Al Munawwarah TV

Al Munawwarah TV Al Munawwarah TV

10 Muharam 1446H | 16 Julai 2024 | SELASASalam Alaik,إنا لله و إنا إليه راجعون Mendapat perkhabaran sebentar tadi, Hajah...
16/07/2024

10 Muharam 1446H | 16 Julai 2024 | SELASA

Salam Alaik,
إنا لله و إنا إليه راجعون

Mendapat perkhabaran sebentar tadi, Hajah Khuzaimah Kamaruddin ( Ahli kuliah di Zoom Al Kuliyah ) dan juga jemaah UMRAH Bersama UST WAN , telah kembali ke rahmatullah pada 15/7/2024 BERSAMAAN 9 Muharam 1446H @ 7.13pm.

Jenazah kini berada di Masjid Al-Munawarah Seksyen 27, Shah Alam. Dijangka dikebumikan di tanah perkuburan islam Seksyen 21, Shah Alam pada 16/7/2024 @ 9.30am.

Bersama2 kita mendoakan agar jenazah tenang Di sana dan semoga Allah memberikan kekuatan kpd keluarga mereka.

Doa untuk orang yang meninggal dunia (perempuan):

للَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Maksudnya:

"Ya Allah, ampuni-lah, rahmati-lah, bebaskan-lah, dan lepaskan-lah dia. Dan, muliakan-lah tempat tinggalnya, luaskan-lah dia. Dan, muliakan-lah tempat tinggalnya, luaskan-lah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkan-lah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran.

Dan ganti-lah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkan p**a. Masukkanlah dia ke dalam surga dan lindungi-lah dari siksa kuburnya serta fitnahnya, dan dari siksa api neraka."

Anjuran ucapan doa takziah ke atas jenazah dan keluarganya.

أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَ وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ وَغَفَرَ لمَيِّتِكَ

Ertinya:

"Semoga Allah memperbesar pahalamu, dan menjadikan baik musibahmu, dan mengampuni jenazahmu."

إِنَّ لِلهِ تَعَالى مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمَّى فمُرْهَا فَلْتَصْبرْ وَلْتَحْتَسِبْ

Ertinya:

"Sesungguhnya Allah maha memiliki atas apa yang dia ambil dan dia berikan. Segala sesuatu mempunyai masa-masa yang telah ditetapkan di sisi-Nya. Hendaklah kamu bersabar dan mohon pahala dari Allah." (HR Bukhari dan Muslim)

17 Jun 2024 | 10 Zulhijjah 1445H | Isninالله اكبر، الله اكبر، الله اكبر لا اله الا الله هو الله اكبر ،الله اكبر ولله الح...
16/06/2024

17 Jun 2024 | 10 Zulhijjah 1445H | Isnin

الله اكبر، الله اكبر، الله اكبر
لا اله الا الله هو الله اكبر ،
الله اكبر ولله الحمد
Selamat Menyambut Aidiladha, semoga dengan keberkatan hari ini, Allah mempermudahkan segala urusan kita dan melimpahkan lagi rezeki serta nikmat kepada kita semua.

Ya Allah, Engkau perkenankanlah segala hajat2 kami yg mana,Engkau Maha Mengetahui.

Kami bersyukur kpdMu Ya Rahman, Di atas nikmat kesihatan yg Engkau berikan dan kami mohon Engkau panjangkanlah umur kami dengan penuh kebaikan Ya Allah.

Amin.

30/05/2024
𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 ‼ 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗟 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥!🕋✨PELUANG untuk mendaftar sehingga 9 JUN 2024 SAHAJ...
29/05/2024

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 ‼ 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗟 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥!🕋✨
PELUANG untuk mendaftar sehingga 9 JUN 2024 SAHAJA !!

