabat Komandan, Maktab PDRM Kual...
26/08/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐๐€๐๐„๐‹ ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐“๐„๐Œ๐”๐ƒ๐”๐†๐€ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐“๐€๐ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘

Pejabat Komandan, Maktab PDRM Kuala Lumpur (Rabu, 26 Ogos 2026) - Kunjungan hormat oleh Ahli Panel Lembaga Temuduga yang diketuai oleh YBhg. Datoโ€™ Sri Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Pengerusi Lembaga Temuduga ke atas YDH DCP Dr. Che Ghazali bin Che Awang, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Tujuan kunjungan hormat adalah bagi memperkukuhkan hubungan kerja serta jaringan profesional antara Ahli Panel Lembaga Temuduga dengan pihak Maktab PDRM Kuala Lumpur serta memberi ruang bertukar pandangan berkaitan peranan dan fungsi Maktab.

Kunjungan ini turut melibatkan pelaksanaan sesi temuduga kenaikan pangkat pegawai kanan PDRM daripada pangkat ๐ด๐‘ ๐‘–๐‘ ๐‘ก๐‘’๐‘› ๐‘†๐‘ข๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘’๐‘› ๐‘ƒ๐‘œ๐‘™๐‘–๐‘  (ASP) ke ๐ท๐‘’๐‘๐‘ข๐‘ก๐‘– ๐‘†๐‘ข๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘’๐‘› ๐‘ƒ๐‘œ๐‘™๐‘–๐‘  (DSP) yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2026 hingga 4 September 2026 bertempat di Bilik Temenggong, Maktab PDRM Kuala Lumpur. Semoga sesi temuduga yang dilaksanakan berjalan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam menilai tahap kompetensi, keupayaan serta potensi bagi setiap calon.

Turut hadir YDH DCP Datoโ€™ Mohd Ali bin Tamby (Ahli I), YDH SAC Ng Siew Hiang, YDH SAC Mazleen binti Mohd Nazir (Ahli II), YDH ACP Luzza Lenny binti Shahbudin, YDH Supt. Wan Norazlin binti Meor Khoridi (Setiausaha), YBhg. En. Syazwan bin Wagiman (Pen. Setiausaha), Wakil-wakil Ketua Pusat, Ajutan serta pegawai kanan Maktab PDRM Kuala Lumpur. Majlis berjalan baik dan lancar.

Jurugambar: Cawangan Bantuan Teknik




24/08/2026
24/08/2026

KPN TERIMA DARJAH KEBESARAN DARJAH GEMILANG SERI MELAKA

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Datuk Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail atas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran โ€œDatuk Seriโ€.

Tan Sri Datuk Seri Hj. Mohd Khalid dianugerahkan D.G.S.M. dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka, hari ini.





#24082026

24/08/2026
๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก (๐Ÿณ) ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—กDewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM KL (Juma...
21/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก (๐Ÿณ) ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ก

Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM KL (Jumaat, 21 Ogos 2026) โ€“ Majlis Penutupan (7) Kursus Serentak Secara Bersemuka dan Dalam Talian telah dirasmikan oleh YDH DCP Dr. Che Ghazali bin Che Awang, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Intipati ucapan, pelaksanaan kursus bersemuka dan dalam talian sebagai platform memperkasakan ilmu, kepimpinan, profesionalisme melalui pembelajaran fleksibel, strategik serta memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan dalam menghadapi cabaran tugas yang semakin kompleks.

Kursus bersemuka menjadi wadah pengukuhan kepimpinan melalui interaksi langsung, perkongsian pengalaman dan pertukaran pandangan dalam membina kesepaduan serta keupayaan membuat keputusan. Manakala kursus dalam talian memperluas akses pembelajaran melalui perkongsian kepakaran dan maklumat terkini secara pantas dengan perkembangan teknologi serta perubahan landskap keselamatan semasa.