Ramai WARIS yang MENDAFTAR BADAL HAJI dengan 𝗕𝗮𝗱𝗮𝗹 𝗛𝗮𝗷𝗶 Bersama Ust Wan.
Jom Hadiahkan Badal Haji buat Insan Tersayang. Semoga pahala daripada pelaksanaan badal haji ini mengalir kepada arwah dan juga waris.
Kelebihan memilih pakej badal haji kami?
--------------------------------------------
✅Berpengalaman menguruskan Badal Haji sejak dari tahun 2014
✅ Sijil pelaksanaan arab saudi
✅ Jaminan p**angan wang jika Badal Haji tidak dapat dilaksanakan
✅ Menyediakan pakej Badal Haji yang menarik
✅Beberapa cenderahati sebagai kenang - kenangan

SLOT MAKIN BERKURANG, JOM DAFTAR SEKARANG ‼️

Sila hubungi/wasap :

www.wasap.my/60172190148/daftarBadalhajiFB

𝟭𝟮 𝗭𝘂𝗹𝗸𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 | 𝟮𝟬 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡𝗔𝗹𝗵𝗮𝗺𝗱𝘂𝗹𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶 𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 𝗟𝗘𝗔𝗗𝗘𝗥 & 𝗠𝗨𝗧𝗔𝗪𝗪𝗜𝗙 𝟯.𝟬 𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗡...
20/05/2024

𝟭𝟮 𝗭𝘂𝗹𝗸𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 | 𝟮𝟬 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡

𝗔𝗹𝗵𝗮𝗺𝗱𝘂𝗹𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶 𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 𝗟𝗘𝗔𝗗𝗘𝗥 & 𝗠𝗨𝗧𝗔𝗪𝗪𝗜𝗙 𝟯.𝟬 𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗙𝗙 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan In Saff Travel Sdn Bhd (HQ) kerana berjaya mengendalikan SEMINAR yang amat bermanfaat buat Group Leader & Mutawwif.

Begitu banyak sekali pengisian bermula daripada Adab2, Tatacara pengendalian jemaah, hukum hakam dalam ibadat umrah & haji serta info2 yang terkini ( hukum hakam umrah kotemporari ) yang mana wajib di ketahui bagi seorang mutawwif dalam membimbing jemaah Umrah & Haji.

Dengan, kehadiran Prof Madya Dr Ust Jamaluddin Bin Hashim ( Pensyarah di FKI UNISZA ) , sebagai Pembimbing & Penceramah Khas jemputan pada seisi 1 hari bersama beliau dalam pengajian khusus bab umrah kotemporari, ianya memberikan satu pengajian yang amat berharga dan ianya tiada di mana2 tempat. Al fadhil Prof Madya, menumpukan pengajian khas FIQ UMRAH KOTEMPORARI.

In Saff Travel Sdn Bhd juga menjemput Ustazah Norazlina ( PEKTA Negeri Terengganu ) juga seorang penceramah Tabung Haji, menguatkan lagi seminar yang diadakan selama 2 hari ini.
Group Leader & Mutawwif disajikan dengan pengajian pengukuhan FIQH WANITA dalam ibadat umrah haji.

Terima kasih IN SAFF TRAVEL SDN BHD, Kump**an Board of Directors In Saff Travel & Tours Sdn Bhd, Crew pengurusan baik yang secara langsung dan dibelakang tabir, rakan2 Group Leader, Rakan2 Mutawwif In Saff Travel &Tours Sdn Bhd.

**Pertemuan bersama para BOD In Saff Travel & Tours Sdn Bhd juga mengimbau kembali kenangan sewaktu kami bersama2 bermukim di bumi haramain suatu ketika dahulu.

Segalanya aturan oleh Allah SWT, siapa sangka, keempat2 BOD tersebut, merupakan bekas pelajar di Universiti Umm Qura', Mekah, sekarang ini merupakan Pengasas In Saff Travel & Tours Sdn Bhd.

Bermula penubuhannya pada 2014 dengan mengharungi pelbagai ujian dan cabaran, dan hari ini Genap 10 tahun IN SAFF TRAVEL & TOURS SDN BHD bertahan di bumi Malaysia ini. الحمد لله و هذا من فضل ربنا

Semoga kita teruskan perjuangan kita dengan Istiqamah dalam membantu mempermudahkan urusan bakal2 dyufurrahman serta menuju satu perkhidmatan yang Mardhiyyah.

Semoga IN SAFF TRAVEL & TOURS SDN BHD terus releven di hati para dyufurrahman sepertimana Moto Kami;

'INSAFI NURANI, SANTUNI ROHANI'

*** Sekiranya anda mahu pencerahan lanjut mengenai pakej2 Insaff, boleh hubungi kami:

UMRAH Bersama UST WAN
017-219 0148

Kami akan santuni anda untuk ke bumi haramain.

SEKIAN.

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗜 | 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝𝟮 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 & 𝗛𝗔𝗝𝗜 | 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗟 𝗛𝗔𝗝𝗜 | 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗟 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 | 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 | 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗖𝗜 | 𝗦𝗔𝗕𝗜𝗟 |

Al Munawwarah TV
Al Munawwarah AM TV
In Saff Travel & Tours Sdn Bhd
Duyung Marina Resort Kuala Terengganu

𝟏𝟎 𝐙𝐮𝐥𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 | 𝟏𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑 & 𝐌𝐔𝐓𝐀𝐖𝐖𝐈𝐅 𝟑.𝟎𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐍 𝐒𝐀𝐅𝐅 𝐓𝐑𝐀𝐕𝐄𝐋 & 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐒 𝐒𝐃𝐍...
18/05/2024

𝟏𝟎 𝐙𝐮𝐥𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 | 𝟏𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑 & 𝐌𝐔𝐓𝐀𝐖𝐖𝐈𝐅 𝟑.𝟎
𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧
𝐈𝐍 𝐒𝐀𝐅𝐅 𝐓𝐑𝐀𝐕𝐄𝐋 & 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐒 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
𝐃𝐮𝐲𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 & 𝐑𝐞𝐬𝐨𝐫𝐭 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐃𝐮𝐲𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮

𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐌 𝐃𝐑 𝐔𝐒𝐓 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐋𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐇𝐈𝐌
𝐓𝐃 ( 𝐇𝐄𝐏𝐀 ) 𝐅𝐊𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐙𝐀, 𝐏𝐄𝐊𝐓𝐀 & 𝐏𝐈𝐇𝐓𝐀𝐒

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗜 | 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝𝟮 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 & 𝗛𝗔𝗝𝗜 | 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗟 𝗛𝗔𝗝𝗜 | 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗟 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 | 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 | 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗖𝗜 | 𝗦𝗔𝗕𝗜𝗟 |

𝗛𝗼𝗻𝗱𝗮 𝗕𝗥-𝗩 𝟭.𝟱 𝗶-𝗩𝗧𝗘𝗖 𝗩 𝗦𝗽𝗲𝗰 (𝗔𝘂𝘁𝗼) - 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟭𝟳Condition Like New - See To Believe !- 1 Careful Owner- Maintenance Serv...
16/05/2024

𝗛𝗼𝗻𝗱𝗮 𝗕𝗥-𝗩 𝟭.𝟱 𝗶-𝗩𝗧𝗘𝗖 𝗩 𝗦𝗽𝗲𝗰 (𝗔𝘂𝘁𝗼) - 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟭𝟳

Condition Like New - See To Believe !
- 1 Careful Owner
- Maintenance Service in scheduled ( ada buku rekod )
- Nice Plate Number
- V Spec ~> Full Spec Model !!
- 5 ⭐ ASEAN NCAP Rating !!
- Fuel Efficiency ~> 1.5 Litres SOHC i-VTEC Engine - Paired with 7 Speed Earth Dreams CVT Gearbox

- With Airbags
- Push Start Button & Keyless Entry
- Leather Seats
- Touchscreen Player
- GPS & Navigation System
- Reverse Camera
- Aircon belakang pun ada
- LED Daytime Running Lights (DRL)
- Engine & Gearbox tiada masalah, terus boleh jalan jauh
- Dalaman bersih
- Kereta macam baru
💵 RM 52 800
🏦 Bulanan RM 618 x 7 tahun

𝗨𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗶𝗻𝗷𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗻𝗸, 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻

Jika anda berhajat, sila wasap no tel dibawah
www.wasap.my/60184094781/hondaBRV2017

𝟮𝟯 𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 | 𝗗𝗼𝗮 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗔𝗪 𝗧𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗚𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗵𝘇𝗮𝗯𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗛𝗔𝗡𝗗𝗔𝗤 𝗗𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟Mengikut riwayat daripada Abdu...
01/05/2024

𝟮𝟯 𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 | 𝗗𝗼𝗮 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗔𝗪 𝗧𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗚𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗵𝘇𝗮𝗯

𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗛𝗔𝗡𝗗𝗔𝗤 𝗗𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟

Mengikut riwayat daripada Abdullah ibn Abi Awfa R.A katanya, Rasulullah SAW pernah doa kebinasaan kepada golongan Ahzab:

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Maksudnya: “Ya Allah yang menurunkan Kitab, yang menjalankan awan, yang menghancurkan pasukan musuh, kalahkan mereka dan bantulah kami menewaskan mereka.”Riwayat al-Bukhari (2933)

Perkongsian sedikit berkenaan dengan peperangan Ahzab:

Peperangan Ahzab bermaksud Tentera Bersekutu. Manakala Khandaq p**a bererti ‘Parit’. Orang Yahudi yang telah menerima kehinaan akibat pengkhianat dan konspirasi yang mereka lancarkan sendiri masih tidak serik. Setelah disingkirkan ke Khaibar, mereka sentiasa mengawasi keputusan akibat pertelingkahan orang Islam dengan orang musyrikin. Mereka mula merancang komplot baharu untuk menghadapi Islam. Mereka mempersiapkan kelengkapan sebagai persediaan bagi melancarkan pukulan maut terhadap orang Islam. Namun, disebabkan mereka tidak berani berhadapan secara langsung dengan orang Islam, maka mereka merencanakan satu rancangan yang cukup jahat bagi tujuan tersebut.

Seramai 20 orang pemimpin Yahudi dan pembesar Bani Nadhir telah keluar ke Mekah untuk bertemu dengan orang Quraisy dan menghasut orang Quraisy supaya memerangi Rasulullah SAW sambil menyatakan sokongan mereka. Lalu orang Quraisy bersetuju. Kemudian kump**an itu pergi p**a ke Ghatafan lalu menyeru penduduk Ghatafan seperti seruan mereka kepada orang Quraisy. Penduduk Ghatafan juga bersetuju. Kump**an itu pergi ke merata tempat kabilah-kabilah Arab yang lain dan menyampaikan seruan yang sama. Ada di kalangan kabilah itu yang bersetuju dengan ajakan tersebut. Begitulah, akhirnya mereka berjaya membentuk tentera kafir yang bersekutu untuk menentang Rasulullah SAW, dakwah serta umat Islam keseluruhannya.
(Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 510)

Tentera Bersekutu ini adalah seramai 10,000 tentera yang lengkap bersenjata dan mempunyai bekalan yang banyak. Ia terdiri daripada 4000 tentera Quraisy dan 6000 orang tentera Ghatfan dan penduduk Najd. Peranan utamanya dimainkan oleh ketua Yahudi Bani Nadhir yang diusir keluar dari Madinah setelah mereka mengkhianati satu perjanjian dengan kaum muslimin.

Allah SWT telah memperkenankan doa Rasul-Nya dan doa umat Islam. Setelah barisan tentera bersekutu itu mulai berpecah dan pihak masing-masing mula menarik diri dari memberikan kerjasama, maka Allah mengutuskan tenteranya dalam bentuk angin kencang yang mengoyak-ngoyakkan khemah-khemah mereka; tidak tinggal sedikit pun khemah-khemah itu melainkan habis dimusnahkan sehingga tali-tali pancangnya turut tercabut. Musuh p**a tidak dapat berdiri tetap di tempat mereka. Kemudian, Allah menghantar tentera-tenteranya dari kalangan malaikat yang menggoncangkan bumi yang mereka pijak serta mencampakkan rasa gerun dan takut ke dalam jiwa pihak musuh.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَاءِنَا، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ اللَّهُمَّ بَدِدْ شَمْلَهُم ، وفَرِّقْ جَمْعَهُم وشَلَّتْ كَلِمَتَهُمْ، وزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلَابِكَ، يَا قَهَّارٌ، يَا جَبَّارٌ، يَا مُنْتَقِمٌ ، يَا اللهُ اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، اِهْزِمْ أَعْدَاءَ الْمُسْلِمِينَ، اهْزِمُهُمْ، اِهْزِمُهُمْ، وَانْصُرِ الْمُسْلِمِينَ عَلَيْهِمْ.