Memetik kata-kata seorang tokoh dunia, ๐‘†๐‘ก๐‘’๐‘ฃ๐‘’ ๐ฝ๐‘œ๐‘๐‘  :- โ€œ๐‘ฐ๐’๐’๐’๐’—๐’‚๐’•๐’Š๐’๐’ ๐‘ซ๐’Š๐’”๐’•๐’Š๐’๐’ˆ๐’–๐’Š๐’”๐’‰๐’†๐’” ๐‘ฉ๐’†๐’•๐’˜๐’†๐’†๐’ ๐‘จ ๐‘ณ๐’†๐’‚๐’…๐’†๐’“ ๐‘จ๐’๐’… ๐‘จ ๐‘ญ๐’๐’๐’๐’๐’˜๐’†๐’“.โ€ Kata-kata ini menekankan kepimpinan menuntut keberanian untuk mencetuskan pembaharuan, meneroka pendekatan baharu dan memacu perubahan bagi menghadapi cabaran serta mencapai kecemerlangan organisasi.

Beliau turut memaklumkan maktab kini dalam proses penambahbaikan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 dengan penampilan yang lebih baik serta dilengkapi dengan fasiliti baharu yang lebih selesa dan moden. Selain itu, transformasi penggunaan ๐‘จ๐‘ฐ diperkasakan bagi membantu warga PDRM mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan tepat serta meningkatkan kecekapan dalam tugasan harian.

Maktab PDRMKL berperanan sebagai pusat inovasi dalam memperkasakan pembangunan aplikasi ๐‘จ๐‘ฐ yang merupakan satu transformasi dalam meningkatkan kecekapan warga PDRM agar bukan sekadar menjadi pengguna tetapi mampu mencipta dan mengintegrasikan dalam tugasan harian.

Majlis turut diserikan dengan penganugerahan 3 peserta terbaik bagi Kursus Ketua Cawangan Khas (KCKD) No. 38 (Siri 2/2026) sebagai tanda penghargaan atas pencapaian cemerlang sepanjang kursus berlangsung.

Hadir sama SAC Yahaya bin Bari, YDH SAC Ng Siew Hiang, YDH ACP Dr. Mohamad Daud bin Hj. Druis, YDH ACP Luzza Lenny binti Shahbudin, YDH ACP Nor Hafizah binti Nor Hamid, Wakil Ketua Pusat Pengajian, Ajutan, Pegawai Penyelaras Kursus, Penolong Pegawai Penyelaras Kursus serta pegawai kanan berpangkat Insp hingga Supt dari pelbagai kontinjen dan formasi. Majlis berjalan lancar dan baik.

Jurugambar : Cawangan Bantuan Teknik




21/08/2026

AKAN DATANGโ€ฆ AISSEโ€™27 | LEBIH DARIPADA PAMERAN

Asia International Security Summit & Expo (AISSE) 2027 bakal membuka ruang lebih luas kepada agensi penguatkuasaan, pemain industri dan komuniti keselamatan untuk meneroka teknologi serta penyelesaian terkini dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

Berlangsung pada 26 hingga 28 Januari 2027 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, AISSEโ€™27 bukan sekadar sebuah pameran, malah menjadi platform strategik untuk perkongsian ilmu, penerokaan teknologi dan pembentukan kerjasama dalam ekosistem keselamatan masa hadapan.

Antara bidang tumpuan termasuk penyiasatan, keselamatan siber, pengurusan krisis, analisis risiko, kawalan sempadan, logistik pintar serta teknologi penguatkuasaan. Perkembangan Smart Security, kecerdasan buatan (AI) dan digital surveillance turut memperlihatkan bagaimana teknologi boleh menyokong keupayaan penguatkuasaan yang lebih cekap, responsif dan bersepadu.

AISSEโ€™27 memperkukuh usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mempertemukan teknologi, kepakaran dan keperluan operasi sebenar, sekali gus memperluas jaringan strategik bagi meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan negara.

๐Ÿ“… 26โ€“28 Januari 2027
๐Ÿ“ MITEC, Kuala Lumpur

Nantikan AISSEโ€™27 lebih daripada pameran, sebuah platform membentuk masa hadapan keselamatan.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐’๐”๐๐€๐“ ๐“๐€๐’๐๐ˆ๐‡ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ž๐—ง๐—”๐—• ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
21/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐’๐”๐๐€๐“ ๐“๐€๐’๐๐ˆ๐‡ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ž๐—ง๐—”๐—• ๐—ฃ๐——๐—ฅ๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Address

Jalan Cheras/Kajang
Cheras
43200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60391065522

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktab PDRM KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Maktab PDRM KL:

Share