Maksudnya: “Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka. Ya Allah hancurkan kump**an mereka. Ya Allah pecahkan pakatan mereka. Ya Allah leburkan dan lumpuhkan pendirian mereka. Ya Allah goncangkanlah kaki-kaki mereka. Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka. Ya Allah yang Maha Memaksa. Ya Allah yang Maha Perkasa. Ya Allah yang Maha Membalas, Ya Allah, yang menurunkan kitab (al-Quran), yang menggerakkan awan, yang menewaskan tentera Ahzab. Kalahkan musuh umat Islam, kalahkan mereka, kalahkan mereka. Dan berilah pertolongan dan kemenangan untuk umat Islam terhadap mereka.”

UMRAH Bersama UST WAN
017-219 0148

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗜 | 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝𝟮 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 & 𝗛𝗔𝗝𝗜 | 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗟 𝗛𝗔𝗝𝗜 | 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗟 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 | 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 | 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗖𝗜 | 𝗦𝗔𝗕𝗜𝗟 |

PROTON PERSONA ( ELEGANCE )Tahun 20101.6 AUTOekon sejuk beku - Compressor Barubebas banjirRM 12K Nego free puspakomTip t...
26/04/2024

PROTON PERSONA ( ELEGANCE )
Tahun 2010
1.6 AUTO
ekon sejuk beku - Compressor Baru
bebas banjir
RM 12K Nego
free puspakom
Tip top condition ( Enjin smooth - boleh jalan jauh )
Tak perlu baiki, boleh pakai terus
TAYAR 4 BIJI BARU - 10/10
Urusan tukar nama kita boleh tolong buatkan
Lokasi Kemaman, Terengganu

www.wasap.my/60184094781/persona2010

𝟭𝟰 𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 | 𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗨𝗡𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗨𝗕𝗨𝗛Jika ada yang berniat puasa setelah masuk waktu solat...
23/04/2024

𝟭𝟰 𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 | 𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗨𝗡𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗨𝗕𝗨𝗛

Jika ada yang berniat puasa setelah masuk waktu solat subuh (waktu fajar) -misalnya sudah jam 8 pagi- apakah dibolehkan?

Dalam hadis disebutkan,

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

“Barangsiapa yang tidak berniat sebelum fajar (subuh), maka puasanya tidak sah.” (HR. Abu Daud no. 2454, Tirmidzi no. 730, dan An Nasa'i no. 2333. Syeikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sahih)

Adapun hadis ‘Aisyah di mana ia berkata, “Pada suatu hari, Nabi SAW menemuiku dan bertanya, “Apakah kamu mempunyai makanan?” Kami menjawab, “Tidak ada.” Beliau berkata, “Kalau begitu, saya akan berpuasa.” Kemudian beliau datang lagi pada hari yang lain dan kami berkata, “Wahai Rasulullah, kita telah diberi hadiah berupa Hais (makanan yang terbuat dari kurma, samin dan keju).” Maka beliau pun berkata, “Bawalah kemari, sesungguhnya dari tadi pagi tadi aku berpuasa.” (HR. Muslim no. 1154)

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Dalil di atas adalah dalil bagi sebahagian ulama bahawa boleh berniat di siang hari sebelum waktu zawal (matahari bergeser ke barat) pada puasa sunat.”(Syarh Shahih Muslim, 8: 33)

Al Lajnah Ad Daimah, Fatwa Kerajaan Saudi Arabia ditanya, “Apakah hukum berniat puasa di pagi hari setelah terbit fajar subuh dan sebelumnya yang mana belum makan dan minum sama sekali?”

Jawab para ulama Lajnah, “Jika puasanya adalah puasa sunat, maka sah berniat di siang hari.
Sedangkan untuk puasa wajib, ianya tidaklah sah. Niat untuk puasa wajib haruslah dilakukan sebelum terbit fajar subuh (di malam hari). Kerana Nabi SAW bersabda, “Tidak ada puasa bagi yang tidak berniat di malam hari (sebelum fajar subuh)”.

(Fatwa Al Lajnah Ad Daimah no. 17468, juz 9, hal. 150)

Semoga bermanfaat.

UMRAH Bersama UST WAN
017-219 0148


𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗜 | 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝𝟮 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 & 𝗛𝗔𝗝𝗜 | 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗟 𝗛𝗔𝗝𝗜 | 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗟 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 | 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 | 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗖𝗜 | 𝗦𝗔𝗕𝗜𝗟 |

Address

Chukai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Munawwarah TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category